Thursday, February 3, 2011
Fibromyalgia? Neuropathic Pain?
Tiba-tiba tajuk macam berunsur medikal. Yelah semalam aku ada appointment dengan pakar. Sekarang bukan dengan pakar ortho dah. Pakar medical je kot. Lupa pulak aku nak tanya doktor tu dia pakar apa.
Semalam jugak jumpa doktor bincang-bincang pasal MRI otak bulan December lepas. Struktur otak semua ok dan tak de tumor seperti yang dirisaukan oleh pakar ortho. Alhamdulillah. Tapi sebenarnya diorang still membuat assumption aje. Masih tak dapat dipastikan aku betul-betul sakit fibromyalgia/ neuropathic pain. Sebab aku disuruh try ubat lagi.
Seperti yang dicakap oleh doktor semalam, aku mengalami penuaan.Umur aku boleh dikira muda tapi badan aku mengalami sakit-sakit yang dialami oleh orang tua. Ubat takde kat farmasi hospital sebab ubat baru. Aku kena cari ubat tu kat kat farmasi-farmasi di KL. Side effect ubat yang disuggest oleh doktor tu, aku akan mengantuk. Alasannya suruh saraf-saraf aku berehat.
Okla. Cukup dulu la pasal sakit aku tu. Sebenarnya aku lupa apa nak tulis lagi.
p/s: Esok hari terakhir sebagai single ;p
Friday, December 3, 2010
Loss of Cervical Lodrosis?
Hasil yang MRI lepas, doktor sahkan tulang leher aku straight dan tak de curve macam leher orang normal. Itu mungkin salah satu penyebab sakit aku. Tapi still kena buat test-test lain sebab ada masalah lain juga. So, ketua pakar plan untuk buat test-test every bahagian yang aku ngadu ada berlaku kekurangan. Pakar mata dah jumpa so yang tu dah tak perlu la. Pakar ENT dalam bulan ni aku akan jumpa untuk kenalpasti kenapa aku dengar tak dengar orang bercakap. Selalu je aku salah interprete percakapan orang tau. Tapi aku tak pekak tau. Aku dengar orang bercakap cuma aku tak berapa proses perkataan yang aku dengar tu.
Yang paling baru ni, MRI untuk brain. Yang ni untuk tengok sama ada brain ke yang problem sebenarnya. Nanti, one by one doktor akan exclude untuk confirmkan aku sakit apa sebenarnya. Macam eksperimen je kan? Tapi untuk kepastian aku redha jela.
Dah la cerita pasal sakit ni. Kalau ikut banyak lagi tau sebab dah lebih 10 tahun aku berulang-alik ke hospital. Tapi cukup la untuk menjawab soalan sokseh2 korang tu ey :)
Wednesday, December 1, 2010
Bukan Rezeki Aku
Hari ni aku dah back into normal dah. Tapi benda lain pulak jadi hari ni. Aku anggap ni a part of dugaan before berkahwin. Bak kata kawan-kawan, 'Allah uji kita dengan benda yang mampu kita terima'. Aku gi MRI scan untuk brain hari ni. Ingat sama masa MRI tulang. It's different kali ni. Boleh tak aku kate yang this one a bit sakit. Paling sakit time diaorang guna jarum besar untuk masukkan dye dalam salur darah. Aku pulak memang jenis yang susah nak cari salur darah. Nasib aku boleh tahan kali ni walaupun adelah aku mengucap dan baca ayat masa kena inject tuh. Bengkak tau tangan aku. Result kena tunggu next consultation. Bad or good, aku terima je sebab aku nak jawapan yang pasti.
Update kahwin : haha.. ada rupanya progress persiapan kahwin.
#1 - Din tengah urusan kebenaran kahwin belah lelaki. Hopefully settled by this week.Aku tak buat lagi hiv test sebab tengah banyak drug dalam badan aku. Hari tu aku cakap aku kena makan steroid untuk MRI kan? confirm tu steroid (patutlah liat benor nak menurun berat).
#2 - Kad, jumaat aku call LH creative. Dapat cakap ngan designer kad aku. Dia kata nak panggil aku this week untuk 1st draft. Macam lambat je dah. Aku pulak nak buat few changes ni regarding peta dan info majlis. Esok nak guna kuasa veto as customer. Huhu.. tak suka push2 orang :( Tapi terpaksa sebab takut berlaku kesilapan kat kad nanti. Nehi!
#3 - Mak cakap nak sponsor baju untuk famili. Tiba2 kan dia ada bajet untuk benda tak berapa penting ni? Tapi dia baru cakap je. Takut tiba2 tak jadi so tak nak berharap sangat.
