Pages

Thursday, October 31, 2013

Ceritaku Bukan Ceritamu

Aku ni angin ting-tong betul la.. Rasa nak update blog pastu tak tau nak cerita apa. Sebenarnya banyak ceritanya tapi tu la some aku dah cerita kat Instagram (IG), jadi malas pulak nak cerita kat sini.

IG tu senang sikit asal snap je gambar pastu terus upload. Tapi macam terabai pulak blog ni. Blog ni la banyak kenangan pahit manis masin semua. Kalau dari blog lama aku ke blog yang ni, rasanya dah lama dah aku berblog. Since February 2008 katanya. Ok, takdela lama sangat pun. Korang lagi lama kan?

Bisnes kecil-kecilan macam mana? Yang tu ok je. Baru restock barang-barang selasa lepas. Stok tanaka masih ada tau. Aku nak bagi clear habis baru rasa lapang sikit. Kalau tak, bersepah-sepah dah stok barang jualan aku. Ada kat hall, ada dalam stor, ada bawah meja. 

Terbaru ada stok ROYAL SLIM LISHUO MAGIC . Tengok siti sarah kurus makan tu, terus la nak teruja teramat. Aku tak try lagi sebab tengah try MAIXARA MIRACLE ESSENCE (MME). Walaupun tokei korang kata, tapi aku takde nak bazir-bazir makan produk sebab duit modal, duit aku sendiri. Makan bagi habis sesatu dulu. Rugi beb!


Pasal Ibrahim pulak, banyak sangat perkembangan budak kecik tu. Rasa cepat nau membesar baby mummy ni. Aku bersyukur sangat yang aku dapat jaga sendiri Ibrahim so takdelah aku miss out perkembangan dia. Kadang tu stress jugak sebab Ibrahim ni aktif dan lasak. Pastu manja pulak tu. Ada masa-masa yang aku kena mengadap dia je. Ibrahim..ibrahim..

nangis sebab mummy cakap chocolate moist cake dah habis
Ok, rasa macam panjang pulak bercerita. Kang sampai malam tak habis cerita lagi aku ni. Sesiapa nak beli produk kesihatan & kecantikan boleh sms/whatsapp . Banyak produk baru dengan diskaun hebat dan free gifts kebaboom. 

FB page : Tradicine
IG : Tradicine

sms/whatsapp 0126637842




Monday, October 28, 2013

Ibrahim Ikram Milestone

Dah berapa bulan aku hutang nak blog pasal perkembangan Ibrahim

Meh la kita rangkum terus 1 entry ni ha..

To date, Ibrahim Ikram dah 10 months ++. Dah tak macam baby pun. Secara fizikal dan perbuatan dah macam budak besar.

Kita cerita secara backward la senang sikit aku nak ingat. Ni pun ingat-ingat lupa. hihahiha...

10 months

Ada 4 gigi lagi dah showing off. Total gigi yang nampak 10 batang. 10 month = 10 batang gigi? kebetulan je kot.

Makan makanan pedas, takde perasaan pedas pun tapi kalau makanan yang sejuk macam ais dia buat muka pelik.

timbang 10 bulan : 9.52 kg je. Naik sikit sebab dah melasak.

Dah berjalan few steps. Tapi tak berapa stabil lagi. Kalau memapah tu laju la.

Dah boleh remember few things and words.

Kuat merajuk dan jeles.

Pandai mintak mamam dan tak memilih makan.



9 months

Dah pandai turun katil. Yang aku pelik tu pandai pulak tu dia bagi bontot dulu pastu turunkan kaki. Tak pernah ajar pun but he seems too expert pulak.

Dah berapa bulan berdiri stabil, tapi bila nak suruh bertatih dia lembikkan kaki tak nak. Kalau berpaut pada kerusi, dinding semua tu memang dah berjalan. Pernah sekali dia berjalan setapak dua pastu macam tak nak.

Masih tak berminat dengan mainan-mainan yang abah dan mummy belikan. Tapi berminat nak test gigit semua tu.

Gigi masih 6 batang. Cuma ada la nampak few gigi yang nak keluar lagi.

Tak boleh letak dalam walker sebab dia pandai nak panjat keluar walker. Takut jatuh ke apa.

8 months

Makan nasi macam budak besar dah. Tak nak cerelac atau makanan-makanan baby. Pandai pilih pulak tu. Aku tengok hasil buangan dia ok je so proceed jela bagi makan nasi butir-butir tu. His fav setakat ni, roti, nasi dan biskut.

Dah memanjat dah anak aku. Setakat storage box tu kacang je bagi Ibrahim.

Timbang 8 bulan : 9.1kg

7 months


Dah start kenal orang terdekat. Tapi Ibrahim ni friendly baby so dia tak memilih orang sangat. Mamak ke, myanmar ke dia boleh tersengih-sengih.


Dah merangkak anak mummy. Then cepat je praktis berdiri. Kalau berjaya berdiri lama sikit, Ibrahim sendiri sengih-sengih senyum excited. Bangga le tu.







Wednesday, October 9, 2013

Stock Clearance : Bedak Tanaka 40g TERMURAH di Malaysia

Ini aku nak buat clearance bedak tanaka. Bedak tanaka ni bagus uols!!! Aku pernah muka nak naik jerawat pastu aku terus tepek bedak tanaka. Esoknya, jerawat tu tak jadi nak naik. Itu satu contoh kebaikan bedak ni, ada banyak lagi kelebihannya.

Harga semurah RM 6. Beli banyak lagi kita diskaun, diskaun..

Deals ni sementara stok masih ada tau..

Berat 40g , Yang 110g tak jual tau..

sms/whatsapp 0126637842


Tuesday, October 8, 2013

Hai Ikan Bilis Tempoyak

Baru je semalam buat entry stress la.. tension la sebab gumuks tapi petang sampai ke malam , 3 kali aku makan nasi. Ini gara-gara sambal ikan bilis tempoyak. Aku dari kecik kalau makan ni je dengan nasi kosong boleh bertambah-tambah nasi.


Tempoyak ko..tempoyak.. dah asalnya orang pahang, memang tak sah kalau tak makan tempoyak. Pastu bila gumuks mula lah bising.

Takpelah yang dah lepas biarkan lepas. Sebenarnya aku duk hold nak makan Maixara Miracle Essence (MME) yang boleh menurunkan berat badan. Sekarang tengah makan Maixara White Essential (MWE) dan Maixara C-Sential (MCS). Kalau semua sekali harung, mau bocor buah pinggang aku. MWE pun dah tinggal sikit dah pun. Lagi 2-3 hari habis la 1 jar tu.

Oh ye.. bisneskecilkecilanlina dah ada IG. Sebelum ade FB page je, so kita upgrade la sikit. Since sekarang pun ramai yang ada IG. Follow : Tradicine . Itu nama komersial bisneskecilkecilanlina tau. Senang 1 perkataan je. Tak payah nak taip huruf bebanyak.

Ok la.. aku nak pergi bancuh MWE ni. Dah setengah jam lepas makan so inilah waktu paling afdhal nak ambil MWE supaya penyerapan lebih berkesan =)




Monday, October 7, 2013

Cerita Berat Badan

Kalau korang perasan la kan.. kalau aku letak gambar aku sure tang muke je kan. Aku masih gumuks. Lepas pantang hari tu main taram je makan. Pastu tak aktif bersenam ke apa. Dah la aku ade ambil injection 3 bulan tu. Salah satu side effect adalah kenaikan berat badan.

Sekarang ni kalau nak jumpa orang aku macam segan. Bukan tu je, kadang sakit telinga ok. Ibrahim kan sihat bulat-bulat pastu mulalah ade mulut takde insurans. Sebab maknya badan gitu, anak pun macam tu la. Aku takde nampak silap pun dengan badan Ibrahim sebab tiap kali timbang pun berat dia dalam kawasan putih. Maknanya berat dia ideal.

Ini aku tengah pasang kekuatan nak berdiet. Siaplah lepas ni, biar diam mulut-mulut tu. Geram kan. Sekarang ni fasa detox. Pasni baru fasa slimming. Nak kurus lepas beranak ni take time sikit. Berbulan-bulan badan tu mengembang, pastu takkan 1-2 hari nak kurus terus. Adeih!

Kalau cerita pasal gumuks ni boleh tension jadinya. Ni yang malas nak cerita ni. Ok la.. sebab dah tetiba rasa tension ni, aku tulis sampai sini je. Nah! saksikan gambar si gumuks.

Saturday, October 5, 2013

Testimoni Aku : Maixara White Essential (MWE)

Sebenarnya lama dah nak try MWE, masa bulan puasa lagi. Tapi bulan puasa kan dugaan bab-bab nak cukup minum air kosong. Jadinya, aku postpone la nak consume MWE. Lepas raya pulak sibuk booking sana-sini untuk Bandung Trip. Postpone la lagi sampai lepas balik dari Bandung.

Awal-awal aku ambil MWE aje. 2-3 hari memang rasa la kulit tu makin halus dan lembap. Time aku consume MWE, kulit aku kering sebab perubahan cuaca Bandung-Malaysia. Pastu kusam dan dimakan hari sebab masa Bandung trip tu aku punya bijak tak pakai krim pelembap. Pastu bedak yang ade spf pun tak pakai. So, merasalah kulit gelap, kusam dan kering.

MWE ni fungsi dia untuk whitening, detox dan anti-aging tapi aku bukan la nak putih ke apa. Just nak cerah dan kulit sihat.

Now, hasil dari ber 'MWE' , kulit aku macam moist sikit. Pastu dah nampak bayang-bayang kecerahan tu. Pastu yang aku paling suka kalau compare kulit tangan aku yang dulu dan yang sekarang. Yang sekarang lagi nampak muda. Aku pernah dengar siapa ntah cakap , kulit kat tangan paling cepat kedut. Kalau kulit kering , tak cukup air, tangan kita akan macam orang tua-tua.

Lagi 1, bila erk-erk.. aku dah tak sembelit. Lancar je. Pastu, dah selalu la aku membuang. Kalau tak dulu, 1 minggu berapa kali je aku erk-erk.. Dah kata MWE untuk detoks, kalau hari-hari erk-erk maka kurang la toksin yang terkumpul dalaam badan ni. Bagus kan MWE ni...Mana taknya, MWE ni gabungan 12 jenis buah antioksida yang terbaik tau.

Bukan aku je dapat manfaat dari MWE ni. Ibrahim pun sebab dia kan menyusu dengan aku. One of pekerja din cakap Ibrahim makin cerah. Pastu, MWE ni selamat diambil oleh ibu-ibu menyusukan. Takde masalah kekurangan susu ke apa. Menambah lagi ada la.

Aku bukanlah yang jenis displin habis bab makan-makan supplement ni. Minuman berkafein pun aku taram jugak tapi since yang jenis ngelat macam aku pun MWE ni berkesan, kira bagus la MWE ni.

JOM DAPATKAN MWE dari aku. Harga hanya RM120. Free postage ye pastu ada free gifts yang hebat. Nak tau sms/whatsapp aku kat 0126637842


Friday, October 4, 2013

Borak Kosong Tapi Takdela Kosong Sangat

Kalau nengokkan entry 2-3 bulan ni sedih betul. Sebulan boleh paling banyak 2 entry je. Tu pun 1 entry senarai barang jualan bisneskecilkecilanlina.

Nak kata busy tu takdelah. Nak mendapat menaip entry je mulalah masa tak sesuai la apa. Pastu datang pulak penyakit 'M'. Last-last banyak no cerita tak bercerita kat blog.

Aku sekarang dah makan new supplement. Sebelum ni makan Maixara C-Sential (MCS), sekarang ni tambah 1 lagi Maixara White Essential (MWE). MCS masih aku makan sebab yang tu bagus untuk resdung. Kalau tak makan mula la sroooot..srooot.. hidung aku ni.

Ibrahim pulak dah tak macam baby. Banyak ragam dan melasak. Takde maknanya dia nak duduk diam. Kalau diam tu maksudnya tengah mengigit sesuatu la tu. Paling dia suka kat rumah ni, bunga-bunga hiasan plastik mak mertua aku. 

