Showing posts with label kasut kahwin. Show all posts
Showing posts with label kasut kahwin. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Tempah Kasut Kahwin

Sabtu lepas, aku dah pergi tempah kasut untuk majlis-majlis kat Lipis. Tempah 2 kasut macam dd dudu. Kebetulan dapat durian runtuh jadi ada bajet lebih untuk buat 2 kasut. Kalau tak, sepasang jela.

Time datang tu, dilayan oleh asyraf, very young talented shoes designer. Lama jugak la berbincang dengan asyraf pasal kasut-kasut kahwin aku. Mula-mula dia akan tanya colour baju. After that dia akan ukur saiz kaki kita.

Ukur tu bukan pakai tali pengukur ke apa but he will suruh you pakai kasut then measure by size of the shoes. Kalau size tapak ok, dia akan tanya bahagian depan ok tak. Sebabnya, ada orang tapak saiz lain, bahagian depan kasut saiz lain. Like mine. Tapak size 4, bahagian depan 4 1/2. That why kalau pakai kasut size 5 longgar-longar sikit and size 4 pulak ketat kat bahagian depan.

Aku pilih colour tak betul-betul sedondon dengan outfit aku nanti. For nikah, outfit colour putih, kasut colour silver. For sanding pulak, outfit aku mixed colour of pink, lilac and gold jadi kasut sanding aku pilih gold. Walaupun baju sanding banyak colour pink, aku tak suka all pink from head to toe. Try to match the colour.

Estimated to be siap after a week tempah. Tapi sesiapa nak tempah kasut dengan asyraf (Gavy), please call him first. Takut fully booked. Erm... aku tak sabar nak tengok kasut-kasut aku =)

Friday, December 17, 2010

Esok Nak Tempah Kasut Kahwin

Since ade rezeki lebih sikit jadi aku nak tempah kasut untuk nikah dan sanding esok. Semalam dah call si designer kasut dan masih boleh menempah kasut. Hoyeeh!

Most of b2b dah tau pasal Gavy kan? My kawan, muni yang also b2b next year yang bagitau entry huda pasal tempat nak tempah kasut for wedding. That time mase hunting wedding shoes for dd dudu. Aku , ezzan dan ros pun follow masa dd dudu tempah wedding shoes dia. Along muni dan muni pun ada jugak.

Time kat Gavy sambil main-main dengan ipod si ezzan ;p
Masa teman-teman dd tu aku ada try kasut-kasut di Gavy. Sangat selesa walaupun high heels. Kaki aku ni jenis yang tak boleh terima kasut sebarang. Nanti melecek bukan setakat kat bahagian belakang kasut, tapak kaki pun melecek. Manja betul kaki aku ni.

Ni gambar kasut-kasut kahwin dd yang ditangkap oleh ezzan (asyik ambil gambar hasil tangkapan ezzan je kan? reason : sebab i really adore gambar-gambar ezzan tangkap. Cantik kan?)


Rasa-rasanya colour apa yang aku tempah? Cubalah teka =)