Friday, October 4, 2013

Borak Kosong Tapi Takdela Kosong Sangat

Kalau nengokkan entry 2-3 bulan ni sedih betul. Sebulan boleh paling banyak 2 entry je. Tu pun 1 entry senarai barang jualan bisneskecilkecilanlina.

Nak kata busy tu takdelah. Nak mendapat menaip entry je mulalah masa tak sesuai la apa. Pastu datang pulak penyakit 'M'. Last-last banyak no cerita tak bercerita kat blog.

Aku sekarang dah makan new supplement. Sebelum ni makan Maixara C-Sential (MCS), sekarang ni tambah 1 lagi Maixara White Essential (MWE). MCS masih aku makan sebab yang tu bagus untuk resdung. Kalau tak makan mula la sroooot..srooot.. hidung aku ni.

Ibrahim pulak dah tak macam baby. Banyak ragam dan melasak. Takde maknanya dia nak duduk diam. Kalau diam tu maksudnya tengah mengigit sesuatu la tu. Paling dia suka kat rumah ni, bunga-bunga hiasan plastik mak mertua aku. 

Tapi setakat ni tak pernah telan lagi, paling-paling je dia kunyah-kunyah je. Agaknya benda tu kan plastik liat jadi selagi tu dia kunyah. Kalau mulut dia terkunyah-kunyah tu sambil sengih-sengih, aku korek mesti jumpa benda. Suka no mengigit pastu nak makan. Ada petua suruh bagi gigit halia, aku dah bagi tapi dia slumber derk je mengunyah. Ke ada lagi petua? Bab sini aku nak cuba.

Pejam celik..pejam celik dah dekat setahun aku melahirkan Ibrahim. Kadang aku tak sangka yang aku dah anak sorang. Kejap je kan? Ok la.. rasanya cukup la kot berborak kosong. Banyak keje ni tengah tunggu aku. 

xoxo,
lina

Hasil Maixara C-Sential dan Maixara White Essential. Nak cuba meh contact aku . Special price punya dan dijamin ori!

No comments: