Tuesday, September 2, 2014

Testimoni SELFIE SKINCARE

Walaupun baru di pasaran, dah ada tau testimoni SELFIE SKINCARE ni.. yang bagusnya owner sendiri pun pakai jugak SELFIE SKINCARE ni.
TESTIMONI DARI PENGASAS PERLA & SELFIE SKINCARE
"My own testimoni. Dah berkurun muka tak naik jerawat tapi sejak mengandungkan anak kedua ni datang pula jerawat alahan kat bawah pipi. 
Alhamdulillah seminggu penggunaan jerawat beransur hilang. Dan yang penting selamat digunakan untuk ibu mengandung kerana selfie skincare tidak mengandungi hydroquinone. Sesuai untuk semua jenis kulit.#selfieskincare "
Yang ini, pakai SELFIE dalam 2 minggu. Jerawat nampak makin beransur pulih kan? 


Seminggu penggunaan dah dapat result yang best. 
Tak perlu pakai bedak atau foundation 

Now, SELFIE SKINCARE sedang adakan contest. Hadiah utama RM1000 . Jom dapatkan SELFIE SKINCARE dan join the contest.

Now @tradicine tengah adakan MERDEKA SALE!! Dapatkan SELFIE SKINCARE dengan harga terlajak murah dari kami.

SMS / WHATSAPP +60126637842

Monday, September 1, 2014

Bahan-Bahan Aktif Dalam Selfie Skincare

Hari ni lina nak cerita pasal bahan aktif dalam SELFIE SKINCARE. Info ni dari Instagram rasmi HQ. So, korang boleh tau la apa bahan-bahan dalam semua produk SELFIE SKINCARE.

SELFIE BRIGHTENING BEAUTY SOAP

  1. Glycerin sebagai agen pelembap, mengekalkan kelembapan kulit, jadi kulit tidak terasa kering selepas penggunaan sabun. Juga menggunakan bahan asas berasaskan sayuran(vegetable base) dan bukannya berasaskan lemak haiwan .
  2. Niacinamide iaitu vitamin B3
  3. Alpha arbutin-whitening agen
  4. Saccharide isomerite – mengekalkan kelembapan kulit


 SELFIE SMOOTHING TONER

  1. Witch hazel extract 
  2. Tea tree oil– natural antiseptic /antibakteria


SELFIE ALPHA WHITE DAY CREAM

  1.  Alpha arbutin 
  2. Sacharide issomerite – mengekalkan kelembapan kulit secara berterusan, kerana kulit kering mudah terdedah kpd masalah jeragat, pigmentasi dan mudah ada kedut. 
  3. Niacinamide (B3) 
  4. UV Filter (UVA & UVB protecter)



SELFIE ALPHA BRIGHT NIGHT CREAM

  1. Alpha arbutin
  2. Kompleks amino peptide patented peptide complex that helps to improve skin tonicity, firmness and suppleness after only two months. It is ideal for use in anti-wrinkle and anti-aging products, skin restructuring and smoothing products, and skin nourishing and skin repair treatments.
  3. Vitamin E – tocopheryl acetate
SELFIE SKINCARE tidak mengandungi hydroquinone dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Lelaki , perempuan boleh pakai.



Ok, bahan-bahan aktif dah tau. Selamat ke idok? Tentunya selamat uols!! SELFIE SKINCARE diperbuat di kilang berstatus GMP. Ada kelulusan KKM lagi tu. Dah jangan was-was dah..
Jom order SELFIE SKINCARE dgn lina. Lina salah seorang stokis under my branding business online shop 'TRADICINE'.

SMS / WHATSAPP : +60126637842

Ada harga promosi yang menarik memang da boom dan HQ pun tgh buat contest. Hadiah lumayan beb!! RM 1000 utk pemenangnya. Lekaih dapatkan SELFIE SKINCARE dari lina sekarang jugak :-)

**to all stalkers, saya dah disable copy paste ye. Korang nak maklumat ni. Rajin-rajin compile sendiri 

Friday, August 29, 2014

Adab Berniaga

Haha.. macam poyo je nak blog pasal adab berniaga. Tapi hope this akan memberi manfaat dekat new seller atau seller yang dah sedia ada. Entry ni lebih kepada online seller la. Sebab saya pun online seller. Mana yang baik saya share, mana yang buruk kita sama tegur menegur. Boleh??

Cerita macam ni..semalam ke bila saya ada up entry pasal produk baru saya jual . SELFIE SKINCARE (sila rujuk entry sebelum ni ye). Produk ni baru dalam minggu ni keluar kat pasaran. So ramai la baru nak jual ke apa. Sekali bila browse IG hashtag produk ni. Ramai guna gambar from blog saya ni hah..
ayat pun cilok sebijik sejibon tak hagak punya. Tu saya tak la marah pun.

