Pages

Thursday, December 30, 2010

Chit Chat & Update Preparation Kahwin

36 hari lagi until nikah day 

Esok cuti, so aku pun mood ala2 cuti dah ni. Tengah duk berkira nak balik Lipis malam ni atau esok pagi. Tambah dengan perisa ngantuk sebab makan nasi arab kat Restoran Saba' tadi. Office buat farewell untuk one of the staff. Aku pulak dalam hati buat ala2 celebration dah permanent. Yelah dapat surat betul-betul before nak keluar gi farewell tu. Alhamdulillah. 1st time jadi seorang pekerja berstatus 'tetap'.

update preparation kahwin pulak:

#1 - Last week mak kata nak buat pelamin mini untuk nikah. Aku bila orang dah nak bagi, terima jela. Tak pernah pun plan untuk ada mini pelamin sebab aku suka simple-simple. Even mak paksa-paksa adakan hantaran, aku still berkeras untuk tak nak ada hantaran time nikah nanti. Warna yang aku pilih teal dan pink. Tapi macam nak tukar lagi ;p

#2 - Mak terlalu banyak plan untuk doorgift. Cupcake la, bunga telur la, bakul hiasan la. Yang pasti akan ada doorgift vip dan tak vip.Kawan-kawan mak aku berbagai lapisan pangkat, tu yang ada buat yang special tak special. Kalau semua nak buat special, aku rasa aku kena jual kereta aku la pastu tapi aku akan pastikan kawan-kawan aku akan dapat doorgift vip.

#3 - Kad, mak cakap akan start edar tengah bulan Januari. Takut orang lupa kalau bagi awal-awal.

#4 - Aku plan nak book hotel untuk din punya side, siapa nak book hotel, sila bagitau aku awal-awal.

#5 - Kasut, pihak gavy cakap after a week akan call. To date, tak de call pun. Takpe, aku rasa masih awal lagi ni.

#6 - Masih mencari tudung dan veil for nikah. Hopefully the vendor yang aku really hope dapat pakai tudung dan veilnya boleh accept tempahan aku.

#7 - Next week nak kena ukur baju for sanding but berat aku degil betul. Stress to da max bila fikir pasal berat.

#8 - Next week jugak plan nak gi Nilai 3 lagi. Nak beli paper bag , bekas telur dan tambahan bunga telur for vip.

ok la. tu je kot

4 comments:

  1. i pun plan nk ke nilai next week..kedai mana paling murah n cantik?i xpnh sampai sana lagi sblm ni..

    ReplyDelete
  2. adila, kat sana banyak sangat2 kedai jual barang kahwin. Paling murah tak pasti yang mana sebab setiap kedai ade je buat salesnye. Redah saje ;p

    ReplyDelete
  3. ok thank u lina for u info..:)

    ReplyDelete