Tapi setakat ni tak pernah telan lagi, paling-paling je dia kunyah-kunyah je. Agaknya benda tu kan plastik liat jadi selagi tu dia kunyah. Kalau mulut dia terkunyah-kunyah tu sambil sengih-sengih, aku korek mesti jumpa benda. Suka no mengigit pastu nak makan. Ada petua suruh bagi gigit halia, aku dah bagi tapi dia slumber derk je mengunyah. Ke ada lagi petua? Bab sini aku nak cuba.

Pejam celik..pejam celik dah dekat setahun aku melahirkan Ibrahim. Kadang aku tak sangka yang aku dah anak sorang. Kejap je kan? Ok la.. rasanya cukup la kot berborak kosong. Banyak keje ni tengah tunggu aku. 

xoxo,
lina

Hasil Maixara C-Sential dan Maixara White Essential. Nak cuba meh contact aku . Special price punya dan dijamin ori!

Thursday, October 3, 2013

Bandung Trip 2013 - Day 1

Sebelum lupa baik update sikit-sikit. Bandung trip kali ni sempena SIL aku konvo. Kat indon diorang panggil konvo - wisuda.

Since nak travel last minute gitu so tiket flight adalah harga mahal sikit. Around 6k untuk whole family. Naik Air Asia (AA) sebab nak turun kat Bandung terus takdelah stress dengan traffic jammed kat Jakarta. Tapi stress jugak sikit sebab airport Bandung comel sangat. Oh! kalau di Bandung, jangan guna perkataan comel tau ( maksud comel kat sana : Mulut Tempayan)

Flight ke Bandung from LCCT actually pukul 7.15 mlm waktu Malaysia tapi masa nak depart, flight delay few minutes. Yang staff AA pulak takde nak announce ke apa. Pastu bila dah boleh naik pulak, macam tergesa-gesa. Macam naik je, takde pun lengah-lengah, flight terus take off.

Flight kitaorang hari tu sekali pulak dengan beberapa orang pelakon yang quite famous.Malah one of them duduk sebelah my father in-law. Tapi My FIL tak kenal pun that actress. Biase la orang tua. Muka diorang flawless banding dalam tv. Pastu size pun macam shrinking sikit. Tak dapat bayang if aku dalam tv, agaknya penuh skrin ngan muka aku je. Haha imiginasi tak hengat.

Sampai di airport Bandung, selambak orang menunggu nak cop passport. Pastu tak habis kat situ, tunggu pulak check in bags bersesak-sesak reramai. Sungguh la comel airport Bandung tu.

Lepas tu pulak nak naik taxi ke hotel. Dah ambil coupon pastu ingat taxinya datang depan porch airport tu. Tidak rupanya. Taxi tunggu seberang jalan sana. Dah la penat pastu dengan orang yang duk tanya-tanya nak ke mana etc. Tips for first timer : Ambil taxi guna coupon tau. Kalau area bandar Bandung Rp 45 000 je 1 taxi. Kalau ambil kat orang yang duk tanya-tanya tu, keberangkalian nak kena tipu tu ada. Pastu takut ke mana-mana pulak diorang bawa. Pastu caj memahal.

Kitaorang ambil 2 taxi ke hotel sebab 1 taxi tak muat. Yela.. bags ngan stroller lagi.
Sepanjang trip kali ni, weols stay kat Aston Braga Hotel & Residence. Ade jugak family members yang stay kat Favehotel by Aston. Dua-dua hotel ni 1 company cuma yang beza 1 hotel 4 stars, 1 lagi economy hotel. Hotel ni nanti aku review kat entry lain.

Dah sampai hotel, check in. Pastu tido tak ke mana-mana dah. Tu je day 1, Day 2 next entry lah ye.

Ibrahim pun terlelap tunggu flight delay. Dia tido sampai naik dalam plane. Tapi masa kelam-kabut cari tempat duduk, terjaga la pulak. Pastu merengek sebab lampu dalam plane tutup nak take off.

Dua orang budak yang tak sabar nak naik plane.

Kitaorang tak pre-order makan, so beli je la apa yang ada. Tapi si kecik yang sibuk nak mamam.