Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Monday, July 15, 2013

Sembang Ramadhan 1434 [1]

Mulanya banyak bende nak cerita tapi bila bukak je laptop, mulalah mood nak update blog tu ke laut. Puasa-puasa ni aku rasa macam blur sikit. So far, alhamdulillah. Misi meminum secara kerap dari waktu berbuka sampai sahur buat aku ok dengan rutin as BF mum. Tapi tu la, Ibrahim ni nak mengempeng je kejenye. Kalau bagi susu botol, dibuat main aje dia. Mungkin ini dugaan kecil bulan ramadhan ni. Bersabar..bersabar..

Puasa kali ni, aktiviti memasak adalah kerap. Tapi baru sekali aku masak untuk berbuka. Sahur keraplah masak sebab lauk-lauk beli kat param tu mana nak tahan sampai ke sahur. SAHM pun beli lauk kat param? Yes, setiap orang tu berbeza keadaan so tak boleh nak samakan each other. Macam aku, susah nak handle Ibrahim. Aku pergi dapur buang sampah sekejap je dia dah tertonggeng jatuh katil. Memang every minutes dengan dia aje. Since today dia genap 7 months, nanti aku buat entry khas perkembangan Ibrahim.

Lately, aku reply sms/whatsapp customer pun boleh tersalah taip. Orang tanya pasal Maixara, aku jawab pasal bedak tanaka. Maafkan saya ye customer-customerku. Lagi satu, kadang tu sms/whatsapp yang masuk tu tak kena masa. Aku sibuk dengan urusan nak berbuka. Time tu la menderu masuk message. Reply lelambat kang rasa tak best pulak kan? Tapi hope lepas ni korang paham yang time tu agak tak sesuai nak message-message.

Semalam pulak, ada call dari pengguna Maixara. Tapi aku jawab jela walaupun orang tu beli dengan orang lain. A bit upset sebab kebanyakkan orang lain yang jual Maixara lepas tangan je lepas jual. Kalau beli dengan aku insya-Allah apa-apa masalah, aku selesaikan. Tapi kalau bab urusan poslaju, aku dah pos. Dah bagi tracking no tu harap la korang simpan elok-elok tracking no tu. Ini ada yang sampai 4x minta dengan aku. Pastu barang dengan poslaju dah ni, kalau track pun ade la kat mana-mana. Jangan la pulak nak push-push aku 'kak, bila barang nak sampai?'. kalau sekali message takpe, aku paham. Ini berkali-kali. Kalau nak push-push, sila push poslaju. Telefon hotline :1300-300-300. Nak bambu ke apa sebab barang sampai lambat tu sila buat dekat diorang. Aku dah bayar postage korang dah.

Ok la.. cukup la sembang-sembang ramadhan ni. Nanti kita sambung lagi.Ready stock untuk produk Maixara C-Sential / Maixara White Essential / Ferwhite / Aurawhite / Bedak Tanaka / Obuse Lip Tint semua ada. sms/whatsapp 0126637842 untuk order.

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan

Tak terlambat lagi kot nak wish all the readers and friends 'Selamat menyambut Ramadhan, selamat berpuasa'. Aku menaip ni pun dengan lemah gemalai. First time berpuasa as breastfeeding mummy. Ibrahim pulak ntah kenapa hari ni asyik nak minum je tapi tak nak botol. Dia punya tantrum tu boleh mendatangkan amarah. Nasib baik aku cepat-cepat istighfar yang aku ni tengah puasa. So, kenalah sabar.

Semalam dah ambil stok Maixara White Essential (MWE). Produk hangat terbaru dari Maixara. Tak sempat nak capture lagi gambar stok sebab kotak letak stok aku tu bertindih-tindih bawah kotak stok-stok barang kedai yang lain. Tunggu din turunkan stok kedai baru boleh aku ambil stok MWE tu. Sabar na..

Aku nak upload gambar sahur macam kejam dan tak bermoral kan? Itu kita tunggu lepas berbuka nanti baru boleh cerita masak-masak sahur. Gigih ok masak-masak sebab fikirkan diri perlukan sahur yang berkualiti. Lagipun, din sejak dua menjak ni macam pentingkan kesihatan lebih. Dah tak makan dah kulit-kulit ayam. Walaupun part tu la dia kata nampak sedap. Kiranya, kita puasa-puasa juga, sambil tu kita dapat praktis untuk makan lebih sihat.

Aku nak menaip ni macam blur. Kita stop dulu entrynya. Sindrom hari pertama puasa. Biasa le tu. Nanti lama-lama dah dapat tune, cargas la kita. Ok, kepada sesiapa yang dah nak masak-masak berbuka, selamat masak-masak. Aku beli je berbuka. Sahur baru masak-masak. Ye la.. budak tecik tu bukan boleh nak duduk diam. Kang rentung tak jadi apa. Sahur atleast ada abah dia tengok-tengokkan.
Ok.. selamat berbuka. Bye..

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Semua!!!

Tajuk adalah cliche. Dah tahu nak buat tajuk apa. Sekarang pukul 1 pagi lebih dan aku berada di Johor. Aku declare esok MC walaupun tak jumpa doktor lagi. Selangor tak cuti macam Johor. Huhu..Cuti tahunan ilek maka terpaksa la memohon MC. Siyes aku tak pura-pura sakit cuma sakit aku takde la berat mana.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat bersahur, berpuasa, berbuka dan berterawih kepada reader blog picisan ini. Semoga ramadhan ini lebih dari ramadhan-ramadhan yang lepas.

p/s: mesti esok ramai akan update menu-menu sahur @ buka. Harapnya kurang la dugaan menengok gambar makanan tengah-tengah puasa ni nanti. Huhu..

Friday, July 29, 2011

Coret Coret Lina

#1- Masalah air dekat apartment dah selesai. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Kalau tak, tak dapat bayangkan mengharungi bulan puasa ni dengan masalah bekalan air.

#2 - Tahun ni, tahun pertama berpuasa bersama suami tapi masih PJJ lagi so weekend aje akan dapat rasa bersahur,berpuasa dan berbuka bersama. Takpela. sekurang-kurang ada daripada takde langsung kan?

#3 - Baju raya aku dah siap. Cepat sangat la siapnya. Puasa pun tak masuk lagi ni. Baju raya din, nanti bulan puasa baru cari.

#4 - Next week, adik aku mula praktikal di office aku. haha.. sudah tidak bebas lagi rasanya ;p

#5 - Hari ni first time getz balik Lipis tanpa aku. Camno tu? adik aku bawa balik getz. Aku kan nak balik Johor petang ni.

#6 - Nak ucapkan selamat menyambut ramadhan buat semua umat Islam. Terutama kepada pembaca blog aku yang tak seberapa ni.

Thursday, August 19, 2010

Kuih Raya Tahun Ni

Semua orang dah mula cakap kuih raya, baju raya semua tu. Even since 1st day puasa lagi dah mula plan itu-ini. Paling tak tahan ada jugak yang dah beli baju raya.

Aku tahun ni, kalau boleh nak berjimat selagi boleh. Yelah.. next year Insya-Allah ada majlis besar nak berlangsung. Banyak tu nak pakai duit. Tapi tak tahu lagi.. sebab this year raya ada orang jauh nak datang rumah. So persiapan raya lebih kepada persiapan E day la.

Last year aku ada tempah kuih raya dari officemate. This year kat office baru ni, tak de orang niaga kuih raya so tak de la tempah-tempah. Tapi 1 office akan dapat kek lapis setiap sorang sumbangan wife bos aku. Dengarnya kek lapis tu penyanyi Nora tu yang buat. Tak tahu la aku info lebih-lebihnya. Aku dah pilih perisa choc chip. Oho..kitaorang boleh pilih antara 3 perisa. Tak ingat dah yang lain apa perisanya.

Raya kali ni aku akan tanya dulu mak aku pasal beli kuih-kuih ni sebab takut jadi macam tahun lepas sampai tak termakan-makan. Or may be bagi je duit kat mak aku suruh dia beli kuih raya.

Baju raya pulak may be this week or next week baru cari. Plannye nak berasak-asak kat Jalan TAR. Tak pun korang ade tempat jual baju kurung cantik-cantik tak? Bagitau aku ey.

p/s: Berat aku dah turun 2kg. Alhamdulillah :)

Chit-Chat Ramadhan

Aku tak tahu la sebab apa. Tapi macam sejak dua menjak ni, aku macam tak suka la bila:
Situasi A
X      : Tau tak si polan dah bercerai dengan si polan.
Aku  : **diam je walaupun aku baca paper semalam tapi dalam hati 'tak mau dengar! tak mau dengar!'**

Situasi B
X     : Orang tu memang macam tu ke? sok sek..sok sek..
Aku : Ntah, saya tak ambil tahu hal orang. (sebenarnya aku tau orang tu macam mana tapi malas nak layan orang yang cite hal-hal keburukan orang)

Situasi C
X     : Kenapa tebal sangat mekap pelakon ni? Buruknya baju dia.
Aku : **dalam hati dah macam menanah dah. Kenapa selalu nak cakap bende buruk je ni**

Aku pun kadang-kadang bergosip jugak. Tapi tak de la all the time gosip je. Tambah-tambah bulan ramadhan ni. Kalau boleh tak nak dengar bende-bende memburukkan orang lain ni. Dah jatuh dosa ngumpat. Pastu aku yang dengar pun dapat sipi-sipi gak. Nehi.. nehi..

p/s: ni sekadar muhasabah diri je.

Wednesday, August 18, 2010

Tak Diet Berat Turun

Perasaan tak aku dah tak cerita pasal diet-diet dah? Haha.. Aku dah tak diet. Sekarang dah makan nasi, minum air bergula dan makan kuih manis-manis.

Hangat-hangat tahi ayam betul kan? Mana tahan babe. Puasa ni food temptation tu sangat dahsyat. Even tak pergi bazar ramadhan pun still jugak ada godaan-godaan di rumah. Housemates pulak rajin masak untuk berbuka so aku pun terbawa-bawa la kerajinannya. Dah tu lauk-lauk tu semua sangat la sedap kalau dimakan bersama nasi panas so failed sudah nak diet karbo.

Bila pergi bazar pulak macam-macam jenis kuih yang susah nak dapat bulan-bulan lain, bulan ramadhan ni pulak senang nak cari. Pastu, kan musim buah ada lagi so banyak la pulak orang sedekah buah. Durian, langsat-duku, rambutan, manggis etc.Hakikatnya bulan ramadhan memang bulan barakah. Rezeki melimpah ruah.

Yang peliknya bila aku tak diet berat aku turun pulak. So tak yah diet-diet. Manfaatkan puasa sudah =) Just kawal nafsu makan je. Insya-Allah ok.

p/s: Dah 1kg turun.