Monday, October 28, 2013

Ibrahim Ikram Milestone

Dah berapa bulan aku hutang nak blog pasal perkembangan Ibrahim

Meh la kita rangkum terus 1 entry ni ha..

To date, Ibrahim Ikram dah 10 months ++. Dah tak macam baby pun. Secara fizikal dan perbuatan dah macam budak besar.

Kita cerita secara backward la senang sikit aku nak ingat. Ni pun ingat-ingat lupa. hihahiha...

10 months

Ada 4 gigi lagi dah showing off. Total gigi yang nampak 10 batang. 10 month = 10 batang gigi? kebetulan je kot.

Makan makanan pedas, takde perasaan pedas pun tapi kalau makanan yang sejuk macam ais dia buat muka pelik.

timbang 10 bulan : 9.52 kg je. Naik sikit sebab dah melasak.

Dah berjalan few steps. Tapi tak berapa stabil lagi. Kalau memapah tu laju la.

Dah boleh remember few things and words.

Kuat merajuk dan jeles.

Pandai mintak mamam dan tak memilih makan.



9 months

Dah pandai turun katil. Yang aku pelik tu pandai pulak tu dia bagi bontot dulu pastu turunkan kaki. Tak pernah ajar pun but he seems too expert pulak.

Dah berapa bulan berdiri stabil, tapi bila nak suruh bertatih dia lembikkan kaki tak nak. Kalau berpaut pada kerusi, dinding semua tu memang dah berjalan. Pernah sekali dia berjalan setapak dua pastu macam tak nak.

Masih tak berminat dengan mainan-mainan yang abah dan mummy belikan. Tapi berminat nak test gigit semua tu.

Gigi masih 6 batang. Cuma ada la nampak few gigi yang nak keluar lagi.

Tak boleh letak dalam walker sebab dia pandai nak panjat keluar walker. Takut jatuh ke apa.

8 months

Makan nasi macam budak besar dah. Tak nak cerelac atau makanan-makanan baby. Pandai pilih pulak tu. Aku tengok hasil buangan dia ok je so proceed jela bagi makan nasi butir-butir tu. His fav setakat ni, roti, nasi dan biskut.

Dah memanjat dah anak aku. Setakat storage box tu kacang je bagi Ibrahim.

Timbang 8 bulan : 9.1kg

7 months


Dah start kenal orang terdekat. Tapi Ibrahim ni friendly baby so dia tak memilih orang sangat. Mamak ke, myanmar ke dia boleh tersengih-sengih.


Dah merangkak anak mummy. Then cepat je praktis berdiri. Kalau berjaya berdiri lama sikit, Ibrahim sendiri sengih-sengih senyum excited. Bangga le tu.







No comments: