Pages

Wednesday, December 15, 2010

Wedding Favors For Children : Jelly Beans

Aku tertarik hati nak bagi budak-budak Jelly Beans ni daripada bagi gula-gula yang biasa orang bagi time majlis kahwin. So colourful dan budak-budak pun mesti suka punya. Tapi punya la payah nak mencari yang jual secara borong benda alah Jelly Beans ni. Aku jumpa jual kat jj tapi harga, harga retail bukan wholesale. Agak mahal di situ berbanding gula-gula biasa. Ke korang tau mana boleh dapatkan benda alah ni secara wholesale? Bagitau la kat aku ;p

Mula-mula aku plan nak letak dalam jar mcm ni:
 credit to : michton.com . Tak pun macam ni :
credit to : humbugsweetshop.co.uk .

Mahal la pulak jar ni. Lagi mahal dari jelly beans tu sendiri. Pastu nak bagi benda ni nak bagi budak-budak, macam tak sesuai sebab jar ni kaca. So, aku plan nak letak dalam bekas dadih yang saiz kecik tu. Pastu letak riben hias-hias. Boleh imagine tak?

Tapi bila tengok idea dari website ni : http://myweddingplanningtips.com/2009/05/01/wedding-favor-ideas-sweet-bites/ , aku rasa macam nak guna plastik je untuk buat packaging jelly beans tu. Nanti nak survey mana  lagi menjimatkan.

3 comments:

  1. helo sis..
    saya pun berminat gak ngn mende gula nie..
    ni pun tgh penin nk car kat mne..
    akak tau ke?

    ReplyDelete
  2. hi, dh jmpa ke gula2 jelly bean tu? kat mne yer??

    ReplyDelete
  3. Jelly bean dijual secara borong di kedai Reno Mart Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, Selangor. Boleh tengok FB page dia : https://www.facebook.com/renomart.malaysia

    ReplyDelete