Haha.. macam poyo je nak blog pasal adab berniaga. Tapi hope this akan memberi manfaat dekat new seller atau seller yang dah sedia ada. Entry ni lebih kepada online seller la. Sebab saya pun online seller. Mana yang baik saya share, mana yang buruk kita sama tegur menegur. Boleh??
Cerita macam ni..semalam ke bila saya ada up entry pasal produk baru saya jual . SELFIE SKINCARE (sila rujuk entry sebelum ni ye). Produk ni baru dalam minggu ni keluar kat pasaran. So ramai la baru nak jual ke apa. Sekali bila browse IG hashtag produk ni. Ramai guna gambar from blog saya ni hah..
ayat pun cilok sebijik sejibon tak hagak punya. Tu saya tak la marah pun.
Yang marah sebab diorang TUANG HARGA. Ini penyakit ok.. guna gambar orang kalau tak mintak izin pun dah kira salah. Ini etika penggunaan gambar. Tak kisah la dapat dari google pun. Tapi sila credit kan source gambar. Dah tegur pastu buat tak bersalah pulak. 'saya ambil gambar ni dari google'. Mengaku jela.
Pastu TUANG HARGA tu. Ni pun satu penyakit jugak. Sekarang trend online seller meniaga dah tak kira kos overhead semua tu. Saya ni bukan lulusan business tapi tau la selok belok pasal berapa nak letak harga. Diaorang ni tak kisah rugi asalkan jual barang. Saya paham la tu strategi. Tapi strategi biar bertempat ok. Orang yang buat macam ni adalah peniaga bermusim . Selalunya diorang ni tak sustain pun. Tapi diorang ni la jugak perosak produk & ekonomi. Bagi murah tak salah tapi jangan sampai merosakkan jangka panjang penjualan produk.
Bukan nak cakap apa.. to buyer pun, kalau harga murah terlampau sangat sila fikir-fikir ye. Barangan fake banyak. Hati-hati ye.
Ok.. tu je kot cerita adab berniaga nye. Oh ye.. sebab kejadian ni la jugak. Saya dah disable right click. Haha.. dah tak boleh copy paste dah ye. Ko ingat aku tak tau computer ke sebab surirumah. Saya ada degree yg saya simpan dalam folder file :-) no right click tu easy peasy je. ( ni mood geram)
No comments:
Post a Comment