Yang marah sebab diorang TUANG HARGA. Ini penyakit ok.. guna gambar orang kalau tak mintak izin pun dah kira salah. Ini etika penggunaan gambar. Tak kisah la dapat dari google pun. Tapi sila credit kan source gambar. Dah tegur pastu buat tak bersalah pulak. 'saya ambil gambar ni dari google'. Mengaku jela.

Pastu TUANG HARGA tu. Ni pun satu penyakit jugak. Sekarang trend online seller meniaga dah tak kira kos overhead semua tu. Saya ni bukan lulusan business tapi tau la selok belok pasal berapa nak letak harga. Diaorang ni tak kisah rugi asalkan jual barang. Saya paham la tu strategi. Tapi strategi biar bertempat ok. Orang yang buat macam ni adalah peniaga bermusim . Selalunya diorang ni tak sustain pun. Tapi diorang ni la jugak perosak produk & ekonomi.  Bagi murah tak salah tapi jangan sampai merosakkan jangka panjang penjualan produk.

Bukan nak cakap apa.. to buyer pun, kalau harga murah terlampau sangat sila fikir-fikir ye. Barangan fake banyak. Hati-hati ye.

Ok.. tu je kot cerita adab berniaga nye. Oh ye.. sebab kejadian ni la jugak. Saya dah disable right click. Haha.. dah tak boleh copy paste dah ye. Ko ingat aku tak tau computer ke sebab surirumah. Saya ada degree yg saya simpan dalam folder file :-) no right click tu easy peasy je. ( ni mood geram)

Wednesday, August 27, 2014

SELFIE SKINCARE by PERLA

Siapa yang suka selfie???
Tapi rasa tak flawless gitu..
Nak kena touch up pakai camera 360 gitu..

Sekarang korang boleh selfie tanpa guna camera 360

Meh try SELFIE SKINCARE

Selfie Skincare ni keluaran owner PERLA COFFEE, PERLA CHOCOLATE MILK dan beberapa produk PERLA yang lain.


Dalam 1 Set Selfie Skincare :
  1. Selfie Brightening Beauty Soap 
  2. Selfie Smoothing Toner
  3. Selfie Alpha White Day Cream
  4. Selfie Alpha Bright Night Cream


Bahan Utama Selfie Skincare :
-ALPHA ARBUTIN
-ekstrak tumbuhan : ekstrak mentimun, ekstrak licorice 
-vitamin E
-kompleks peptide untuk anti penuaan

Diperbuat di kilang bertaraf GMP
Selamat digunakan dan ada kelulusan KKM.

TESTIMONI DARI PENGASAS PERLA & SELFIE SKINCARE
"My own testimoni. Dah berkurun muka tak naik jerawat tapi sejak mengandungkan anak kedua ni datang pula jerawat alahan kat bawah pipi. 
Alhamdulillah seminggu penggunaan jerawat beransur hilang. Dan yang penting selamat digunakan untuk ibu mengandung kerana selfie skincare tidak mengandungi hydroquinone. Sesuai untuk semua jenis kulit.‪#‎selfieskincare‬ "

HARGA : RM 69.90 (SM) / RM 74.90 (SS)

NAK DAPATKAN SECARA RETAIL / BORONG??
NAK DROPSHIP???
NAK JADI AGEN???

SMS / WHATSAPP +60126637842
STOKIS SELFIE SKINCARE

** sempena minggu gaji & merdeka day, kita ada buat promosi.. nak harga promosi sila la sms/whatsapp +60126637842

korang boleh visit :

Thursday, July 3, 2014

Hati Resah

sambungan Entry ' Ibrahim ada lumps '

Dalam minggu lepas kot.. sebelum puasa. Tak ingat minggu bila sebenarnya sebab selalu je peram cerita pastu bila nak update kat blog dah lupe. Tapi tarikh ingat la sebab ada catat kat surat refer doktor. 25 Jun 2014 ada jumpa baik paed sebab lumps masih ada. Ibrahim takde demam.. aktif je.. cuma tak berapa nak menyusu botol.

Paed buat refer letter ke Hospital Sultanah Aminah, JB. Hari tu juga kitaorang pergi ke sana. Sampai sana, rupanya kena buat appointment dulu. Lepas tu, nurse yang handle admin tu cakap kalau bawa surat refer swasta nanti segala kos rawatan akan caj ikut rate swasta. Dinasihatkan kitaorang ambil surat refer dari mana-mana klinik government. Memandangkan tarikhnya ada dalam 1 minggu ++ lagi nak jumpa doktor kat klinik pakar kanak-kanak HSA so aku cakap kat husband kita minta doktor KKIA bandar tenggara je buatkan. lagipun dekat dengan rumah. rekod ibrahim pun ada kat sana.

balik la kitaorang.. semalam 2/7 baru ada masa nak ambil surat refer dari doktor KKIA bandar tenggara. Doktor nak buat surat dia ada la cek itu ini juga. Then, doktor suruh buat blood test nak cek kuman. Katanya senang.. nanti doktor HSA dapat gambaran nak treat macam mana.

Nak ambil darah ibrahim sikit punya susah.. sampaikan MA tak boleh buat. Doktor pun try beberapa kali baru dapat. Sebab ibrahim jenis tak suka dipegang. Dah kena balut, of course dia melawan. Lepas tu , gagah pulak tu. Tapi dapat jugak la darahnya. Result ada jangkitan viral dalam darah. Sedih je dengar result sebab ibrahim aktif dan nampak sihat je. Tapi dalam badan ada virus.Tak tau ini ada kaitan dengan lumps tu ke tak so 6/7 ni baru jumpa doktor dekat HSA utk futher treatment ke apa.

doakan yang terbaik untuk Ibrahim Ikram. Hope nothing serious.


Thursday, June 12, 2014

Mummy Punya Cerita Pulak

Semalam ada check up utk family planning. Aku dah stop depo injection, lagipun Ibrahim dah 1 tahun 6 bulan so enough la ambil depo. Pernah terbaca side effect ambil depo injection adalah tulang reput. Scary kan? Kita cuba natural planning atau pun tak plan langsung. Ikut la, kalau ada rezeki terima aje.

Sambil check up utk yang tu. Aku kan last time mengadu jantung berdebar-debar. Pastu cepat penat. Tau-tau selalu dah pengsan tak boleh buka mata. Yang best Klinik Kesihatan Ibu Anak sini memang concern habis. Apa kita ngadu, diorang take serious. Last check up ada ambil Tiroid Function Test (TFT) in case ada problem dengan tiroid. Pastu doktor cakap may be athma attack. TFT result aku dalam normal range dan memang terbukti yang aku athma attack.

Utk check up semalam, aku cakap yang aku dah batuk lebih sebulan. Pastu takut la kalau kena tibi ke apa. So, start hari ni aku kena hantar 1 hari 1 sample kahak untuk test kuman apa yang degil sangat. Yela.. aku dah on medication, pastu dah ambil antibiotik dah tapi still tak baik. Dah la ada athma kan? tak pasal2 kena monitor athma aku. Boleh kata teruk jugak la sebab ada time senak betul dada aku. Pastu semalam dalam menunggu setel jumpa doktor semua, ada nurse tegur bibir aku biru. maknanya oksigen supply tak cukup.

Sekarang pun, buat keje sikit dah semput. Lepas tu cepat nau penat. Hope everything will be ok dan aku cepat sembuh. Susah ok nak menjaga Ibrahim, buat house chores, nak berbisnes lagi kalau terus-terusan macam ni.

Monday, June 9, 2014

Ibrahim ada lumps

Lama tak update sebab anak beranak down with cough & flu. Aku ni dah dekat sebulan lebih kot batuk-batuk.. kejap-kejap macam baik, kejap-kejap datang balik batuknye.. siap pakej lelah sekali. tu yang segala aktiviti macam tergendala. bisnes jalan cumanya aku takdelah promote sangat. korang yang nak membeli boleh je whatsapp / sms aku. barang sentiasa ada ready stock.

Cerita pasal Ibrahim. masa dia kena batuk dan selesema tu bagi aku kire macam serius jugak kali ni. Sebabnya tiba-tiba ada lump. ada 2 , tapi now aku rasa ada yang bertambah kat lain walaupun batuk dia dah baik. Ini yang aku dalam kerisauan ni.. Hari tu bawa jumpa doktor pakar kanak-kanak, dia cakap dalam 2 minggu macam tu akan ilang. kalau tak ilang, bertambah atau bertambah saiz, kena bawa jumpa doktor balik. Sepatutnya next appointment 23 jun 2014.

hurm... masa cek up setahun setengah kat Klinik Kesihatan Bandar Tenggara ni, doktor ada cakap if lump tak hilang biasanya diorang akan cek if ada sakit tibi ke tak. pastu kalau tibi takde, diorang akan buat minor surgery untuk ambil sample kat lump tu. Aku yang mendengar ni seriau yang amat korang. Tapi that day Ibrahim ambil injection 3 serangkai tu. Tak demam pun walaupun aku tak bagi dia ubat demam.

Masa lump tu muncul Ibrahim siap demam. Anak aku ni tak pernah demam pun since lahir, bila dia start demam, rasa macam jantung ni dirobek-robek gitu. Ibrahim start merengek, tak selesa, kurang makan. Sedih kan? Rasa dalam this week bawa jumpa pakar kanak-kanak tu balik kot. Harapnya takde la berita meruntunkan hati mummy.