Pages

Wednesday, January 26, 2011

Dah Tinggal 1 Angka

9 hari lagi

Aku sekarang mood nak bercuti. Paham-paham jelah. Orang yang nak kahwin sebulan pun dah rasa lemau nak buat kerja apatah lagi aku yang minggu depan je nak melangsungkan hari.

Mood adalah bercampur-campur. Risau dengan persiapan majlis dan kesihatan diri. Gembira sebab nak jadi teman hidup din. Yelah dulu din propose jadi teman perempuan dia kan?aku saje tukar wanita kepada perempuan sebab wanita tu nampak berusia sikit ;p Tapi apa barang teman perempuan sahaja, teman hidup la baru special.

Aku risau pasal kesihatan bukan apa... Serius aku rasa kurang sihat. Takutnya kalau kena admit hospital beberapa hari je before majlis. Dah la ada appointment specialist 2 hari sebelum nikah. Benda ni aku dah highlight dah dekat bos, incase aku tiba-tiba cuti awal dari plan cuti aku yang dah approve tu.

Sekarang dah rasa dup dap dah nak bertukar status. Dah berpuluh tahun berstatus 'cik' , haruslah rasa susah nak melepaskan title itu. Nak mengaku cik walaupun dah kahwin leh tak? Macam hari tu aku emo ngan orang astro call. Dia cakap 'saya bercakap dengan puan XXX?'. Cepat-cepat aku betulkan 'cik XXX'. Biasa aku biar je tapi kali memang menghargai habis-habisan title tu. Bila fikir balik, kelakar pulak rasanya.

5 comments:

  1. awa --> nak kahwin tapi still panggil cik boleh?

    farhanna --> yes. we share the same date. Dah la kad sama :)

    ReplyDelete
  2. haha..boleh jek..tak kawin pon org dh leh paggil puan kan.Ni kan pula dah kawin.Ala lina kan hot2 n child boleh jek..Takut lina jek yg marah org pgil lina cik nanti.kihkihh

    ReplyDelete
  3. awa --> kite suke je org panggil cik. Nmpk mude gitu. hehe.. kes tak sedar diri.

    ReplyDelete