Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts

Saturday, August 24, 2013

Puasa Dah Lepas, Raya Pun Sudah, Kita Vacation Pulak

By the way, masih belum terlewat nak ucap selamat hari raya dan Maaf zahir batin kepada pembaca setia blog ni. Aku sekarang busy mengalahkan Perdana Menteri, nak update blog pun tak sempat.. hik hik.. Alhamdulillah bisnes kecil-kecilan dah mendapat sambutan. Thanks to this blog jugak yang ntah celah mana bawa customer mai beli ngan aku. Entry ni tak nak citer hal bisnes ok, nak citer hal lain pulak.

Ibrahim dah 8 months ++. Entry khas every month untuk Ibrahim aku dah semput nak buat. Ala.. cakap jela malas kan? Bukan malas sangat pun, cuma tak dapat the right time nak tulis blog. Nanti, ade masa aku ganti entry khas tu. Bukan apa, entry-entry tu la nanti nak keep track perkembangan Ibrahim Ikram.

In few weeks ni busy survey dan booking apa yang patut untuk family trip belah din. Actually, adik din convo, so alang-alang tu kita vacation sekali la. Tapi tula.. dah 3 kali aku jejak bumi seberang sana so excitement nak pergi tu so-so aje. Disebabkan may be ini mungkin kali terakhir jejak kaki ke sana, so we plan the best la. Nak merasa pergi tempat lain pulak lepas ni.

Sebab dah banyak kali pergi so aku macam blur nak shopping apa. Nak beli kain pasang pun, last year beli kat sana tapi tak buat pun baju lagi. Kita sightseeing dan makan-makan je la kali ni. Doakan aku rajin snap-snap gambar masa kat sana. Nanti boleh cerita kat blog ni. Hope kali ke-3 ni aku cerita la kat blog. Boleh buat rujukan to those yang nak pergi sana. Macam last time pergi, aku dah catat semua itinerary tapi update kat blog ni tidak pun berlaku. Blame the pregnancy hormone masa tu. Kali ni tak prenant ke apa so no excuse kot.

Ok, wish our trip berjalan langsung ye. Selamat pergi dan selamat pulang.

Monday, June 6, 2011

Cuti-Cuti Makan @ Perlis

hi all.. long silent kan? sebenarnya ada je bloghop tapi setakat jadi silent reader aje.Mood nak update blog sendiri memang ke laut. Ni aku baru je balik bercuti panjang.5 days direct. Seronok betul bercuti dengan suami dan keluarga ke Perlis.Jauh kan? tapi siyes seronok.

Sebenarnya ada majlis bertandang sepupu belah din. Kebetulan pulak tu dekat dengan kampung bapa mertua aku, jadi adalah sesi kenal-kenal ngan famili belah sana. Merasa laksa kuala perlis yang femes tu (tak ambil gambar pun sebab betul-betul menikmati tambah-tambah segan sama famili yang lain). Sedap betul. Kat sana aku rasa aktiviti makan dan jalan-jalan.

1st time jugak aku makan pulut ngan mangga tapi aku macam tak pandai nak makan sangat.Last-last aku makan asing-asing mangga ngan pulutnya. Mangga tu pulak bukan mangga biasa. Mangga harum manis yang sekarang dah nak abes musimnya. Memang bau mangga tu harum sesangat dan rasanya manis sesangat. Katanya harga mangga/pelam jenis ni mahal dekat pasaran. Even kat perlis pun susah nak dapat harum manis ni.
Pulut with Mangga Harum Manis
Bukan tu je aku merasa makan, time singgah RnR Sg Juru tu, aku sempat la merasa cucur udang berkuah kacang ngan pasembur. Jadi la buat lepas rasa kan? Setakat singgah-singgah gitu. Nak ke pulau nanti
tak balik pulak aku. Mak sedara ada yang makan mee udang. Besar-besar udang kat sana.
Pasembur

Cucur Udang Kuah Kacang

Rasa-rasanya tu dulu kot cite cuti-cuti. Entry kali ni kira intro je dulu.