Pages

Friday, June 28, 2013

Product Review : Bedak Tanaka original dari Myanmar

Ini pun antara produk yang aku jual. Dah ada tu, meh kita try.

Untuk yang masih tak tahu, bedak tanaka ni boleh dibuat bedak sejuk, foundation dan skrub. Aku baru try guna as bedak sejuk dan skrub. Foundation belum lagi. Sebabnya, bedak sejuk dan skrub ni boleh sekali harung. Maksudnya, mula-mula ko pakai as bedak sejuk. Bila dah kering, before bilas muka dengan air, ko skrub muka dulu.

Aku ada jugak buat lebih-lebihan yang sapu dekat muka tu skrubkan dekat tangan. Dah 2 kali buat. Ada nampak perbezaan sikit. Aku test buat sebelah tangan dulu. Nanti dah nampak hasil ketara, aku update kat blog.

Cara nak guna bedak ni senang je



  1. Mula-mula bancuh sikit dengan air. Ada orang guna penutup bekas bedak tanaka ni, tapi aku letak dekat bekas lain untuk bancuh.
  2. Bila dah cair-cair gitu, sapu dekat muka.
  3. Bila kering, macam aku cakap tadi.. sebelum bilas tu, skrub muka dengan sapu-sapu muka tu. kalau rasa kering dan melekat sangat, letak air sikit je untuk senang men'skrub'.


Aku tak pakai lama-lama, maknanya bila dah kering bedak tu pastu rasa muka tegang semacam, aku basuhlah muka. So far, aku baru pakai yang lime. Pernah tengok testimoni orang lain. Orang tu jerawat teruk, katanya lepas 3 bekas muka licin uols. Yang lime ni bau dia sedap je. Ade sesetengah orang kata bau macam axion. Takdelah, bau limau nipis je cuma ada la macam bau axion tapi tak la pering macam axion tu. Paham tak? dah bau ekstrak limau nipis macam tu ;p


Bila pakai bedak tanaka ni sejuk je muka. Dah kata bedak sejuk kan? Jadi menyejukkan muka la kan? So, kalau stress-stress tu boleh take 5 pakai bedak tanaka ni kejap untuk refreshing :)

sesiapa nak order, sms/whatsapp 0126637842.


Harga: 1 - RM 25, 2 - RM 40
Harga : 1 - RM 20, 2 - RM 25, 3 - RM 30 ** update by 4 July 2013
Free postage Semenanjung Malaysia ( Sabah/ Sarawak + RM 3 untuk postage)
Free gifts : Collagen Eye Mask.

 Ada dua jenis yang available : LIME / IRONWOOD FLOWER atau Bunga Tanjung



Agak-Agak La Kan?

Aku terajin pulak nak cek komen. Yelah kadang terlepas pandang. Sekali ko, ada 1 anon ni parking elok jual Maixara dekat salah satu entry Maixara aku. Tangan aku cepat je delete. Lupa pulak nak ambil no telefon orang tu.

Aku bukan la marah sangat. Tapi aku jual Maixara ni aku put effort banyak tau. Cuba produk, pastu letak modal. Masa jual pun banyak dugaan jugak. Dengan orang main harga sebagainya. Ko pulak senang-senang nak potong line. Tak baca ke aku ade jual. Pastu ni, blog aku. Agak-agak la kan nak cari customer kan?

ayat dia lebih kurang gini : 'saya ada jual maixara . sms ********.' dah la guna nama anon. kalau berani letak la google ID. Baru gentle gitu.

ok, la. tak guna nak marah-marah. Morale of the story, sebelum komen, silalah baca dulu entry. Pastu kalau nak berniaga, berniaga secara jujur!

Thursday, June 27, 2013

Dah Upgrade Packaging

Since bisnes kecil-kecilan aku dah mendapat sambutan sikit, aku pun perbaiki la service aku. Yang paling aku nak upgrade adalah packaging. Sebelum ni aku pakai kotak-kotak terpakai kat kedai din, kalau sempit sangat takde kotak, aku buat kotak sendiri pakai kotak susu Ibrahim.

