Friday, February 15, 2013

Ibrahim is 2 Months

Checkup dibuat sehari awal sebab hari jumaat KKIA takde buat checkup. Ibrahim kena cucuk 3 serangkai yang selalunya buat baby demam tapi alhamdulillah Ibrahim tak demam. Kuat ok anak mummy ni.

Mummy pulak kena minum air gula untuk sahkan mummy ni diabetes time pregnant je ke atau memang ade diabetes. Hope resultnya ok.

Dah 2 bulan ni Ibrahim dah boleh recognize mummy and abah. Pandai borak dan pandai ikut sebut beberapa patah perkataan lagi. meniarap pandai cuma mummy je takut nak bagi Ibrahim meniarap.

Berat : 5.94 ( + 1.14kg)
Tinggi : Tak ukur

Monday, February 11, 2013

Tak Ada Beza Cuti Ke Tak

Hari ni Isnin kan? Semua orang masih cuti CNY jadi dunia blog ni sunyi sepi la. Tambah cuti panjang jadi ramai yang ambil peluang nak balik kampung dan cuti-cuti Malaysia. Aku pulak terperap je dekat rumah sebab dah nasib suami bekerja sendiri. Time orang cuti, dia keje. Tapi alhamdulillah kitaorang happy je sebab masa kitaorang adalah flexible. Tak payah nak apply cuti. Cuma tu la, kalau cuti, income pun cuti la.

Cuti-cuti ni kat tempat aku hujan tak berenti. Mesti stress orang nak berjalan. Tapi bagus jugak, time cuti biasanya shopping mall ke, tempat-tempat pelancongan semua sesak orang. Baik habiskan quality time dengan family kan? Yang paling best, tarik selimut tidur berjemaah cuaca sejuk-sejuk ni.

Esok hari off business din, tak tau lagi aku nak follow ke tak dia restock barang kedai. Dulu berdua, aku ikut je. Sekarang macam kesian pulak nak heret Ibrahim. Tambah time hujan-hujan ni. Dah 2 minggu aku heret Ibrahim ikut abah dia. So far dia ok je. Boleh tahan lasak jugak Ibrahim ni. Tempat bising ke apa, kalau dah time tido dia, dia tido je. Cuma bab susu je la tak boleh nak tahan-tahan. Tapi sekarang dia merengek manja je. Takde nak nanges selok macam baru-baru lahir dulu.

Insya-Allah kalau takde aral, after cuti CNY ni aku akan launch business online. Dah lama plan tapi baru sekarang nak laksanakan. Korang dijemput memeriahkan lagi business aku tu. Jual barang biasa-biasa je. Sekarang takleh nak reveal lagi. Tunggu betul dah launch aku cerita kat sini ok. Sebab takut terpostpone ke malu pulak acik.

Aku kan kalau bercakap bukan reti nak berenti. Ini nak fikir ayat penutup entry pun aku buntu. Aku wish korang selamat bercuti je la. bYe!

Thursday, February 7, 2013

Makin Hari Makin Bam-Bam

Sebelum aku celoteh pasal aku , din dan Ibrahim, aku nak ucap terima kasih kat riana dan pemilik boutique lovey dovey shawl sebab sudi sharing kat entry milk booster tu. Aku dah try soya perisa jagung dah but still bukan milk booster aku. Sekarang ni makin teruk pulak rasenye nak dapatkan susu. Dah buat power pumping beberapa hari pun still la hasilnya sama je. Tapi aku taknak mengalah demi anak bam-bam temuk-temuk ku.

Ibrahim makin semangat. Kalau pegang memang sedap tak lembik-lembik so takde la aku rase insecure masa nak mandikan dia. Cuma kalau dukung lama-lama tu memang lenguh la pinggang. Pulak tu sekarang dapat peel nak suruh angkat bawa dia jalan-jalan tengok luar rumah. Ni nak kena cari kain dukung baby tu. Tapi bila survey online atau dalam buku Pa&Ma tu mahal yang amat. Cecah ratus-ratus kot kalau yang brand baik-baik.Tapi din macam tak berapa approve nak guna kain ikat-ikat macam tu. Walaupun aku cakap orang dulu-dulu lagi la pakai kain batik lepas je kendong anak. Ok je, selamat je.

Ibrahim sekarang kuat melasak dah. Mandi nak macam swimming. Kalau tak bagi dia buat aksi macam tu sure menangis. Pastu dah pandai cakap bahasa baby dah. Kadang-kadang entah apa yang dia borak ngan aku siap senyum-senyum. Yes! Ibrahim sangat pemurah dengan senyuman. Suka betul senyum dak temuk tu. Mummy dan abah pun dia dah kenal sangat.

Semalam first time after bersalin aku drive semula. Rase macam budak baru dapat lesen. Lama kot tak drive sebab berapa minggu before bersalin tu pun din yang drive ke mana aku nak pergi. Nanti nak praktis bawa Ibrahim pulak. Senang aku nak bergerak ke kedai ke atau ke mana-mana je. Ini macam patah kaki aku terperap kat dalam rumah.

Tadi first time after bersalin aku masak untuk din. Masak bende simple macam french toast ngan bake bean dah rase best sangat sebab ade anak kecik ni semuanya rase tak sempat. Lepas ni kita cuba masak benda-benda berat pulak macam lauk-lauk semua tu. Masak nasi , jerang air semua tak kira ey sebab yang tu kira ngelat.

Ok la panjang celoteh aku. Nanti Ibrahim bangun nak susu kelam kabut pulak aku. Jadinya meh la mengakhirkan entry dengan gambar makanan yang aku masak pagi tadi dan aku bangga gila ngan achievement aku yang tak seberapa tu :)

Wednesday, February 6, 2013

WW #1

Monday, February 4, 2013

Today Is Our 2nd Anniversary!

Pejam celik dah dua tahun since our nikah day.
Happy 2nd anniversary to my dear husband :)

Friday, February 1, 2013

Milk Booster?

Sampai saat ini, Ibrahim masih lagi menyusu campur-campur. I mean breast milk (BM)+ formula milk (FM). Kadang-kadang aku rase terkilan jugak sebab tak boleh nak bagi dia fully BM. Tapi mungkin gak rezeki Ibrahim banyak ni. Jadi aku bersyukur walaupun sikit tapi ada juga.

Masa checkup 1 bulan bila nurse tanya bagi susu badan je ke? aku terus terang je cakap campur sebab susu tak banyak. Tapi nurse tu cakap, kalau nak banyak kena selalu bagi direct feed. Aku dah cuba tapi tetap la hasilnya sama je. Pastu Ibrahim kalau flow susu kurang mulalah taknak direct. Tak sampai hati ok nak biar anak menangis menyusu tak puas so terpaksa gak bagi FM.

Aku kadang-kadang bagi Ibrahim susu guna botol supaya dia tak tantrum flow susu kurang. Kalau mood dia ok, baru bagi direct. Kalau pump pun paling banyak dalam sehari dapat 11 oz je. Pernah ok, 1 oz je dapat. Huhu..

Sampai sekarang aku tak jumpa milk booster aku lagi. milo, sawi, minum air banyak-banyak, makan nasi 3 kali sehari semua aku dah cuba. Still lagi nak mencuba benda-benda lain yang orang kata milk booster. Harapnya aku jumpa la milk booster aku supaya Ibrahim cukup BM.

Now, walaupun susu campur, badan anak aku semangat. Sampai orang ingat Ibrahim fully minum BM. Cuma satu lagi masalah ialah FM Ibrahim tu jenis yang ada bakteria baik tu. Harganya boleh tahan jugak la. 700g dalam RM 50++. Selalunya dalam 700 g tu sempat seminggu lebih ke dua minggu punya stok. Pastu kalau terlebih bancuh bukan boleh nak simpan- simpan bagi dia minum balik walaupun susu tak basi lagi. Nak tukar susu lain, aku takut Ibrahim tak sesuai ngan susu tu.

Lagipun Ibrahim pandai rasa susu. Pernah tukar susu Anmum pastu dia minum sikit sangat buat hilang dahaga je. Bila tukar balik susu Nan1 dia minum macam tak cukup je. Lepas tukar balik susu tu, 350g habis dalam 2 hari je.

So, kepada kawan-kawan yang berpengalaman BF anak tu, aku nak mintak tolong korang cadangkan apa lagi milk booster ey? Kalau makan ubat pengalak susu tu aku macam tak nak sebab takut effect dia. Harap korang dapat lah tolong aku ey :)

Thursday, January 31, 2013

Ibrahim Day Out

Sebenarnya Ibrahim ade je keluar masa dalam pantang macam pergi klinik etc. Outing secara betul-betul berlaku Selasa lepas. Abah dia kan ambil stok kedai every Selasa so mummy yang dah habis pantang dan lama tak keluar request nak follow abah.

Ibrahim behave dan most of the time tidur je dia. Masa keluar je dari rumah dia macam excited pandang keliling. Tapi kuase la mummy dia nak memangku budak semangat ni sepanjang jalan so letak Ibrahim kat dalam car seat. Lepas letak je dalam car seat, dia mula la tidur tapi akan bangun kalau kereta berhenti.

Aku dan din bawa Ibrahim gi Aeon Tebrau. Kat sana beli barang-barang Ibrahim. Ibrahim awal-awal je jaga, then sambung tidur balik. Kami dalam tak nak belikan baju lagi untuk Ibrahim terbeli jugak 1 pasang. Yela.. baju Ibrahim yang sedara dan kawan-kawan bagi banyak sangat lagi tak pakai tapi dah nampak timbun baju banyak sangat, tak dapat tahan nafsu membeli dah.

Aktiviti. makan-makan haruslah ada jugak. Mula ingat nak tapau cake kat Secret Recipe je sebab macam dah tutup Aeon tu tapi pekerja tu kata still boleh order makan-makan. Apa lagi, kita santap je terus kat situ. Aku order spaghetti aglio olio dan din pulak nasi goreng apa ntah yang ada satay ayam tu. Kek yang biasa kitaorang makan takde jadinya gamble pilih kek lain. Din pilih choc fudge.Aku pulak white choc macadamia. Sedap ok white choc macadamia tu. Tak semanis pecan butterscotch. Next time definitely akan order yang ni lagi :)

Ibrahim pulak masih lagi tidur. Lama ok dia tidur, sampai rumah baru o..ek..o..ek nak bangun. First time bawa keluar macam ok, so next time boleh bawa Ibrahim jalan-jalan lagi :)

Lastly, puan punya blog nak enterframe. Muka dah kurang membulat boleh la nak tayang. hehe..