Ok, tu je. Esok aku bercuti lagi. Jumaat baru masuk kerja. Selamat malam semua :)
Friday, November 19, 2010
Random Talk
#1 - Tak sempat nak sambung cerita 'tayar pecah' tu. So, sabar ey kawan-kawan
#2 - MRI for brain schedule on 1st Dec . Sungguh cepat dan aku sangat-sangat nebes.
#3 - Gastrik aku sudah melampau. 1 teguk air gas pun boleh jadi gastrik teruk.
#4 - Esok my best best friend getting married. Perasaan aku bercampur baur. Happy for her, sad sebab dd dah nak kawen (kurang geng bujang dah), nebes sebab akan jadi pengapit buat kali terakhir (yes, aku bersara jadi pengapit lepas majlis dd nanti)
#5 - Sedih sebab pagi tadi ada lagi problem dengan module yang aku buat. Aku salah ke? Aku rasa aku dah buat yang terbaik. Masalah communication ngan partner yang buat module tu ke? Aku rasa aku dah habis berkomunikasi dah. Masih ada 1 module yang buat aku tak tentu arah.
#6 - Aku rasa dah tak sanggup nak teruskan master. Banyak sangat dugaan and I need time to cool down with all masalah yang happens to me.
#7 - Aku rasa masalah lupa dan susah untuk fokus semakin kronik. I feel really bad about this.
Monday, November 1, 2010
May be.................
Since MRI leher tak de yang abnormal, so i need to undergo another mri. Kali ni untuk brain pulak. Tapi before tu, aku kena jumpa pakar ENT to exclude chances penyakit lain.
Yela sakit aku ni dah melarat-larat. Dulu just left leher,kaki dan tangan je problem. Now, my left eyes, my left pipi. Aku punya ingatan and hearing tak macam dulu. Kalau ada skala untuk tahap kekurangan ingatan dan pendengaran tu, dulu aku boleh bagi 10/10, sekarang 6/10 je or may be 5/10.
Aku ade terdengar ketua pakar tu explain kat pakar yang examine aku tu. Perkataan yang buat aku takut kalau aku ade sakit tu. Hopefully aku salah dengar la.
Jumpa ENT bulan 12 nanti, MRI still tak dapat tarikh bila.Tiba-tiba aku teringat kisah 50 first date ;p dah.. dah... sambung kerja walaupun monday blues
Monday, July 19, 2010
Otak Beku
Dah la pagi-pagi tadi aku datang dengan masalah s********. Buat aku cramp-cramp kaki. Tapi aku gagahkan diri untuk drive ke office jugak. Alhamdulillah, nothing bad happen. Cuma aku terfikir-fikir how aku nak drive back to Lipis esok after work. Penat kerja, jam lagi. Cuti half day untuk sempatkan diri naik bas pukul 8 from KL? tak kot sebab aku dah apply 2 days cuti sebab appointment dengan specialists. Walaupun akan dapat MC tapi macam tak best pulak sebab mintak cuti banyak-banyak. Dah la staff baru.. huhu.. Reputation kena jaga sebab tak lalui appraisal lagi.
Dalam hati berdebar-debar nak tau results MRI hari tu. Kot-kot MRI hari tu tak membantu ke, kot-kot jugak ada sakit lain ke? oh.. tiba-tiba otak jammed sebab fikir terlalu banyak.
Friday, June 11, 2010
M.R.I pertama dalam hidup aku

Credit to:
http://www.dundee.ac.uk/medther/tayendoweb/images/mriscanner.htm
13 Mei 2010, aku dah merasa duduk dalam mesin ni. Alhamdulillah, proses tak memakan masa yang lama sebab aku ikut je arahan. Keputusan scan akan diketahui pada consultation 21 Julai nanti. Doakan yang baik-baik buat aku.
Masa dalam mesin ni, aku dengar bunyi bising walaupun aku didengarkan lagu melalui headphone. Kalau pejam mata, rasa macam ada wave yang buat aku rasa macam kertas di'fotokopi'kan. Kepala pula masa awal-awal dah 'dipenjarakan' macam topi pemain american football. Tangan pula dibekalkan belon macam pam tekanan darah yang tak digital tu. If ada hal emergency, belon tu la gunanya untuk panggil orang penjaga mesin. Dekat atas kepala menghadap muka semasa baring ada cermin untuk melihat kaki dan orang penjaga mesin.
Ok la, aku pun tak tahu nak cerita apa lagi pasal bende alah ni. Cukup la untuk memori pertama aku bersama mesin MRI ni.