Lama tak update pasal ibrahim kat blog kan? Ibrahim makin sihat dan bertambah-tambah kecerdikan. Ada je benda baru yang dia belajar buat. Aku bersyukur sangat sebab dapat tengok dan jadi orang pertama yang tahu dia pandai buat apa dan buat apa. Kira berbaloi jugak la mummy bekerja dari rumah ye Ibrahim Ikram. Tapi for some nampak yang aku jobless. Tu takpe biarkan luncai terjun dengan labu-labunya ;-)
Anak yang 24/7 dengan mak ni lain macam sikit kan? Nak buat apa pun clingy je. Kadang aku cuba la cari idea untuk dia tak berpaut dengan aku time aku masak or buat kerja kat dapur. Tapi setakat ni separuh jalan je jadi. Time nak update iklan bisnes or balas whatsapp / sms customer dia pun sibuk ngedeng handphone aku jugek. Dah bagi dah dia tengok youtube kat laptop. Ipad pun buka juga bagi dia main. Tapi tetaplah apa yang mummy buat, ibrahim nak buat sama.
kalau la kat sini ada play school, dah hantar dia gi main-main kat school. tapi apakan daya duduk kat area kampung macam ni.. takde sekolah-sekolah macam tu. taska ada le. dari hantar taska baik la mummy jaga je kan?
hari ni masa aku tengah masak mee goreng, dia dah berapa kali jenguk-jenguk aku. Ajak main le tu. Dah berapa kali jugak aku jenguk-jenguk dia main. Yang buat aku rasa macam terharu sebab dia tinggalkan beberapa pieces lego dekat dengan sinki. Huhu.. punyalah la nak ajak mummy sekali sampai letakkan lego dekat tempat mummy sibuk memasak. benda-benda macam ni la yang buat aku berat sangat nak bagi orang lain jaga ibrahim . lepas tu, aku rasa yang aku macam dah curi masa dia untuk main-main dengan aku so i need to pay the time yang aku tinggalkan tu.
tiba-tiba blur nak cerita apa dah sebab rasa touching sangat bila my nearly 21 months baby pandai sangat. dia tak merengek ke apa. cara dia nak minta perhatian tu 'alaa... comel sangat'
No comments:
Post a Comment