Pages

Friday, January 7, 2011

Dating Bersama Din

Semalam tak jadi din nak hantar getz masuk workshop sebab ade kekangan komunikasi. Rupanya tempat cucuk charger kat enset din rosak. So, din just pergi survey spare part getz je.

Balik kerja we met up at JJ equine. Spending time together, cari barang, makan, masuk kedai emas, masuk kedai spec and try fish spa. Kelakar je time ni sebab aku dan din gelak-gelak kuat gile sebab geli sangat masa awal-awal masuk kaki tu. Lama-lama macam syok pulak. May be hari ni pun nak try lagi.

Then, kiteorang plan nak gi downtown cheras pulak sebab malam masih muda dan din macam bosan. So, aku dan din hantar kereta ke rumah aku. Pakai kete din je kami ke downtown. Round-round downtown, before balik makan steamboat tepi jalan. Dulu-dulu aku tak berani nak makan tepi jalan macam ni, selepas diajar kawan-kawan macam syok je.

Balik rumah dah pukul 1 pagi dah. Walaupun penat, rasa best sangat sebab aku ngan din susah betul nak dapat time dating-dating macam ni. Memang dah nasib PJJ macam kami ni. Almost 4 years jugak lak aku dan din PJJ. Alhamdulillah dan aku harap sangat jodoh kami sampai ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment