Pages

Thursday, January 31, 2013

Ibrahim Day Out

Sebenarnya Ibrahim ade je keluar masa dalam pantang macam pergi klinik etc. Outing secara betul-betul berlaku Selasa lepas. Abah dia kan ambil stok kedai every Selasa so mummy yang dah habis pantang dan lama tak keluar request nak follow abah.

Ibrahim behave dan most of the time tidur je dia. Masa keluar je dari rumah dia macam excited pandang keliling. Tapi kuase la mummy dia nak memangku budak semangat ni sepanjang jalan so letak Ibrahim kat dalam car seat. Lepas letak je dalam car seat, dia mula la tidur tapi akan bangun kalau kereta berhenti.

Aku dan din bawa Ibrahim gi Aeon Tebrau. Kat sana beli barang-barang Ibrahim. Ibrahim awal-awal je jaga, then sambung tidur balik. Kami dalam tak nak belikan baju lagi untuk Ibrahim terbeli jugak 1 pasang. Yela.. baju Ibrahim yang sedara dan kawan-kawan bagi banyak sangat lagi tak pakai tapi dah nampak timbun baju banyak sangat, tak dapat tahan nafsu membeli dah.

Aktiviti. makan-makan haruslah ada jugak. Mula ingat nak tapau cake kat Secret Recipe je sebab macam dah tutup Aeon tu tapi pekerja tu kata still boleh order makan-makan. Apa lagi, kita santap je terus kat situ. Aku order spaghetti aglio olio dan din pulak nasi goreng apa ntah yang ada satay ayam tu. Kek yang biasa kitaorang makan takde jadinya gamble pilih kek lain. Din pilih choc fudge.Aku pulak white choc macadamia. Sedap ok white choc macadamia tu. Tak semanis pecan butterscotch. Next time definitely akan order yang ni lagi :)

Ibrahim pulak masih lagi tidur. Lama ok dia tidur, sampai rumah baru o..ek..o..ek nak bangun. First time bawa keluar macam ok, so next time boleh bawa Ibrahim jalan-jalan lagi :)

Lastly, puan punya blog nak enterframe. Muka dah kurang membulat boleh la nak tayang. hehe..

Wednesday, January 23, 2013

Rasa Tak Cukup Masa

Sejak ada Ibrahim, aku rasa tak cukup je masa 24 jam tu. Ini baru anak sorang. Mesti orang ingat jadi surirumah pun masalah jugak ke bab-bab masa ni. Mungkin permulaan ni je kot. Baru nak dapat tune ada anak.hehe.. Takpelah, aku cubalah yang terbaik.

Anak aku memang semangat korang. Dah dua kali bawa gi KKIA, orang mesti tanya 'dah berapa bulan anak?'. Bila aku cakap ' baru sebulan lebih'. Semua orang akan buat muka terkejut pastu cakap ' la ingatkan dah dua tiga bulan'. Pastu macam berzikir pulak cakap ' semangatnya.. semangatnya'.

Penerimaan aku pasal reaksi orang pasal kesemangatan Ibrahim, aku bersyukur anak aku sihat. Cukup makan la maknanya. Tu belum korang tengok time dia nak susu. Memang takdenye nak bersabar. Kadang-kadang pujuk pun tak makan sementara nak suap mulut dia dengan susu. Pastu pantang celik je mata. Mesti susu dulu dia nak. Yang bestnye, aku boleh tangkap dia sebut 'ma...mi..' sambil teresak-esak. Kalau time menangis high pitch sebut ' air...air..'.

Sebab penyusuan Ibrahim yang dashyat ni la, dia minum susu mummy campur susu formula. Mungkin ini bahagian dan rezeki Ibrahim. Takpe.. yang penting Ibrahim sihat dan kuat :) Mummy pulak dah turun berat sebab nak uruskan Ibrahim. Ini belum aku start tolong din kat kedai. Itu la rahsia aku turunkan berat badan dengan cepatnya wahai cik fariha . Kadang aku baru je makan nasi, Ibrahim dah menangis. Lagipun sekarang tak habis pantang lagi so takdela makan mengarut. Nanti habis pantang, tak tau la macam mana. Harap la hatiku kental menahan keinginan macam masa pantang ni.