Sorry la sesiapa yang dapat kotak-kotak tu semua. Nampak sangat tak proper kan? Tapi aku tetap la jugak nak pakai kotak sebab rasa pakai courier bag macam tak selamat. Tambah-tambah Maixara C-Sential tu bentuk tablet. Last time, Maixara keluarkan tablet dia jenis cepat rapuh, lagi la aku risau customer-customer aku dapat habuk je nanti.

So sekarang kotaknya standard pastu dalam aku ada taruk bubble wrap sebagai padding supaya kalau dicampak, terlambung ke barangnya takdelah bergoncang-goncang dalam kotak tu. Huhu.. again.. aku nak mintak maaf kat mana-mana customer yang aku sumbat kertas surat khabar dalam kotak packaging sebelum ni. Yelah.. kotak tak standard, terbesar jadi ade ruang banyak. Punyalah la takut barang-barang tu bergoncang-goncang dalam tu, aku sumbat surat khabar untuk memenuhi ruang ;p

Packaging baru. Yang ni customer beli maixara C-sential pakej B
Aku harap sangat one day bisnes aku buat ni berkembang maju. sambil-sambil ni aku cuba upgrade mana boleh supaya lebih professional gitu.

Hah! siapa nak beli Maixara/Aurawhite/Ferwhite/Bedak Tanaka cepat-cepat sms/whatsapp aku. promosi June masih berjalan ni :)

Wednesday, June 26, 2013

Bedak Tanaka Bukan Tate by DEA 40g

Ada stok baru masuk. Bersusah payah aku cuba mendapatkan bedak tanaka ni since memang produk laris sebab penangan Nora Danish. Ceritanya macam ni, Nora Danish melalui syarikat famili dia dapat rebrand bedak tanaka ni. Bedak ini boleh jadi bedak sejuk, foundation ngan skrub. Bedak tanaka ni diperbuat dari kayu tanaka yang banyak terdapat kat Myanmar sana.

Nak jadikan cerita, susah bebenor nak dapatkan tate by DEA sebab laris sangat. Tapi aku berjaya beli Tate by DEA ni 2 bekas. Stok sendiri tak jual. Itu pun orang dah mark up harga. Ada alternatif lain bagi yang pakai jugak bedak tanaka ni. Macam-macam bau untuk macam-macam function. Yang ND rebrand tu yang kaler hijau (bau lime). Aku berjaya dapatkan stok bedak tanaka original tapi bukan tate by DEA ey. Yang tu nak beli, beli direct dengan ND.

Dalam stok ada 2 bau yang available : Lime (yang ni sama dengan tate by DEA) dan ironwood flower (bau bunga tanjung)

fungsi pun berbeza tau:
lime - cerahkan kulit, rawat jerawat kronik dan kulit pucat.
ironwood flower - pelindung matahari dan mengawal minyak wajah.

Harga : 1 pcs RM 25, 2 pcs RM 40 ( dah termasuk postage tapi Sabah/Sarawak kena tambah RM 3)
Harga : 1 - RM 20, 2 - RM 25, 3 - RM 30
Free postage ke seluruh semenanjung. Sabah/Sarawak tambah RM 3 untuk postage
Setiap pembelian ada free gifts :)
kiri yang ND rebrand, kanan yang aku jual. Bendanye sama cuma beza sticker je.

lime

ironwood flower

Cerah Ke? [Testimoni Maixara C-Sential]

Antara kehebatan Maixara C-Sential ialah mencerahkan kulit. Aku ni dah la jenis kulit gelep-gelep gitu.  So, sekarang bertambah keyakinan sebab dah cerah beberapa tona. Tapi tetaplah tak puas hati kan? Sebab masih ada parut-parut degil yang dah berkumpul bertahun nak dihilangkan. Cuma rasa best sikit sebab parut-parut tu dah pudar. Take time sikit la kot sebab aku ni tak boleh tinggalkan minum kopi.

Bukan aku je makin cerah, Ibrahim pun ikut sama sebab diakan breast feeding so ade tempias-tempias khasiat Maixara C-Sential ke dia.

Kebetulan stok Bedak Tanaka dah sampai semalam jadi aku pun nak tambah free gifts bagi sesiapa yang beli Maixara C-Sential dengan aku. Aku buat dua pakej, pakej A dan pakej B. Masa order boleh nak pakej free gifts yang mana.

Pakej A

Harga ikut HQ Maixara : 1 kotak - RM 99, 2 kotak - RM 190, 3 kotak - RM 270
Free postage
Free gifts : 
1 Obuse Lip Tint
1 Obuse Candy Tint
2 Collagen Eye Mask
2 Shiseido Black Mud Peel Face Mask
Tips pemakanan MCS yang berkesan

Pakej B
Harga ikut HQ Maixara : 1 kotak - RM 99, 2 kotak - RM 190, 3 kotak - RM 270
Free postage
Free gifts :
1 Bedak Tanaka (lime atau ironwood flower)
2 Shiseido Black Mud Peel Face Mask


sms/whatsapp 0126637842 untuk order

the latest me, hasil berMaixara C-Sential #nocamera360



Saturday, June 22, 2013

Johor Jerebu

Hari ni dah hari ke berapa ntah jerebunya. Dekat berita cakap dah makin ok sikit but still dalam indeks pencemaran udara (IPU) yang bahaya.

Harap hari ni hujan la. Kalau hujan, jerebu tu kurang sikit la. Ini nak keluar rumah pun tak dapat. Baru pergi kat depan pintu dah nak semput. Dada rasa sempit je. Aku ni ada lelah. huhu..

Dah berhari-hari berkurung dalam rumah, semalam aku dengan Ibrahim pun keluar la. Sebab Ibrahim dah start bosan duduk dalam rumah je. Harap masalah jerebu ni setel la cepat. Sungguh rasa tak best sebab tak dapat menghirup udara segar.

Dalam rumah pun sekarang ni bau asap je. Din bercadang nak beli air purifier tapi kedai-kedai letrik kat bandar tenggara ni takde pulak jual. Nak keluar ke Kulai kalau nak membelinya. Nasiblah la ada lampe berger tinggalan aku masa involved dlm sejarah silam bisnes mlm. Rasa ok sikit la nak bernafas dalam rumah ni.


Friday, June 21, 2013

Product Review: Shiseido Black Mud Peel Face Mask

Ecece.. nak mereview produk pulak aku ni kan? Bukan apa, ini produk baru aku ambil untuk buat free gifts. Alang-alang kita ade tu, meh cuba. Pernah baca review face mask ni bagus sangat.

1 paket tu ade orang cakap boleh pakai 3x kalau nak jimat. Aku takde nak jimat-jimat, aku tepek semuanya kat muka. Pastu masa tepek tu, jangan tepek dekat tempat yang ada anak rambut tau. Elakkan jugak bulu kening korang.

Cecair mask ni macam gam sikit. Likat.. dah ratakan kat muka tu, biarkan kering. Nanti boleh rasa muka kita meregang kemain lagi. hah! time tu boleh tarik je mask tu. Macam muka aku kan banyak bulu-bulu halus. Pastu atas bibir tu macam ada misai sikit-sikit. Masa tarik mask tu, rasa nak menangis.
Tapi sangat-sangat bagus sebab rasa muka sangat bersih dah habis segala white head degil pakai pore pack pun tak jalan tapi dengan shiseido face mask ni, ambik ko! keluar habis white head tu.

Bila cakap black mud, jangan bayangkan bau mask ni busuk bau lumpur pulak. Wangi uols!

Mask ni aku bagi free gifts tapi kalau sesiapa nak beli korang kena beli min 10 pcs. Free postage. 1 pcs tu harganya RM 2. Kalau beli lagi banyak boleh diskaun lagi dan lagi.

