Pages

Monday, December 27, 2010

Baju Famili

39 hari lagi until nikah day 


Hari Jumaat lepas, mak dan adik aku yang bongsu datang KL. Datang untuk shopping baju famili time wedding aku dan din nanti. Mula cakap datang hari Sabtu but then mak aku tukar plan datang hari Jumaat.

Malam tu kiteorang tido kat Legend Hotel. Tu pun mujur ada bilik sebab sebelum tu tanya Vistana dan Seri Pacific dah penuh. Niat mak nak extend 1 malam lagi pun tak dapat sebab Legend pun penuh hari Sabtu tu.

Tengahari Sabtu after checkout terus ke Jalan TAR. Sepanjang hari kat sana. Jakel la, Gulatis la, Maya, Euro Moda, Nagoya, semua aku ngan mak aku masuk. Tapi paling lama kat Jakel. Baju Famili semua beli kat Jakel. Murah rezeki SA yang layan mak aku hari tu. Memang kaw-kaw punya shopping la. Aku suka je sebab ada orang sponsor baju famili.

Warna tema baju untuk famili adalah purple lembut tapi kotor (light and dusty purple). Ini tafsiran aku la. Aku sangat suka pink tapi aku tak nak bagi orang lain pakai pink supaya aku tak tenggelam di kalangan orang lain.

color may be beza sikit sebab ni bawah lampu kuning

Famili aku yang lelaki akan pakai baju Melayu lengkap. So, kawan-kawan lelaki amat digalakkan memakai baju Melayu (tak nak pun tak pe). Famili aku yang ladies pulak akan pakai baju kurung. Jadi kawan-kawan nak mengikut tema, boleh la pakai baju warna purple lembut tapi kotor tu ey.

No comments:

Post a Comment