Pages

Wednesday, November 24, 2010

Nasib Ada Orang Kampung Tolong (2)

**Sambung cite tayar pecah tu

Aku pun gi la umah orang yang banyak kete tu. Diorang tengah kumpul dekat serambi sambil buat persiapan raya. Aku dengan muka sedih dan kesian tu cerita la kat diorang yang tayar aku pecah... nak balik lipis.. bla... bla.. Risau jugak aku kalau diorang tak nak tolong aku. Huhu..

Diorang baik hati tolong tukarkan tayar aku. Dalam 1/2 jam macam tu siap tukar tayar. Aku ada jugak hulur duit untuk mereka yang tolong aku tu tapi diorang menolak untuk terima. Aku teruskan perjalanan sambil tu aku cari la handphone aku. Sekali handphone aku ter'off' rupanya. Banyak missed call dari famili aku dan din. At the same time rupanya diorang dah on the way cari aku sebab risau aku tak dapat dihubungi. Aku pun call cepat-cepat cakap handphone aku ter'off' dan aku telah selamat meneruskan perjalanan so diorang pun patah balik.

Pak Mbong aku nasihatkan aku keluar ke jalan besar sebab takut tayar tu buat hal ke apa lagi pastu susah nak mintak tolong orang. Aku pun ikut jela nasihat orang tua, tapi memang aku bawa 60-80 km/j. Semua kereta aku bagi diorang lintas aku. Memang rasa seorang loser sangat la malam tu sebab drive slow-slow ikut lorong kecemasan. Lagipun tayar spare tu kelajuan maximum 80km/j. Alhamdulillah aku sampai jugak kuala lipis pukul 2 pagi macam tu. Gila lama perjalanan balik kampung aku. Pengalaman betul.

Aku ada request dekat din nak jet yang power sikit bukan manually kita pulas-pulas nak naikkan jet. Senang, aku boleh tukar sendiri tayar tanpa minta bantuan orang lain. Secara teori aku tau macam mana nak tukar tayar cuma aku kan pompuan mana kuat nak pulas-pulas jet tu.

Lagi 1, next time kalau bos dah bagi half day tu sila-sila la guna sepenuhnya ;p

No comments:

Post a Comment