Pages

Monday, December 31, 2012

Lahirnya Ibrahim Ikram part I

Ibrahim Ikram dah 2 weeks ++, baru ni ada masa nak cerita pasal kelahiran Ibrahim. Sebelum ni doktor ade cakap yang kalau dah due date tapi takde tanda atau kontraksi, datang hospital untuk induce. Doktor kat KKIA cakap 3 hospital je yang buat induce, aku pilih HSA sebab sebelum ni dah pernah masuk HSA. Tak payah nak bukak record baru.

On 14/12/2012 hari sepatutnya datang hospital, tengahari macam tu aku ade rase kontraksi tapi macam kejap ade, kejap takde. So, sempat la tunggu din pergi solat Jumaat. After solat jumaat baru kami bertolak ke HSA.

Sampai hospital cek jantung baby guna CTG. Bacaan tak cantik sangat sebab baby tido time tu. After buat CTG, cek jalan (VE). Still takde bukaan. Maknanya kena induce la esoknya. Doktor cakap diorang akan masukkan ubat induce 7 pagi sebab ubat tu akan ambil masa 6 jam +- .

Pastu nak masuk wad, kenalah aku masuk wad kelas 3 dulu. Wad kelas 1 full pastu senarai booking sejak pagi pun panjang. Sedih dah aku sampai naik tekanan darah aku. After a few drama, dapat la aku pindah wad kelas 1. Lega sangat- sangat. Din pulak malam tu mencari hotel sekitar JB. Mostly full sebab cuti sekolah pastu hujung minggu pulak tu. Nasib ade 1 hotel dekat hospital. Tu pun, aku tau pasal hotel tu dari biras aku yang keje HSA.

Malam tu aku solat isyak pastu aku baca la yassin untuk permudahkan aku bersalin. Lepas je baca yassin tu, aku start rasa kontraksi yang kerap sangat. Sepanjang malam tu aku memang tak boleh nak tido pun. Mintak nurse cek, nurse buat VE. Ade bukaan dah dalam 3 cm macam tu. Nurse cakap tak kena induce la ni sebab dah ada bukaan. Pastu ade start turun tanda darah dah. Tahan sampai lepas subuh pastu aku dah tahan dah. Masa tu nurse cakap tunggu 5 cm baru hantar labour room.

Bila tak tahan sangat, panggil nurse, doktor buat VE dah 5 cm. Doktor pecahkan air ketuban. Nurse bagi aku makan cornflake ngan susu. Tapi ngan kontraksi tak henti- henti berapa suap je aku makan. Nurse pun hantar aku ke labour room.Masa kat wad aku dah call din suh datang labour room sebab pastu handphone aku nurse simpankan.

Panjang lagi ceritanya ni, nanti aku sambung ey. Lagipun Ibrahim dah start o..ek..o..ek ni. Takut dia jaga tiba-tiba. Bukan reti makan pujuk lagi ni. Kadang-kadang selok nangis sampai merah-merah muka. Tak pasal-pasal mummy pun join nangis sesama :/

Tuesday, December 25, 2012

Assalamualaikum..

Ibrahim Ikram
15 Disember 2012
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
3.35 kg
Ceasarean

Monday, December 10, 2012

Pergi Hospital Ke Tak Ni?

Tadi dah ade bloody show atau mucus plug. Tapi sakit contraction takde lagi. Aku ade gugel-gugel ade yang cakap tak payah lagi gi spital. Sebab nanti buat VE kalau takde bukaan kena balik rumah semula. Kalau ikut nurse KKIA if salah satu tande bersalin dah datang, cepat-cepat gi spital. Tu yang tengah dilema sekarang ni.

Baby bergerak macam biasa je. Takde yang pelik- pelik pun. Ke sebenarnya dah ade contraction tapi aku tak sedar or tak rase. Kalau korang, korang buat ape ey?

Friday, December 7, 2012

39 Weeks Dah

Semalam ade check up last kat KKIA before bersalin. Next week, ade tande ke tak, sakit ke tak, memang dah kena bersalin dah. Due date ikut formula klinik-klinik kat Msia ni 15/12/12 . Kalau formula komputer ngan baby center 13/12/12. Nurse cakap 15/12 kira hari last dah tu. Lagipun preggy yang GDM macam aku takleh overdue walaupun sehari. Bahaya for both of us.

Maknanya if aku takde tanda bersalin or sakit, 14/12 tu kena serah diri untuk induce. Sakit ke tak induce tu ey? Some said sakit sebab paksa baby keluar. Some kate ok je. Mungkin rezeki dan bahagian masing-masing. Cuma tu la. Specialist ade cakap time admit last week, they will try 3x induce. Kalau fail, memang czer la jawabnya. Mintak-mintak tak sampai ke situ la kan.

Hb aku semalam bacaannye 11.2 , ngam-ngam je. Nurse suh aku doublekan vitamin tambah darah tu. Macam-macam la kan. Check up before masuk spital bacaan hb aku cantik je 12.2 Tup - tup skrg turun sikit. Jangan sampai time bersalin aku anemia balik.

Din ngan aku selalu pujuk baby untuk keluar 12/12. Senang nak ingat tarikh. Tapi baby ni memang syok kot duk dalam perut aku. Macam takde tanda pun nak keluar. Kaki aku pun masih bengkak. Yela orang tua- tua cakap, kalau kaki surut bengkak tu, dah dekat dah tu. Wallahualam betul ke tak tu.

Nurse asyik la tanya kaedah aku untuk merancang after deliver nanti. Dah bincang dengan din tapi aku takde jawapan untuk soalan tu. Doktor pun tanye bende yang sama sebab aku banyak faktor risiko. Lagipun nak kena gak tanye specialist lain macam ortho ngan ENT. Kot- kot la ade isu ngan treatment sakit aku. Makan pills berkaitan hormon pun aku takut gak. Kang obese terlampau sape nak jawab? Tunggu je la baby lahir dulu baru discuss. Setel sesatu dulu.


Wednesday, December 5, 2012

Masuk Hospital On 38 Weeks Part III

Aku cuba abeskan kat part III ni. Panjang sangat nanti muak pulak korang nak baca ;)

After dah siap saringan tu, aku kena gak masuk ward untuk monitor baby movement sehari lagi. Nasib bersalin aku jugak bergantung pada ctg baby sepanjang process monitoring tu nanti. Aku dah tau sikit-sikit betapa padatnya dan horrornya ward kelas 2 dan 3 kat hospital-hospital besar macam HSA ni. So, din ngan aku nak mintak tukar ward ke kelas pertama. Masalahnya kat HSA ni 1st class selalu la penuh. Then, nak tunggu masuk 1st class, ko kena masuk ward kelas 2 atau 3 dulu. Bagi yang tak tau, kelas 2 ngan 3 selalu kat tempat yang sama. Yang bezanya, kelas 3 makan dalam tray, kelas 2 pulak berhidang.

Sementara dapat booking 1st class tu, masuklah aku kat ward kelas 3. Kemudahan memang tak cukup nak tampung patient. Siap ade yang bawa kipas sendiri. Toilet usah cakap la. Tambah-tambah time waktu melawat. Ruang antara katil pun sangat la rapat. Nak baring berehat memang tak selesa sangat. Nasib time aku masuk tu, tak lama nak tunggu tukar ward. Alhamdulillah :)

Malam tu tukar ward, memang selesa la sebab bilik tu 2 orang je. Pastu tiap bilik ade toilet sendiri. Kerja aku tidur je. Tapi xde la boleh nak lena sangat sebab every 4 hours akan ade check up. Cuma takde la stress macam duk kat ward kelas lain. Lagipun ward ni ade air con. For sure selesa.

Everytime buat ctg ke ape aku tanye nurse, ok tak bacaannye? They said ok. Lega rase dengar. Esoknya mase check up dengan specialist, aku tanye kalau everything seems ok, boleh tak aku balik rumah. Lagipun baby macam tak nak keluar lagi ni. He said boleh kalau aku pass the droplet test ngan ctg. CTG dah ok so aku pun buatlah droplet test untuk tengok pengaliran darah dari aku ke baby melalui uri. Alhamdulillah takde blocking ke ape so boleh la discharge petang tu.

Tapi aku takde la balik sesuka ey. Esoknya nurse dari KKIA datang rumah check aku. Sebab doktor cakap aku yang insist nak keluar ward so kena la ade follow up check up dari KKIA terdekat. Selagi tak due date, selagi tu la kena monitor the baby movement. So far, baby ok dan takde tande lagi nak keluar. Ade kurang 10 hari je ni nak sampai due date. If sehari before due date tak keluar jugak, dah kena register masuk ward untuk induce. Hopefully semuanya ok.

Cuma yang aku perasan if bangun tidur tiap pagi tu, kedudukan baby mesti kat atas. Macam mengerekot gitu. Bila malam or petang sibuk la menyondol jalan sampai aku dah lali dah rase ngilu-ngilu tu.

Tuesday, December 4, 2012

Masuk Hospital on 38 Weeks Part II

Ok! meh sambung cite. After semalaman kat ward, pagi tu mase doktor round ward buat check up, aku ade tanye boleh tak aku keluar hospital and berehat kat rumah. Sebab stress la duk ward tu. Nak tidur pun tak boleh. Lagipun I can feel the baby movement dah. Doktor cakap after few check up macam scan, VE and ctg, kalau ok baru boleh discharge.

Sekali ko, bukan boleh discharge tapi kena hantar ke HSA pulak. Sebab mase doktor scan, baby kecik 2 weeks. Lagipun bacaan ctg tak memuaskan. Huhu.. dah la tau-tau je kena hantar HSA naik ambulans sampai tak sempat nak bagitau din. Yela.. din datang time melawat lagipun enset aku punya baik habis bateri pulak. Sedih tau naik ambulans dan din tak tau. Nurse cakap nak tolong call kan tapi tak call pun. Din datang-datang je, aku dah takde kat katil aku. Sedih kan?

Sampai HSA je, terus ke saringan Dewan Bersalin. Kena buat ctg lagi. Kena soal siasat ngan doktor kat sini pulak. Tapi still tak boleh balik sebab specialist nak monitor pergerakan baby. Specialist tu cakap kalau bacaan ctg tak ok, aku kena induce. Induce pulak diorang akan cuba 3 kali. Kalau fail gak means takde bukaan, kena la czer. ngeri kan dengar plan specialist tu. But, aku berdoalah jangan la sampai czer. Hope yang terbaik for baby and me. Anyway, sampai sekarang aku terbayang doktor yang entertain aku kat saringan tu. Sebijik macam liana jasmay. comel and cool :)

Cerita nak masuk ward pulak... aci tak sambung esok je sebab macam panjang lagi je cerita ni. hehe.. jangan marah tau. Aku rase macam takleh nak miss out mana- mana part sebab macam berharga sangat pengalaman yang dah aku lalui tu.

Monday, December 3, 2012

Masuk Hospital On 38 Weeks

Dah seminggu dah discharge dari Hospital Sultanah Aminah (HSA), JB baru hari ni nak cite kat blog. Tapi kena cerita jugak kat sini sebab senang nanti nak cite kat baby pengalaman aku kena warded, naik ambulans, kena bersengkang mata buat ctg. Supaya baby nanti appreciate apa yang mummy dia dah lalui.

Mulanya aku ade daily blood pressure (BP) checkup sebab berat bulan lepas naik lebih 2kg and kaki aku bengkak yang merisaukan which is kalau tekan tau la bengkak bukan sebab air. 3 hari berturut-turut kena buat daily BP tu. Masa hari ke 3 aku perasan yang gerakan baby macam slow sangat. Dah tengahari pun macam baru 2-3 gerakan je. Pastu goyang perut kasi gegar pun buat derk je dia. Cerita dengan nurse then dia suruh aku terus pergi hospital kalau pukul 3 ptg macam gerakan baby below than 5. Sekali ko, dah siap nak gi spital, baby gerak ok la pulak. Terus cukup 10 gerakan. Terus tenang sket ati aku. Kalau tak, buat apa pun tak boleh.

Hari ahadnya pulak, dia buat lagi. Kali ni sampai pukul 3 ptg tapi gerakan sikit sangat. Adelah dalam 2-3 je. Kali ni sampai buat aku nangis ajak din gi hospital Kulai. Sampai spital je, buat ctg baby. CTG baby tak cantik la. Siap ade detect contraction tapi aku tak rase pape. Nurse bila tgk ade contraction, terus cakap nak cek jalan (VE). Jalan tak bukak lagi atau dalam 1cm je tapi ade bulging. Nurse cakap kepala baby dah turun kat tulang pelvik tu sebab tu dia tak aktif bergerak.

Sebab aku datang kes baby kurang gerak dan aku pulak ade masalah GDM, jadinya memang kena masuk ward la aku hari tu. Selang berapa jam kena buat ctg. Merasalah aku duduk ward bersalin sebab aku kategori 36 weeks ke atas. Stress ok! sepanjang malam takleh nak tidur sebab ade sorang baby tu duk menangis tak berhenti. Siap pakej baby-baby lain join sekali menangis. Katil-katil sebelah aku sorang demi sorang pulak tu pergi labour room. Pas bape jam kat labour room nurse anta pakai wheel chair dengan baby sekali. Aku je yang relaks tak bersalin- salin.

Kita sambung entry lain pulak macam mana aku kena naik ambulans hantar ke HSA. Sabar ey korang.

Wednesday, November 21, 2012

Menunggu Hari Katanya

Lama aku senyap dalam dunia blog ni. Lebih suka membaca blog-blog korang dari push entry kat blog sendiri. Lagipun banyak betul kerjaan nak buat before 'tempoh berkurung' ni.

Tadi check up baby kat KKIA untuk week ke 37. Actually esok dah masuk 38 weeks dah. Cepat sungguh mase berlalu. Macam-macam rase sekarang ni. Next week plannye nak balik Lipis dah untuk bersalin. Hope baby dapat bersabar la dulu. Bagi mummy ngan abah setelkan apa yang patut dulu kat bumi johor ni.

Barang nak bawa gi spital aku tak sort out lagi. Tapi buku pink dah start bawa ke mana saja aku pergi. Aku masih aktif berjalan ke sana-sini. Tapi yang tak laratnya abes bengkak kaki bila balik jalan-jalan. Bagi aku bengkak ni tak sakit pun cuma macam kaki rase kembang dan tak selesa.

Masa check up tadi berat aku pun naik banyak. Dua kali check sebelum ni berat naik sikit sangat. Sebab berat naik banyak, 3 hari start esok kena buat urine test ngan check tekanan darah. Pastu before balik lipis ade sekali lagi jumpe doktor. Memang kaw-kaw punya jagaaan KKIA kalau ade kes-kes berat. Insya-Allah, setakat ni aku tak disuruh induce atau czer lagi.

Ok, la cukup la kot dulu. Nak sambung basuh selimut ngan towel baby :)

Monday, November 5, 2012

Skirt Warna Warni

Bila tau je pregnant, aku memang stop pakai jeans. Takut la jadi pape kan walaupun semua jeans bukan jenis ketat-ketat. Bila dah stop pakai jeans, beli la seluar jenis palazo tu. Tapi macam tak berapa selesa pulak sebab rase macam cawat seluar tu ke atas.

Kebetulan last year mase pergi padang besar ade beli skirt A line jenis kain strechable tu. Selesa la pulak pakai skirt tu. Bila dah selesa, memang cari skirt jenis tu je. Pernah cari kat online tapi mahal pulak rasenye. Tapi tak boleh la nak compare ngan harga padang besar tu sebab harga kat sana memang murah.

Cari punya cari akhirnya jumpa jual kat pasar lambak harga paling murah. Pasar lambak pulak kat sini dua kali sebulan je. So, aku memang tunggu je hari pasar lambak macam orang tunggu hari gaji. Sekarang, in collection termasuk yang beli kat wakaf che yeh aku dah ade 7 helai semuanya. Suka.. suka..sebab colorful. Masa pantang kalau tak nak pakai kain batik pun, leh jugak pakai skirt macam ni :)

Friday, November 2, 2012

Trip To Terengganu and Kelantan

Sebenarnya trip to terengganu ni sempena majlis bertandang one of cousin sebelah din. Alang- alang ke terengganu lajak sket ke kelantan sebab MIL nak visit her other besan kat pasir putih. Dah ke pasir putih kita singgah kota bharu jugak. Ambik ko, 8 months ++ rata aku berjalan. Alhamdulillah semuanya ok sepanjang perjalanan tapi ade gak baby tunjuk protes tengah- tengah jalan. Aku tido baru dia diam.

Kat terengganu, pergi majlisnya 2-3 jam je. Waktu lain, lepak kat bilik hotel ngan jalan- jalan sekitar Kuala Terengganu. Sempat try macam-macam makanan best kat KT tu. Breakfast kemain mewah lagi. Yela terengganu- kelantan if breakfast sure ade nasi. Susah nak jumpe breakfast ringan-ringan.

Kalau dah kat Terengganu wajib singgah cuci-cuci mata kat pasar payang. Cantik betul batik sutera jaquard, crepe semua tu. Tapi just beli baju kaftan ngan kain batik je kat sini sebab sutera- sutera tu rase jangok sangat. Kain batik banyak aku borong. Bekalan pakaian rasmi time pantang nanti. Dah beli tu baru tau yang kain batik zaman sekarang mahal banding the past 2-3 years. Katanya kos nak buat tu tinggi. Hopefully bende ni tak memupuskan kain batik buatan malaysia. Sebab batik indon kemain murah sekarang ni.

Aku sempat ajak din try seafood celup tepung kat kompleks renang pantai batu buruk. Pastu tak hagak- hagak amik seekor sotong yang besar. Yang bestnye, sotong tu kita pilih fresh-fresh pastu dia goreng. Makan panas-panas ngan colek sambil minum air kelapa memang terangkat la. Kitaorang siap bungkus seekor lagi tu famili kat hotel sampaikan orang kedai tu takut- takut nak buat order kitaorang. Takut kitaorang rase mahal. Tapi kitaorang rase dah murah dah tu sebab sotong tu fresh, pastu besar pulak tu. Kalau kat johor ni mana nak dapat harga gitu.

Kat kelantan pulak, first time aku pergi the famous night market kat wakaf che yeh. Ko jalan bape jam pun kat situ pun tak sedar. Memang banyak sangat pilihan tudung, kain dan baju cecantik. Kalau nak cari tudung memang banyak kat kelantan la. Bawal pelangi, Bawal dual tone sulam, memang situlah tempatnya. Harga pun murah banyak dari tempat lain. Kat wakaf che yeh, aku sambar skirt, cardigan ngan tudung bawal dual tone takde sulam. Kesian aku, orang dah lama pakai dual tone, aku baru nak ade koleksi. Tak beli pun yang sulam-sulam sebab again rase jangok sangat.

Panjang dah entry ni. Sebenarnya aku malas nak pecah- pecahkan entry jadi letak kat 1 entry je sudah. Lagipun tak banyak gambar aku snap time trip ni. Banyak gambar makanan je ;)

Tuesday, October 30, 2012

Kuala Terengganu For Second Time

Aku tak sampai rumah agi. Guess what? I'm now in Kuala Terengganu again. Kereta temperature naik. Yang bestnye naik time sampai bandar KT pulak tu.

Dah ade pomen betulkan but still tak yakin nak teruskan perjalanan malam-malam tu. So, tido jela kat bandar KT ni. Pagi ni din nak gi proper bengkel. Sebab pomen semalam tu, pomen yang takde bengkel. Tiba-tiba je terjumpa and he willing to help. Mula-mula risau jugak if orang jahat buat-buat baik ke. Tapi alhamdulillah orang baik.

