Wednesday, August 11, 2010

Tabiat Maki Hamun

Hari ni dah 1st Ramadhan kan? cepat je masa berlalu. Setan-setan semua dah kena ikat dah. Cuma 'budak setan' pulak muncul semalam (Astro dah tayang Lagenda Budak Setan the series). LBS tak de kaitan dengan post aku kali ni. Aku nak cite bende lain.

Korang pernah tak memaki hamun ketika drive? Dulu masa aku jadi penumpang je, aku asyik suruh driver bersabar kalau dia maki hamun ketika drive. After aku dah drive sendiri, aku pun sama bertabiat memaki hamun. Cuma aku lite-lite je maki. Tak de la carut ke hape.

Kenapa sesetengah driver behave macam tu? Jawapannya tension dengan cara pemanduan orang lain. Cuba bayangkan ko nak cepat gi kerja, boleh orang depan ko bawa kat highway 20km/j. Pastu berlagak tak nak guna lane paling kiri. Hangin je kan? Paling tidak mesti ko cakap 'cepat la oi !' kan?

Tapi benda ni dah jadi tabiat dah. Buruk kan rupanya memaki hamun. Teringat aku masa gi Bandung last year, jalan diorang congested gila tapi sikit punya payah nak dengar orang hon-hon. Pastu driver muka rileks je.

Jadi, sempena ramadhan ni, jom kita sama bersabar di jalanraya. Kalau ade kejadian yang boleh memanaskan hati dan nak memaki hamun, sila cakap 'sabar...sabar' tepuk-tepuk dada. Sekurang-kurangnya pahala puasa kita tak habis di jalanraya ;p

No comments: