Pages

Monday, April 28, 2014

Cerita Masak-Masak Lagi

Nak cerita pasal masak-masak lagi aci tak?? Aku sekarang tengah tak sihat. Few days back demam tapi sampai sekarang tak fully sihat lagi. Suara rock habis ni. Hari tu dah pergi berbekam. Lega kejap je.. hopefully cepat la sihatnye sebab buat apa pun sekarang memang badan rasa tak best sangat-sangat..

Moh cite pasal menu-menu yang aku dah masak minggu lepas..

ayam goreng kunyit

ayam masak lada hitam

sardin goreng. lada tu aku goreng sebijik-sebijik sebab nak bagi ibrahim makan sama.

telur dadar ni buat jodoh dengan sardin goreng. makan dengan nasi kosong. terangkat. ramai nau komen kat gambar sardin goreng dengan telur dadar kat fb aku.

kangkung goreng. cerita pasal kangkung.. hari tu orang jual sayur kat pasar tani bagi aku kangkung free. semoga orang jual sayur tu dimurahkan rezeki sebab sedekah sayur kangkung kat aku.

acar timu lada. Ini masakan tradisi kat lipis. Kat tempat lain tak pernah jumpa lagi. Masa kawin aku ngan din, ada masakan ni.

Daripada nak goreng telur mata yang tipikal, kita upgrade buat sweet sour. Boleh suap ibrahim makan sekali.
Itu je pun yang dah aku masak last week. Banyak menu ayam kan?? Din memang pengemar ayam. Lagipun ayam murah berbanding protein-protein yang lain. Tapi idok le hari-hari makan ayam. Ada time kita makan kat luar. Ada time kita goreng ikan.

Ikan goreng tak payah la nak menunjuk kat blog ni. Lagipun mak mertua aku boleh kata selalu sangat goreng ikan sebab kucing-kucing kat rumah ni suka makan nasi gaul ngan ikan goreng.

No comments:

Post a Comment