Monday, November 24, 2014

A Slow Warm Up

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..

lama tak membebel kat blog. Busy nau.
Tapi rasa sedih bila tengok blog terbiar sepi..
Pastu macam unfair sebab cek nuffnang baru je dapat..
Perkembangan ibrahim pun dah lost track.
Lama-lama nanti boleh lupa pulak apa yang dia dah pandai..
Sweet moment tu setiap development ibrahim.

ini aku nak pasang azam konon nak update blog selalu..
kita tengok berapa lama tahan ey ;-)

ok, cerita pasal ibrahim.
sekarang nak dekat 2 tahun dah dia..
kalau tahun hijrah lagi berapa hari je nak 2 tahun.
senang nak ingat tahun hijrah tu sebab ibrahim lahir 1 Safar 1434 atau 1234(sebab bulan safar tu bulan ke 2 dalam kalendar islam)

masih berat nak bercakap..
ada la few words dah keluarnya tapi tak sepetah budak-budak lain..
word terbaru 'mom.. tu..' sambil tunjuk tv suruh aku sama-sama tengok.
selagi aku tak tengok, selagi tu dia cuit aku dan suruh aku tengok.

Suka menyorok.. kira dah pandai play hide and seek la ni..
tiap hari ada je tempat menyorok baru.

ok la tak tau nak cerita apa dah..
cukup kot warm up gini ;-)




Monday, September 29, 2014

Ibrahim Dah Baik Dari Berry-Berry

Ibrahim nampak macam ok dah. kekerapan berry-berry tu dah kurang. Macam back to normal dah. Alhamdulillah. Bagi air garam yang beli kat farmasi tu je. Tapi 1 sachet tu bancuh separuh . kat dalam tu ada bahan tambah untuk kurangkan cirit-birit.

Masa bagi 1st time tu macam failed sebab ibrahim tak suka manis. Penat aku paksa dia minum. Pandai pulak tu bila suruh minum dia cakap 'tak dap..' .

Kali ke dua tu aku tekad gak bagi.. mula-mula dia tak nak minum.. Ntah macam mana dapat idea nak tambah sunquick dalam air tu bagi masam-masam sikit. Oh.. ibrahim ni tak suka minum manis-manis tapi kalau manis sikit-sikit masam tu dia suka. Ini pun tawakal je la bagi. Suka-suka je kan tambah bahan lain dalam air ubat. Buatnya jadi makin teruk. Kan naya? Alhamdulillah ibrahim minum air tu.. kira berjaya jugak cuba-cuba aku tu.

After bagi tu, sampai la sekarang dah takde berak-berak dah. Kalau tak, setiap jam berak. Stress aku. Penat nak bersilat membasuh berak tu sebab ibrahim ni agak lasak budaknya. Kesian pun ada sebab lambat sikit je tukar, melecet-lecet anak aku.




Friday, September 26, 2014

Ibrahim Berry Berry

Tajuk tu nak nampak sopan. heeeee.. kalau yang tak paham bahasa tersirat, Ibrahim berak-berak maknanye ye.. Dah seminggu dah.. Aku dah start paranoid ni. Stress pun iye sebab asyik nak berperang membasuh. Kesian usah cakap la. Sampai melecet-lecet budak kecik tu..

Sebab ibrahim tak nampak pun macam budak sakit, kalau bawa klinik sure klinik ambil endah tak endah je kan? Makan tetap kuat macam biasa. Terlocat-locat aktif tu takde hal punya. Takde sign of dehidration. Takde muntah-muntah.

Susu dah bancuh cair. Ada time aku kurangkan bagi susu tapi being Ibrahim, selagi aku tak bagi selagi tu dia merengek sambil cakap 'nak sus..sus..' . Try bagi susu jenis lain, dia rasa sikit lepas tu pura-pura muntah. Mengempeng usah cakap la. Naik kering mummy dah..

so how meh? din cakap hari ni bawa gi klinik. Aku pun dah start paranoid .. stress stress ni. Ke ada petua nak kurangkan cirit-birit yang natural punya. No drug involve. siapa tau bagitau aku ey.

Wednesday, September 17, 2014

Nothing Much

Hi korang..

aku ni kan tengelam timbul je. Lately memang sibuk. Baru bawa masuk produk baru so menghadap la sibuknya. Tengah-tengah bulan ni la dapat berehat sikit. Order masuk tak banyak macam minggu gaji. Tapi ada la sikit-sikit. Ini pun ada 1 lagi produk baru nak bawa masuk. Ambil nafas kejap.. kita lek lek lu..

Cerita pasal bisnes ni memang tak habis. Plan asal aku just nak ada duit tambah-tambah sikit sambil jaga anak kan? tak sangka pulak dah jadi profesion. Dari jadi pengedar kecil-kecilan.. now aku dah jadi stokis beberapa produk. Ada jual borong sikit-sikit.. Alhamdulillah.

heee.. tadi tengah-tengah taip post ni terberhenti jap sebab ibrahim nak perhatian. now ayuh sambung semula..

aku macam tak duga yang berbisnes kecil-kecilan ni dah tak kecil dah. boleh la saving. pendapatan bulan-bulan tu ok sangat. cuma kadang ada jugak up & down. besar jugak cabaran meniaga online ni.

hal rumah pulak, aku cuba mana termampu. aku ni bukan rajin sangat. kemas-kemas memang malas ok. masak tu rajin la sikit. memang kitaorang sekarang kurangkan makan di luar. macam hari ni, aku masak ayam masak lada kering. masakan yang ada influence masakan cina. tapi suka-suka aku je nak alter resepi. kat blog ni jarang la sikit aku up masakan aku. Nak tengok lelebih apa yang aku masak lagi silalah tengok kat my personal instagram. takpun search hashtag #dapurlina . Berlambak situ.


ok la .. nak cerita panjang pun macam tak reti. korang pun muak nak membaca ye dok? katanya nothing much.. tu je la pun nak updatenye ;-)

Thursday, September 11, 2014

Ibrahim.. Ibrahim..

Lama tak update pasal ibrahim kat blog kan? Ibrahim makin sihat dan bertambah-tambah kecerdikan. Ada je benda baru yang dia belajar buat. Aku bersyukur sangat sebab dapat tengok dan jadi orang pertama yang tahu dia pandai buat apa dan buat apa. Kira berbaloi jugak la mummy bekerja dari rumah ye Ibrahim Ikram. Tapi for some nampak yang aku jobless. Tu takpe biarkan luncai terjun dengan labu-labunya ;-)

Anak yang 24/7 dengan mak ni lain macam sikit kan? Nak buat apa pun clingy je. Kadang aku cuba la cari idea untuk dia tak berpaut dengan aku time aku masak or buat kerja kat dapur. Tapi setakat ni separuh jalan je jadi. Time nak update iklan bisnes or balas whatsapp / sms customer dia pun sibuk ngedeng handphone aku jugek. Dah bagi dah dia tengok youtube kat laptop. Ipad pun buka juga bagi dia main. Tapi tetaplah apa yang mummy buat, ibrahim nak buat sama.

kalau la kat sini ada play school, dah hantar dia gi main-main kat school. tapi apakan daya duduk kat area kampung macam ni.. takde sekolah-sekolah macam tu. taska ada le. dari hantar taska baik la mummy jaga je kan?


hari ni masa aku tengah masak mee goreng, dia dah berapa kali jenguk-jenguk aku. Ajak main le tu. Dah berapa kali jugak aku jenguk-jenguk dia main. Yang buat aku rasa macam terharu sebab dia tinggalkan beberapa pieces lego dekat dengan sinki. Huhu.. punyalah la nak ajak mummy sekali sampai letakkan lego dekat tempat mummy sibuk memasak. benda-benda macam ni la yang buat aku berat sangat nak bagi orang lain jaga ibrahim . lepas tu, aku rasa yang aku macam dah curi masa dia untuk main-main dengan aku so i need to pay the time yang aku tinggalkan tu.

tiba-tiba blur nak cerita apa dah sebab rasa touching sangat bila my nearly 21 months baby pandai sangat. dia tak merengek ke apa. cara dia nak minta perhatian tu 'alaa... comel sangat'

Monday, September 8, 2014

BELVYA PERFECT SHAPING SCRUB


Actually lina dah jual lama BELVYA PSS ni. Sejak awal tahun hari tu. Tak ingat pernah up ke tak kat blog ni. Jual through instagram dan facebook je. Sejak dua menjak ni banyak pulak feedback customer dari customer lina sendiri. Happy sangat diorang sebab tips yang lina bagi tu berkesan sangat. Dari sorang ke sorang lagi.. now dah berapa orang ntah yang berpuas hati sangat sebab dalam sehari pun dah nampak kesannya.