Kalau nak dapat free, korang boleh beli Maixara C-Sential ke, Aurawhite 400000mg ke, tak pun Ferwhite 500000mg. Semua ada dapat face mask ni as free gifts =)

Thursday, June 20, 2013

FAQ Produk Jualanku

Since banyak yang bertanya soalan yang sama so aku rangkum jela kat entry ni. Senang..

#1 - Apa perbezaan produk Maixara, Aurawhite dan Ferwhite?
Setiap produk ada kelebihan masing-masing. Tentulah bendanya tak sama. Kalau tanya aku mana yang lebih bagus, setiap orang respond berbeza untuk setiap produk. Semua ikut penerimaan badan kita.

#2 - Maixara C-Sential aku jual ni original ke?
Of course original sebab aku memang ambil dari stokis primier. Beware ye korang kalau ada orang bagi harga murah tak ikut harga HQ tetapkan, ada kemungkinan MCS tu tak ori. Dapatkan dari pengedar/mini stokis yang sah.

#3 - Boleh Cash on Delivery (COD)?
Boleh untuk kawasan Bandar Tenggara/ Kulai dan Johor Bahru sahaja. Tempat lain guna poslaju. Tapi jangan risau, tak lama mana pun poslaju. Ikut kawasan, kalau kawasan bandar esok dah sampai dah. Kalau pendalaman sikit, ambil masa 2 hari. Dah terbukti kecepatan poslaju sebab hari tu pos ke Sandakan, esoknya barang dah customer terima. Aku pun terkejut sebab cepat sangat.

#4 - Apa beza MCS HA dan tanpa HA?
Yang ada HA tu formula MCS yang telah diperbaharui. Kiranya tanpa HA tu produk awal Maixara la. Penerangan HA sila baca entry aku yang lepas : http://linapersonaljournal.blogspot.com/2013/05/maixara-c-sential-dengan-hyaluronic.html

#5 - Harga boleh diskaun ke?
Diskaun ni ikut HQ. Ada produk boleh diskaun atas sebab-sebab tertentu.

#6 - Caj postage?
Setakat ni free. Dengar kata poslaju nak naikkan harga. Kita tengok dulu macam mana harganya. Pastu baru cari jalan yang tak membebankan customer dan aku.

#7 - Berkesan ke Maixara/Aurawhite/Ferwhite ni?
Yang ni subjektif sangat. Ikut penerimaan badan masing-masing. Macam aku works on MCS. Ada setengah orang Aurawhite, ada orang yang lain Ferwhite. Proses penerimaan pun berbeza-beza. Ada yang cepat, ada yang lambat. Yang penting ikut cara pemakanan produk yang betul, untuk hasil yang berkesan. Untuk yang beli dengan aku memang aku ada bagi tips extra untuk hasil yang lebih berkesan. Ini special untuk customer yang beli dengan aku je.

ok la, cukup kot dulu untuk kali ini, nanti kalau ada soalan aku cuba jawab lagi :)

Wednesday, June 19, 2013

Today Is My Special Day

Hari ini sambutan hari lahir yang terakhir dalam usia 20-an. Next year dah masuk 3 series dah. huhu.. tapi hati tetaplah rasa muda belia je ni.

This year takde celebrate-celebrate makan-makan tapi my dear husband bagi hadiah best. Bagi aku dah cukup best sangat-sangat. Mungkin bagi orang lain biase je. Tunjuk paper bag je. Isi dalam biarlah rahsia.

Sempena birthday, aku buat promosi untuk barangan yang aku jual. Yang tu, nanti malam-malam sikit aku taip sebab macam setiap barang tu banyak betul free gifts. Tapi sesiapa yang tak sabar dah, boleh sms/whatsapp.

Oh ye... aku ade jual bedak tanaka. Bedak ni tengah meletup di pasaran gara-gara nora danish ada pakai dan jual. Tapi nak bagitau awal-awal yang aku tak jual tate by DEA.

