Showing posts with label secret recipe. Show all posts
Showing posts with label secret recipe. Show all posts

Tuesday, February 25, 2014

Sekali Sekala Boleh La

Hari ahad hari tu ada hal kat JB..
Bila selesai urusan, baru nak mencari makan..
Tapi tak berapa nak reti  jalan-jalan cari makan kat JB ni..
Balik-balik kitaorang akan cari makan area Bandar Baru Uda.. Plaza Angsana sana je..

Kali ni nak makan Secret Recipe sebab teringat kek dia..
Teringat first time makan Secret Recipe masa aku belajar dulu..
Tu first time ok.. My cousin yang belanja makan..
Nak order tak reti.. last-last cousinku kak ayu cakap order fish n chip.. sedap..
Itulah first meal aku kat Secret Recipe..
Now dah banyak kali jugak makan Secret Recipe..
Menu pun dah macam-macam..


Kali ni.. aku dan din order maxing-masing 1 main course, 1 kek dan 1 air..
Ibrahim share ngan aku je..
sebab kalau order yang lain nanti dia nak makan yang aku punya jugak..
Aku order spaghetti chickenball..

Din as usual mesti nasi goreng yang ada satay tu..

Din seperti biasa kek mesti Choc Indulgence
Aku kali ni ambil Red Velvet..
Aku rasa kek dia makin kecik la..
ke aku je rasa??

Sekali sekala boleh la kan??
Selalu-selalu sangat dalam keadaan ekonomi macam sekarang.. bangkrap..
Yang penting Ibrahim happy..
Dia ni bawa makan kat kedai mamak pun happy..

Monday, January 9, 2012

We Love Secret Recipe Cake

Kejadian adalah hari rabu ke khamis last week. Ikut din beli rak untuk stor kedai. Kedai jual rak tu dekat ngan Secret Recipe. Haruslah tergoda uols. Tambah-tambah memang tea time. Plan asal nak tapau je tapi bila baca banner depan kedai cakap dapat free tea/coffee kalau dine in a slice of cake. Ape lagi.. haruslah kite dine in je.

Aku dan din pilih white coffee. Cake pulak, din of course la ngan all time favourite dia,Chocolate Indulgence. Me pulak jenis suka tukar-tukar. Kali ni pilih Pecan Butterscotch. Ingat nak lepak-lepak makan kek je. Sekali din order thai fried rice. Beso betul udangnye. Kire berbaloi ngan harga la.

Sejak aku berpindah ke Johor ni, aku dah kurang berkunjung ke restaurant atau fast food. Kalau bandar tenggara ni lagi la hai. Ada kfc ngan marry brown je. Tapi macam bagus gak sebab boleh la makan secara sihat. Kalau masa kat KL nun, asyik menternak lemak aje. Bile la nak kurusnye kan? Poket pun takde la bocor aje ye dok?

Monday, March 28, 2011

Aku Suka Cuba Makanan Baru (1)

Walaupun aku tengah mood sedih dan kecewa sekarang ni. Nak cerita jugak kat korang yang aku dah rasa Green Tea Cheesecake Secret Recipe.

Ahad lepas, aku kena paksa dengan din untuk keluar makan. Walaupun duk jauh-jauh, din tetap akan pastikan wife dia ni makan. Tapi aku tak la rasa nak makan pape pun so aku ke jusco. Sambil-sambil tu window shopping. Ntah mood apa melanda aku macam tak rasa nak window shopping pun. Apatah lagi shopping betul-betul.

Waktu tu rasa 'bestnye duduk rumah sambil makan ice cream.' 'pastu macam best je kalau ice cream tu, ice cream green tea yang hijau.' Ice cream yang kaler hijau dah goda-goda aku so aku masuk cari dekat bahagian ice cream. Nan ado ice cream green tea. Tiba-tiba teringat green tea cheesecake SR. why not give a try kan?

Aku order green tea cheesecake , ice blended mocha expresso dan plain water. Plain water tu just in case cheesecake tu tak sedap. Bagi aku no bad la rasa dia. Rasa refreshing je bila  masuk mulut. Then, bila melt dalam mulut tu kita akan rasa macam minum teh yang lemak berkrim. Green tea tu buat rasa cheese tu tak berapa muak sangat. Rasanya manisnya pulak just nice. Tak manis terlampau ke apa. 

maafkan gambar yang tak seberapa dari kamera handset . tengah kumpul duit nak beli kamera godang ;p
Tapi aku tak habiskan pun cheesecake ni. Yela.. aku order sekali ice blended mocha expresso yang lemak berkrim jugak. Kalau order, green apple kasturi sure boleh habiskan punya. Apa lagi.. sila la try ye kawan-kawan :)