Tajuk tak boleh blah kan? Tapi just nak share apa yang aku rasa dengan readers. Amboi! readers uols.. ade ke readers nye?. Takpe.. kita anggap jela ada kan?
luahan ni mungkin boleh menjadi panduan untuk sesiapa yang nak beli barang secara online dengan aku. Ngan orang lain mungkinlah lain. Dah la sekarang ni ada jugak seller yang buat onar, mencari kesenangan dengan cara yang salah. Tapi aku tak macam tu. Aku peniaga jujur. Setakat ni, takde lagi parcel tak deliver kat customer.
Kita buat pin point la. Kalau tak banyak aku melalut nanti.
1) Nak tanya boleh tapi kalau dah tanya sampai berhari-hari pasal produk ni, macam mana guna, berapa kali guna. Sekali ko senyap. Acik sentap ok, mana tak nya. Aku ni jaga anak sendiri, dah aku melayan ko berhari-hari tanya macam-macam pasal tu ini. Pastu ko buat senyap.
2) Yang dah beli, harap bersabar kalau aku tak update tracking no esoknya terus. Kadang tu dah pos, pastu terlambat nak bagitau korang tracking no. Sila la bersabar. Aku kalau waktu pagi hingga pukul 2 petang adalah waktu busy. Busy menyiapkan anak, makanan tengahari dan membalut parcel nak pos hari tu. Aku takde helper nak buat tu semua ye. Bisnes kecik-kecik je ni.
3) Pastu dah bagi tracking no, takde pulak dalam sistem. Kan ade no hotline poslaju tu. Silalah call dulu sebelum nak push-push aku. Kadang pejabat pos lambat update ye. Sebab lokasi aku duduk ni, boleh la nak cakap kampung so faham-faham la kemudahannya macam mana.
4) Berbalik ke point #1 tu. Sebelum tanya aku macam-macam, korang buat la study dulu pasal produk korang nak tanya tu. Ini dah penat-penat aku terang kat FB , blog, IG. Korang tanya jugak benda yang sama. Aku bukan 24 jam boleh pegang handphone / ipad.
dah la kan? rasa dah terluah sikit. Jangan serik tau beli ngan saya.
1 comment:
Post a Comment