Tuesday, June 18, 2013

Ibrahim is 6 Months

15.06.2013 genap Ibrahim Ikram 6 bulan. Yeay! dah boleh makan dah!

Sepanjang 6 bulan ni dah pandai:
buat kuda-kuda untuk merangkak.
sebut dan panggil abah clearly. Mummy panggil time nak susu je. sedih...
Dah pandai conquer tv.
Pandai nak berebut ipad dengan abah.
Dah ada beberapa batang gigi show. Alhamdulillah Ibrahim tak demam tumbuh gigi pun.
Masih menyusu susu campur-campur. Hope ada lagi rezeki Ibrahim sampai 2 tahun walaupun tak banyak.

Check up awal beberapa hari. Resultnya:
Berat : 8.42 kg (+ 0.28kg) sikit je naiknya. Graf masih dalam kawasan putih.
Tinggi : 69 cm

To date, dah 2x Ibrahim mummy bagi makan solid food. Yang tu, nanti ada entry khas.

Friday, June 14, 2013

Ibrahim Boboy Bukan Gegirl

Kekadang ada orang tanya aku 'baby girl ey?'. Jawab aku ' taklah, boy'. Kenapa selalu sangat orang salah anggap Ibrahim ni gegirl. Even mak aku bawa dia pergi pasar, ramai yang ingat Ibrahim girl.


Some said may be muka Ibrahim manis macam gegirl. Ada yang cakap sebab kening dia. Feature kening tu macam kening pompuan. Yang aku perasan some more bulu mata Ibrahim panjang. Kalah bulu mata aku. Kalah jugak bulu mata pelsu Che Ta.

see.. bulu matanya panjang
Sebab kecik-kecik lagi orang dah cakap muka macam gegirl, aku kena asah Ibrahim ganas-ganas sikit. Tapi sekarang bila Ibrahim melasak sikit rasa macam 'adeih! tak laratnya...'. Serius Ibrahim sangat aktif dan lasak. Dalam kereta meniarap, buat kuda-kuda nak merangkak tu ikut suka hati dia je. Kalau letak atas kerusi duduk/baring dia tu, suka-suki jugak nak tertiarap. pastu terkepak sebab macam tersepit. Aku la risau. Takut dia jatuh kan?
Macam ni la aksi dia tersepit. Lama sikit sebab tak berjaya nak lepaskan diri, mula la nak menangis

Ok, la.. conclusionnya Ibrahim memang boboy ye. Jangan salah anggap dia gegirl pulak :)

Rezeki Masing-Masing

Semalam tengah syok melayan Ibrahim, sekali din sms kata ada kedai jual MCS dengan HA RM **. Siap letak dekat flyers promosi kedai diaorang lagi. Serius rasa macam 'eh kenapa ko ni? bersaing secara sihat la. Tak gentle langsung main turun-turun harga suka-suki tak ikut arahan HQ Maixara.'

Sebenarnya bukan produk Maixara je kedai tu buat macam tu, kebanyakan produk laris kat pasaran diturunkan harga tak ikut harga pasaran. Motif aku rasa la kan, nak curi customer kedai-kedai yang lain. Sebab kedai baru bukak pastu terus buat perangai tak gentle macam ni. Hari tu, boleh la may be nak perkenalkan kedai. Kali ni serius aku rasa orang ni busuk hati.

Pasal Maixara ni aku rasa tak puas hati la. Aku mini stokis ni ikut la harga HQ suruh sebab dah sign contract kan. Tak boleh suka-suka turunkan harga. Tapi takpela.. kita ikut je harga HQ. Keoriginalan produk yang orang jual tak ikut harga HQ tu tak tau ori ke tak. Yang penting, aku ada testimoni yang kuat sebab aku sendiri pengguna MCS. Lagipun, masa din sms tu, tiba-tiba masuk order dalam masa yang sama. Aku pun tak sedih pun. Aku percaya yang rezeki tu sentiasa ada :)

Ini harga HQ Maixara baru update untuk MCS + HA.


