Showing posts with label bajet. Show all posts
Showing posts with label bajet. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

Kad Kahwin Idaman (2)

Dah dekat sebulan aku survey pasal kad kahwin tapi gi tempahnya tak jugak. Korang marah din. Susah betul nak dapat cuti kat kedai sendiri.

Antara kad-kad yang aku berkenan:

1. I Like Card  -  http://ilikecard.blogspot.com/

Yang ni cantik sesangat tapi kos mesti tak dipersetujui oleh din. Tapi aku suka.

Kad sekeping ni pun sweet je.


2. Kanda Dinda - http://www.kadkahwin.com.my/ 

Nak kaler sweet pink atau white. Simple n nice kan?

Bajet mula-mula bawah RM1 untuk 1 kad. Sekali din cut kos. huhu menangis sekejap. Ke korang ada any suggestions untuk aku. Tapi taste aku lebih kurang mcm ni je.

Thursday, September 23, 2010

Kad Kahwin Idaman

Semalam tengah kepala ting tong buat coding, aku pun survey kad kat internet. Terjumpa 1 blog yang buat kad handmade yang cantik sangat. Memang menepati citarasa aku sesangat. Buat calculation secara kasar, kad tu sangat murah la bagi aku. Siap handmade lagi tu.

Now, i'm in love with doily paper.

So aku terus shoot email tanye quotation kad tu. Pagi ni dapat reply:

total : rm750 utk 1000pcs

Aku ade bace blog b2b yang lain, doily paper tu boleh dapat murah kat kedai barang kek. Semalam aku dah
cari doily paper tu sekitar Taman Equine. Tapi tak dapat sebab tak de kedai jual barang kek kat sana.

Plannye nak try buat DIY. Sebab buat calculation kalau DIY kosnya akan kurang about 50%. Macam mana nak dapat -50% , erm.. macam ni:

  1. aku beli doily paper sendiri + tempah stamp dan cop kat atas doily paper (tapi lekat ke ink tu? takut kena air dia jadi tak cantik)
  2. cetak guna mesin fotostat maklumat majlis dan map (yang ni kena betul-betul design ikut size. Yang tu malas tu)
  3. beli dan ikat riben sendiri
  4. guna kad manila size A4 dan potong sendiri kad tu. 
Bila fikir-fikir balik, aku memang tak de masa nak DIY sebab aku kerja dan kena buat thesis. Pastu, biasanya konsentrasi awal-awal je boleh. Bayangkan 1K-2K  kad nak DIY, mesti the first 500pcs je cantik. Yang lain akan kurang kecantikan dan kehalusan seni tangan tu. Betul tak? Baik bagi orang yang memang buat kerja ni. Tapi tunggu din approve idea untuk tempah saje instead of DIY the cards.

Jadi ni gambaran awal kad idaman aku tu:
Aku DIY contoh je ni the color aku nak macam ni. Sweet kan?

Wednesday, September 22, 2010

Kos Majlis Kahwin

After tunang hari tu, duk bincang kos yang bakal dikeluarkan time majlis kahwin nanti. Niat di hati memang kami nak buat sehabis simple la. Bukan simple dari segi majlis tapi dari segi kos.

Yang buat pening ni, mak aku tu banyak betul kawan-kawan. Kawan politik, kawan persatuan, kawan NGO, kawan bisnes dan macam-macam jenis kawan lagi la. Tu baru mak, famili yang lain pun ada kawan-kawan nak ajak sekali. Tapi mak faham kami mempunyai budget constraint. So, may be she will topup kat mana-mana yang tak cukup bajet tu.

Antara anggaran bajet majlis nanti:
  1. Dewan : rm1.5k tapi rm300 dapat balik after majlis
  2. Catering + Pelamin + Walkway + Gerbang : rm13k (rm13 sekepala)
  3. Baju sanding 2 : rm 350 + rm150
  4. Kad : rm2k  (untuk 2 belah pihak)
  5. Doorgift/ Bunga Telur : rm2k (untuk 2 belah pihak)
  6. Mak andam + Baju Sanding 1: aku tak tau lagi yang ni masuk sekali ke tak pakej 13k tu.
  7. Hotel (penginapan): rm1.5 k
  8. Official Photographer: rm1.5k
  9. Travel cost: rm1.5k
banyak lagi sebenarnya, jom bincang-bincang.