Pages

Thursday, September 23, 2010

Kad Kahwin Idaman

Semalam tengah kepala ting tong buat coding, aku pun survey kad kat internet. Terjumpa 1 blog yang buat kad handmade yang cantik sangat. Memang menepati citarasa aku sesangat. Buat calculation secara kasar, kad tu sangat murah la bagi aku. Siap handmade lagi tu.

Now, i'm in love with doily paper.

So aku terus shoot email tanye quotation kad tu. Pagi ni dapat reply:

total : rm750 utk 1000pcs

Aku ade bace blog b2b yang lain, doily paper tu boleh dapat murah kat kedai barang kek. Semalam aku dah
cari doily paper tu sekitar Taman Equine. Tapi tak dapat sebab tak de kedai jual barang kek kat sana.

Plannye nak try buat DIY. Sebab buat calculation kalau DIY kosnya akan kurang about 50%. Macam mana nak dapat -50% , erm.. macam ni:

  1. aku beli doily paper sendiri + tempah stamp dan cop kat atas doily paper (tapi lekat ke ink tu? takut kena air dia jadi tak cantik)
  2. cetak guna mesin fotostat maklumat majlis dan map (yang ni kena betul-betul design ikut size. Yang tu malas tu)
  3. beli dan ikat riben sendiri
  4. guna kad manila size A4 dan potong sendiri kad tu. 
Bila fikir-fikir balik, aku memang tak de masa nak DIY sebab aku kerja dan kena buat thesis. Pastu, biasanya konsentrasi awal-awal je boleh. Bayangkan 1K-2K  kad nak DIY, mesti the first 500pcs je cantik. Yang lain akan kurang kecantikan dan kehalusan seni tangan tu. Betul tak? Baik bagi orang yang memang buat kerja ni. Tapi tunggu din approve idea untuk tempah saje instead of DIY the cards.

Jadi ni gambaran awal kad idaman aku tu:
Aku DIY contoh je ni the color aku nak macam ni. Sweet kan?

No comments:

Post a Comment