pembelian dengan aku akan dapat pos percuma + free 1 obuse lip tint + free 2 collagen eye mask + free candy lip tint ( yang ni aku ada 12 color yang berbeza, aku bagi random je. tapi kalau nak request color sila inform masa order)

color candy lip tint yang available


apa lagi.. cepat-cepatlah order =)

nak order sms/whatsapp 0126637842


Thursday, June 13, 2013

Wanita Hari Ini

Aku hari-hari la kalau sempat mesti nak tengok wanita hari ini (WHI) kat tv3. Kadang bukan apa, nak tengok orang promote produk-produk baru. Pastu nanti boleh bagitau din. Customer kedai din kemain laju lagi, tengahari produk keluar kat WHI, petang dah datang kedai tanya-tanya nak beli. Macam le semua produk din ambik jual kat kedai. Yela.. produk sekarang macam-macam. Kita pun tapis mana yang laris dan boleh jual, mana yang tak.

Aku kadang suka jugak tengok cara orang promote produk ni. Kemain semangat lagi. Macam Kak ton, dr Vida dan d'Herbs, dato Aliff tu. Kadang tengok pemakaian diorang. Umagai.. kemain bling..bling.. lagi dr Vida tu. Tapi cara dia tu la attraction untuk customer ingat dan beli produk diaorang.

Aku ni sebab din ada kedai jual-jual produk macam ni, so dah ade keberanian lah nak cuba produk-produk. Dulu aku tengok je orang beli itu ini. Nak try tak berani. Sekarang, before try apa-apa produk, aku survey dulu. Mana yang ok, aku cubalah. Tapi bukan nak cakap apa, dalam banyak produk aku try, Maixara C -Sential is the best!

Siapa nak order Maixara C -Sential, this month aku bagi free gifts worth RM 20. Aku nak bagi diskaun, HQ tak benarkan so aku bagi free gifts buat ganti diskaun tu. Harga MCS dengan HA RM 99.00 (1 kotak), RM 190.00 (2 kotak), RM 270.00 ( 3 kotak). Free postage ke seluruh Malaysia. sms/ whatsapp 0126637842 untuk offer ni.

Wednesday, June 12, 2013

Masih Bisnes Kecil-Kecilan

Alhamdulillah dah nak masuk 3 bulan aku berbisnes kecil-kecilan tu. Hasilnya tak la gempak mana tapi bolehlah. Macam-macam kerenah customer yang dah aku hadapi. Backout buyers pun usah cakap la. Pernah buat aku down, stress. Ko ye ye je nak beli last-last senyap.

Bukan aku sorang je hadapi bende ni, ramai online sellers pun dah hadapi. Salah satu sebab permainan harga produk. Tu biasa la dengar, ni aku dengar ade yang sanggup potong jalan orang lain. Orang tu susah-susah, berabis duit kat iklan FB tu. Dia sanggup pm bagi harga rendah dari pengiklan tu. Itu lagi dashyat kan? Sanggup ko diorang buat gitu. Tapi aku tak sanggup sebab nampak ketidakberkatan membuat onar macam tu.

Aku kan mula-mula ingat nak jual Maixara je, sekali aku dah terjual macam-macam. Tersasar dari plan bisnes kecil-kecilan aku tu. Tapi takpelah.. produk lain tu buat samping..samping je. Dari pengedar naik jadi mini stokis, pastu aku berangan pulak nak jadi stokis. nasib sedar diri. Kang tak terkejar pulak. Mungkin bila Ibrahim besar, ada rezeki aku up jadi stokis ;)

Ok, aku tak boleh nak lama-lama ni. Tuan kecik tu bukan boleh aku takde disamping dia. Tu pun dah memanggil-manggil aku.

Tak sangka dah banyak ni pos. Kebanyakannya MCS, aurawhite pernah la sekali kot.