BELVYA PSS ni  diformulasikan untuk membuang lemak-lemak di badan serta pada muka dengan hanya menggunakan body scrub ketika mandi. Terbukti keberkesanan dengan pengurangan 1-2 inci seminggu.
  • Keberkesanan yang terbukti secara klinikal
  • mengandungi 5 essence aroma therapy
  • 100% keluaran bumiputera & muslim
  • dikilangkan di kilang status GMP
  • kesan seawal 1 minggu pertama
  • segar & tidak merasa panas
  • halal & selamat digunakan 
  • tiada kesan sampingan
  • diformulasi dari USA
  • diiktiraf KKM
  • pertama di Asia


KELEBIHAN PERFECT SHAPING SCRUB BY BELVYA
1) Mengurangkan saiz lipid (molekul lemak)
2) Mengurangkan kuantiti lipid di dalam adipocytes (cell lemak)
3) Mengurangkan 1 hingga 2 inci dalam masa seminggu (terbukti secara klinikal)
4) Menegangkan kulit kendur akibat kehilangan berat badan yang cepat
5) Menghilangkan kehadiran selulit akibat dari kehamilan, baligh & berat badan turun naik.
6) Membentuk badan menjadi cantik
7) Menghilangkan lemak- lemak di muka serta meruncingkan dagu
8 ) Menghilangkan dagu berlapis (double chin)
9) Membantu membentuk hidung supaya kelihatan mancung dari biasa.
10) Menghilangkan stress & memberi kesegaran melalui 5 haruman aromatherapy
11) Menghilangkan bau badan sehingga tidak perlu memakai deodorant
12) Membuang sel-sel kulit mati & melembutkan kulit
13) Melawan jerawat dan merawat jerawat di badan
14) Mengurangkan tanda- tanda penuaan
15) Menggunakan teknologi nano yang terkini
16) Sangat berkesan untuk masalah perut buncit seperti orang mengandung

TESTIMONI BELVYA PSS memang banyak.. Ini sebahagian je tau testimoni pengguna yang sangat berpuas-hati dengan BELVYA lina upload kat blog..


armel aisya (ayda jebat) pun try uols. ini gambar sebelum try
ini gambar selepas beberapa kali guna BELVYA PSS. Nampak kan berbeza sangat .



 

ini customer lina . dia pakai 1 hari je dah nampak kesan yang superb sangat
nampak tak double chin dah surut sikit?? percayalah ini sebab guna belvya pss la ni.


Sekarang tgh promo MERDEKA SALE..

1 JAR - RM75(SM) / RM80(SS)
2 JAR - RM 140(SM) / RM150(SS)

HARGA ASAL = RM 85(SM) / RM90(SS)

VALID SAMPAI 16/9/2014

SMS / WHATSAPP +60126637842

oh ye.. pastikan beli dengan pengedar yang sah sebab BELVYA memang ada yang fake kat pasaran. Bahaya pakai benda fake ni paham-paham jela ye. Korang jangan risau, lina pengedar sah belvya. Tak caya sila cek kat www.belvya.com.


Friday, September 5, 2014

I love cooking

Asyik cerita bisnes je kan?? Hari ini kita cerita hal personal pulak..entry santai gitu.

Sejak beberapa bulan lepas, aku dan din dah kurangkan makan kat luar. Bukan apa.. selalunya beli lauk tak kena dengan selera la. Mahal pulak tu.. Kalau masak, jimat berganda dan boleh ulang makan berkali-kali.. Ibrahim pun lagi suka masakan mummy. Kalau mummy masak, Ibrahim makan bertambah-tambah.

Lepas tu aku perasan yang memasak ni boleh melepaskan stress. serius wei! Rasa enjoy sangat memasak. Lepas tu bila kesayangan makan bertambah-tambah lagi la gembiranya hati ini.. Tak puji pun takpe asalkan makan bertambah-tambah.. Tapi selalunya aku akan tanya din 'sedap ke?' .. hehe.. nak jugak suruh cakap sedap tu ;-)

Ok, siapa follow instagram aku @haslinahairudin sure tau hashtag #dapurlina . Kat hashtag ni la aku kongsikan lauk apa yang masak hari-hari. Banyak jugak resepi lauk pauk yang baru aku try. Alhamdulillah semuanya kena dengan selera.

Ini masa ramadhan hari tu.Almost everyday kita berbuka lauk masak sendiri. Resepi if ada terluang masa nanti aku up kan.. simple2 je lauknya. dessert ngan baking lama tak buat. Tunggu ibrahim besar sikit lagi baru mummy keluarkan mixer dari dalam kotak tu..

udang tempoyak

kailan masak sos tiram

acar timun lada

ayam masak lada hitam

kubis masak lemak putih

ikan kembung masak asam

pak choy masak sos tiram

ayam masak merah

sambal udang

kubis goreng

ayam masak kicap johor style
ada banyak lagi tapi bukan almost everyday dapat nak snap gambar lauk kan? ada jugak lauk yang dlm seminggu 2 kali masak bende yang sama.