Panjang pulak entry ni. Aku endingkan entry dengan menayang wajah kesayangan aku dan din. Siapa follow kat instagram dah pernah tengok dah gambar-gambar ni. Kira ulang tayang la ni ye kawan-kawan :)

Monday, January 21, 2013

Dah Dapat Berat Before Pregnant

Masa checkup Ibrahim 1 bulan, mummy dia pun nurse check sekali. Alhamdulillah tempat jahit 'cantik'. Berat pulak dah turun ke berat masa awal pregnant. 13kg baru.

Tapi aku nak turunkan lagi sebab masa nak pregnant tu aku memang dalam proses turunkan berat badan sekali pregnant la pulak. Terberhenti proses tu. Sekarang kena sambung balik la cuma exercise yang macam mana boleh ey untuk orang lepas czer ? Kayuh basikal mesti tak boleh kan? Nampaknya basikal Ogawa tu kena simpan dalam stor je la.

Jaga newborn for the first time ni memang boleh kira exercise jugak la. Mana taknya, semua benda kita nak buat, kena buat dengan cepat. Kadang nak makan pun tak sempat. Baru je menyuap nasi, anak dah menangis. Mandi pun aku rase macam mandi kerbau pun ade. Takdenye ko nak menyental beria. Huhu...

Ini aku tengah taip entry anak atas pangku. Dapat pe'el nak tido atas pangku. kena bagi dia lena bebetul baru boleh nak alihkan. Kalau tak o..ek..o..ek.. Itu mujur. Kalau tak bernasib baik, nangis tahap high pitch terus. Anak..anak..

Aku target nak turunkan atleast 9 kilo lagi. Baru dapat berat zaman anak dara. Tak tau la nak guna kaedah nak kurus yang mana. Kalau produk makan-makan, kat kedai din berlambak. Pilih je mana nak. Exercise..yang ni kena consult doktor kot. Kang exercise beria, terbukak pulak jahitan czer tu.

Tapi ade orang cakap, lepas pantang badan boleh naik berat balik sebab time tu dah boleh makan macam-macam. Huhu.. hope tekad nak kurus ni berjaya la. Tak nak la orang cakap anak baru sorang tapi badan umagai.. lagipun din kan ade kedai jamu. Tak kan tukang promote ubat kurus badan semangat. So, let make it happen! Kurus..kurus..kurus..

Wednesday, January 16, 2013

Ibrahim is 1 Month

Semalam Ibrahim dah sebulan. Mummy bawa Ibrahim untuk cucuk vaksin Hep B tapi malangnya vaksin kat KKIA Kuala Lipis habis. Dah la lama tunggu nak kena cek. Sekali vaksin habis pulak. Jumpa doktor pun mummy malas dah nak tunggu. Nanti cucuk kat KKIA Bandar Tenggara je la. Jumpa doktor pun, doktor Bandar Tenggara.
Sekarang Ibrahim on the way nak balik Johor dah.

Untuk cek 1 bulan
Berat : 4.8 kg ( + 1.45 kg )
Tinggi : 53 cm ( + 2 cm )

Monday, January 14, 2013

Ibrahim Ikram Ikut Muka Siapa Ey?

Masa scan 3d, gambar scan Ibrahim macam muka abah. Kecewa mummy. Tapi takpelah anak abah jugak :)

Masa Ibrahim lahir, still muka abah. Tapi orang cakap muka baby berubah everyday. Sampai dah berapa bulan baru confirm muka ikut siapa.

Sekali mummy terjumpa gambar lama masa mummy baby. Nenek Ibrahim cakap, Ibrahim macam muka mummy dalam gambar tu. Ekceli, hidung Ibrahim memang ikut hidung mummy :)

Yang mummy leh detect, hidung Ibrahim macam mummy. Mata, mata abah. Bibir, bibir abah. Rambut, macam rambut mummy je. Bulu mata, macam abah. Kening je tak tau lagi.

Tak kesah part mana ikut siapa. Yang penting Ibrahim Ikram tetap anak abah dan mummy.

Tuesday, January 8, 2013

Hari ke 24

Pejam celik dah hari yang 24. Tempat czer still ade rase sakit-sakit lagi. Take time la nak baik. Hopefully jahitan kat dalam ok dan takde masalah. Sepatutnya ade nurse datang hari ke 20 untuk cek aku ngan ibrahim tapi sampai hari ni nan ado. Kalau KKIA Bandar Tenggara, lagi efisien. Keluar hospital esoknya pagi-pagi nurse dah datang rumah.

Ibrahim sekarang makin pandai. Cuma sindrom dalam perut tak habis lagi. Ibrahim still banyak tidur dari jaga. Kalau bangun pun mesti nak susu atau diapers dah basah. Kadang-kadang je dia ajak berborak.

Aku tak breastfeed Ibrahim secara eksklusif. Sebab demand Ibrahim for susu memang tinggi. Siang malam ade kot 12 sessions. Setiap session paling kurang pun 3 oz. Pernah dia bantai menyusu dekat 9 oz. Now, dia pakai susu Nan1. Susu ni je ok for him. Anmum pernah bagi pastu stop kononnya gigih nak breastfeed semata siap tinggalkan susu anmum tu kat Johor mase nak balik Pahang aritu.Last-last aku admitted wad sebab exhausted. Then, adik aku cari susu pagi-pagi buta sampai ketuk kedai ok. Adik aku tak tau susu mana ok, then she pilih yang harga paling mahal sebab dia fikir yang mahal mesti ok dan bagus. Aku pulak time tu dihantar naik ambulans ke hospital.

Aku exhausted bukan apa. Penat kena bedah tak habis lagi. Then, travel from Johor to pahang. Ibrahim pulak mase tu ade jaundis. Masa tu jaundis dia paras 12. So, fikir nak bagi cepat baik, paksakan diri la susukan Ibrahim. Sepanjang jalan ok dia menyusu. Jaundis Ibrahim turun ke paras 6. Aku pulak penat sampai kena masuk wad.

Okla.. nak update lebih-lebih macam tak sempat je. Ibrahim ni kalau terjaga mesti terus high pitch kalau tak dapat susu. Bye...

p/s: dd.. pasal stemcell tu, stemcell tu leh generate sel baru. Kalau kena kanser ke atau penyakit-penyakit yang perlukan pembaharuan sel, stemcell tu leh tolong. Tak perlu nak amik air tulang belakang. Lagipun air tulang belakang tu peratusan nak dapat matching yang sesuai lebih rendah dari stemcell punya kaedah. Aku ngan din ready je. Mana la tau akan datang kan?

Monday, January 7, 2013

Stem Cell Banking

Before pregnant lagi, aku ada dengar pasal kebaikan menyimpan stem cell from cord blood baby yang baru lahir. Sekarang ni pulak, penyakit macam kanser dah tau punca dari apa. Boleh jadi dari pemakanan kita, keturunan, atau pun persekitaran.

Bila pregnant je, aku cite ngan din pasal bende ni tapi a bit blur sebab tak banyak source cite pasal kos, macam mana stem cell tu disimpan etc. So, bende ni macam pending je. Tapi mase pergi expo baby & mommy kat danga city mall aritu, kami jumpe booth pasal bende alah ni. Bila diexplain semua so memang definitely akan simpan our baby punya stem cell.

Hopefully all the process akan berjalan lancar sebab bende ni bukan baby je boleh guna tapi a whole family. Even kalau ade non family related yang match pun boleh nak guna. Tapi list keutamaan my husband dah tetapkan who and who je boleh guna. Kalau tak silap if kita nak beli orang lain punya stem cell pun kosnya around 70-80k. Nak collect bende ni pun mase baby lahir je pulak. Tu pun ade chances boleh fail sebab tak cukup darah nak collect sel ke ape.

Pakej yang kami amik ni mampu lagi. Below 2k untuk first year then every year dalam RM200++. After baby dah 21 years, dia punya full authority kat stem cell dia. Kirenye dia la yang decide nak buat apa ngan stem cell tu. Nak terus simpan ke, nak guna ke etc.

Yang bagusnya mase kat labour room, wakil cellsafe service simpan cordblood stemcell yang aku dan din amik ade datang tolong dan bagi semangat. Sedikit sebanyak boleh kurangkan beban menahan sakit time labour tu. Thanks wakil cellsafe :)

Masa Ibrahim lahir, dah berjaya collect darah tali pusat tapi sekarang darah tu tengah lalui proses saringan. Hopefully semua berjalan dengan lancar tanpa ada apa- apa problem. Berdebar jugak la tau result saringan. Sebab besar harapan aku dan din untuk simpan stem cell dari darah tali pusat Ibrahim.

Wednesday, January 2, 2013

Lahirnya Ibrahim Ikram part II

Dah sampai labour room, kena naik atas katil nak bersalin tu. Din pun sampai, nurse pasang CTG untuk monitor baby. Pastu wakil cellsafe datang. Aku ingat- ingat lupa apa jadi pastu sebab dari pukul 7 pagi tu sampai pukul 4 ptg aku kat labour room. Berapa banyak gas ntah aku sedut. Ambil gas ni memang ilang sakit pastu lalok tak ingat la. Pastu siap doktor prescribe pethidine lagi untuk bagi aku relax. Kalau tak aku duk meracau.

Nurse ade gak soal siasat aku ada ambil air selusuh ke sebab bukaan lambat sangat. Aku cakap takde tapi air zam- zam ade la. Doktor pelatih pulak punya la ramai berkerumun pastu tanya- tanya. Rasa nak pelempang sorang-sorang pun ade sebab they repeatly ask the same questions.

Bila dengar bukaan 8cm, aku duk asyik tanya bila aku boleh teran. Aku tanya soalan tu setiap kali kontraksi datang. Sebab lama sangat aku kat labour room, datang specialist cek aku. Dia cakap bukaan 6cm. Aku yang lalok-lalok time tu terkejut sangat. Tadi siapa ntah kata bukaan dah 8cm pastu boleh pulak specialist cek bukaan baru 6cm. Maknanya dari pagi masuk labour room sampai ptg tu, bukaan tambah 1cm je. Specialist tu suggest aku czer sebab may be baby aku besar then tulang aku kecik untuk keluarkan baby atau tunggu lagi 2 jam tengok ade bukaan ke tak.Aku dah redha dah kena czer sebab macam hampa dengar bukaan baru 6cm. Din keep asking me betul ke nak czer. Time tu aku tak fikir lain dah. Aku dah redha dan aku tak kisah apa jadi kat aku asalkan baby keluar dengan selamat.

Aku sign sendiri borang nak operate tu. Dalam lalok pulak tu. Tak tau pun isi borang apa pun. Rasanya risiko pembedahan semua tu kot. Siap semua preparation nak kena operate aku kena tolak masuk Bilik Bedah. Time tu still aku lalok, separuh sedar tapi sempat la aku mintak halal segalanya dengan din. Dalam tu, aku tak nampak pun keadaannya macam mana sebab lepas tu aku kena bius seluruh badan. Sedar-sedar je kena kejut, perut dah kempis.

Soalan pertama aku ' mana baby? baby sihat?' . Tapi takde siapa pun jawab. Baby terus hantar ke wad untuk monitoring dia ok ke tak sebab aku kan GDM time pregnant. Din ngan biras aku je dapat tengok baby. Sepatutnya parent je boleh masuk kat wad baby tu tapi biras aku nurse kat HSA, dia boleh la visit baby. Dia cakap baby dah celik mata. Behave je. Pastu terkebil- kebil. Din pulak cakap kuku baby keluar-keluar dah panjang. Aku pulak baru je lepas operate so tak boleh nak jalan jauh- jauh tengok baby. Esoknya tengahari macam tu baru dapat jumpa baby.

Macam tak sangka je, baby yang dalam perut aku tu dah ada depan mata. Nama Ibrahim Ikram ni dah lama kitaorang pilih. Dah berapa kali cuba nak tukar nama lain tapi tak berjaya jugak. Ibrahim tu sempena nabi Ibrahim A.S. Pastu Ikram tu ryhme yang macam kena dengan Ibrahim tu. Lagipun Ikram tu ada makna yang elok :)