Ni extra tips untuk keberkesanan pengambilan MCS. Khas untuk yang beli dengan aku sahaja
Harga Maixara C-Sential (MCS) dengan HA RM 105, MCS tanpa HA RM 85. Free gifts menarik dan free postage.  Ada special tau siapa yang beli bulan ni. Nak tau sms/whatsapp me.

Thursday, June 6, 2013

Baru Nak Masuk 6 Bulan Tapi Dah Macam Budak Besar

Ini aku boleh la menaip se-entry sebab aku paksa Ibrahim tido dalam buai. Lama sikit dia tido, kalau tak, tak sampai 10 minit dah jaga balik. Kalau jenis yang boleh duduk main sorang-sorang takpe, ni jenis yang 'ko duduk sini, jangan pergi mana-mana. Jangan pegang ipad ke handphone. Hadap je aku ni'. Pastu jenis yang suka gadget-gadget. Ibrahim tahu beza mana handphone best, mana handphone tak best. Tak boleh tipu-tipu.

Macbook pun dia tahu kat mana nak tekan-tekan. Kat mana tempat nak scroll-scroll. Aku rasa dia duk perati je how aku ngan din guna benda-benda ni pastu follow. Sebab kan, din belikan Ibrahim gitar jenis tekan-tekan keluar muzik tu. Tapi the way dia main gitar tu, macam abah dia main gitar betul. Goreng-goreng instead of tekan-tekan. 

Dari segi size, memang Ibrahim juara la. Pergi mana-mana pun, mesti ade orang tanya 'berapa bulan?'. Bila jawab 5 bulan ++, pastu mesti tanya pulak 'bagi makan apa?'. Cakap tak bagi makan apa-apa pun lagi, tanya pulak bagi susu apa. Penat aku nak menjawab. Lenkali nak rakam je. hehehe.. Tapi aku takdelah rasa anak aku besar dari baby-baby lain tak normal. Ko tengok la abahnya macam mana. lagipun, tiap kali timbang kat KKIA tak cecah obese pun anak aku tu. Tapi aku ngan din pun tiap kali tengok Ibrahim, kadang-kadang tercakap jugak 'Besarnya anak..'. hahaha

Few days lagi Ibrahim nak cecah 6 bulan. Yeay! boleh makan dah. Tak sabar nak tengok Ibrahim makan. Makanan apa nak bagi untuk first solid food dia, aku dan din dah readykan bahan dah. Hope Ibrahim  jenis yang tak memilih makan so senang nak prepare food untuk dia. 

Cerita pasal Ibrahim memang sampai bila-bila pun tak habis. Aku akhiri entry dengan gambar-gambar Ibrahim yang melasak. Ulang tayang from IG and Facebook ;)




Monday, June 3, 2013

Balik Kampung

Actually dah beberapa hari kat Lipis ni. Sesiapa nak order MCS/ferwhite/aurawhite/obuse lip tint boleh sms ey. whatsapp lambat sikit aku reply sebab handphone ku tak pakai data plan ;)

Weols sebenarnya lama dah tak balik kampung. Ada almost 4 months +++. Nasib Ibrahim still recognize rumah nenek dia. Ini dia ikut nenek dan cik uda dia ke bandar Lipis untuk beli breakfast untuk tuk dan nek nyang dia. Sengih je nak mengikut sampaikan langsung tak nak pandang mummy masa naik kereta dengan nenek.

Nanti kalau rajin, aku upload gambar-gambar ibrahim kat Lipis ni. Semalam sempat la bawak dia jalan-jalan gi Zoo Lipis dan pergi rumah moyang dia. Kebanyakannya lepak rumah je sebab kasi can cik uda, ayah su ngan nenek main dengan Ibrahim puas-puas :) Sebenarnya tak larat nak keluar panas-panas berjalan ;)

Ok, nak kena packing ni. Weols balik Johor hari ni. Kang lambat-lambat takut jammed pulak highway tu. Cuti sekolah kan? Tapi hari ni Isnin tak tahu la macam mana pulak keadaannya.

Obuse lip tint in the house. Tak sempat nak cerita lagi ni. Nanti aku update ey :)