Wednesday, November 27, 2013

Salah Beli Saiz Diapers La Pulak

Semalam , diapers atau lampin pakai buang Ibrahim dah nyawa-nyawa ikan. Kebetulan semalam hari outing kitaorang so beli la diapers. Ibrahim pakai Mamy Poko.


Masa nak beli tu first aku nampak size paling besar XXL. Terus otak tune yang diapers Ibrahim XL. Dah tu gigih tu godek rak letak Mamy Poko tu sebab semua size bercampur-campur. Pastu ternampak size XL dekat rak atas yang aku tak sampai. Siap panggil pekerja supermarket tu untuk tolong ambilkan. Macam tinggal itu je la stoknya size XL tu. Tengok size XL range berat 12-16kg . Betul la ni, Ibrahim kan pakai size besar sikit dari berat sekarang. Terus bayar dan balik.

Sampai rumah, aku macam terfikir. Eh? XL tu bukan besar ke? Aisyah dulu last pakai diapers size XL. OMG!!!! aku tersalah beli. Double check dengan plastik Mamy Poko yang dah habis, L sepatutnya. Size range pulak patut 9-14kg. Baru aku teringat ... Ibrahim pakai size range besar sikit dari berat dia masa 6-7 bulan. Bukan berat semasa.

Nasib beli saiz besar sikit so boleh simpan. Kalau beli yang kecik dari size yang dia pakai sekarang nak buat macam mana.

2 comments:

NinaAz said...

kena simpan dulu la jawabnya kann. hehe

lina said...

a'ah memang kena simpan dulu. wrap dengan plastik. tapi ntah bila la tu nak tukar size. badan naik sikit je dak kecik ni. dah melasak..