Aku ngan MIL pulak sementara din gi bengkel, kitaorang gi pasar payang kot. Dekat je ngan hotel. Doakan perjalanan kami dipermudahkan ye kawan-kawan :)

Monday, October 29, 2012

I'm now in Kota Bharu

Aku kat kota bharu ni. va va va... 8 months ++ rata aku berjalan kat pantai timur ni. From johor to kuala terengganu then to pasir putih and kota bharu. KB dah banyak berubah dah. Banyak bangunan tinggi-tinggi dah. Pastu banyak jalan sehala.

Dd, ciare and 7 serangkai yang bace my blog, semalam aku jumpe hana. Lama tul tak jumpe hana. First time gak jumpe harith anak hana. Harith diam je tak macam hana and peja ;) Comel je nak tido isap ibu jari pastu tertido sambil berdukung ngan hana.

Malam semalam berjalan kat wakaf che yeh. Aku tak banyak membeli sangat sebab bukan duit aku yang keluar. Nasib aku tak draw duit sesiap jugak, kalau banyak mana pun duit dalam purse semalam sure nak aku abeskan kat situ. Murah sangat. Sebab ade MIL gak semalam so nafsu shopping tu aku simpan je.

Hari ni plannye nak ke pasar siti khadijah pulak. Bila nak bertolak balik ke johor pun aku tak tau. Ikut din je ni. Silap-silap ade menyinggah and bermalam mana-mana hari ni ;)

Wednesday, October 24, 2012

8 months ++ sudah

Minggu ni baby dah masuk 33 weeks. Maknanye 33 weeks = 8 bulan 1 minggu. Kejap je kan? Tapi kalau tengok perut aku macam tak besar mana pun. Aku masih boleh pakai baju kurung lagi tu. Sebab tu aku rase perut aku tak besar mana. Kalau ikut berat, tahap obese dah kot. hehe tapi normal la pompuan pregnant berat gitu ;)

Semalam cek up, baby semua ok. Tak breech means kedudukan dia memang kat tempat sepatutnya. Kepala kat bawah pastu kaki kat atas. No wonder aku selalu nampak bontot baby gerak-gerak ke kiri ke kanan. Comel betul :)

Nama baby masih duk tercari-cari lagi. Nama depan macam nak confirm dah tapi nama yang kat belakang tu duk cari yang seswai. Susah gak part cari nama ni ey? Risau gak kang dah ade nama seswai, atuk dan nenek2 plak ade gak nama nak bagi. Hope diorang takde masalah dengan nama pilihan aku dan din nanti.

Barang baby almost lengkap dah cuma barang mummy dia je ntah ape je yang ade. After raye kot baru nak lengkap semua barang baby dan mummy. Hope baby sabar dan tak keluar lagi.

Raye ni aku dan FIL akan ke terengganu. Ada majlis bertandang cousin belah din. Kalau ikut kondisi sekarang aku mampu lagi nak travel jauh-jauh lagi. Aku ok je, orang lain kalau dengar aku dah 8 months mesti duk risau-risau kan? Semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik. Lagipun dah lama aku tunggu nak berjalan ke terengganu ni. Nak makan kepok lekor, seafood, air gelas besar. Macam-macam la lagi. Tak sabarnya ;)

Memandangkan hari ni orang dah start wukuf kat arafah, ade baiknya wish korang selamat berhari raya aidil adha. Yang balik kampung jejauh tu, drive safely. Pastu sama-sama la kita hayati pengorbanan nabi Ibrahim A.S.

Monday, October 8, 2012

Pam Susu Mana Baik?

Lagi kurang lebih 2 bulan nak deliver si kecik ni so keperluan baby memang dah start beli sket-sket. Bila pasal nak bagi susu apa untuk baby nanti aku memang nak sangat baby breast feed (BF) aje so memang xde plan nak bagi formula milk langsung. Hope sangat rezeki baby murah so takde la jadi macam aku yang macam-macam sakit sebab tak minum susu mase kecik.

Aku minum milo since baby. Sebab tu je yang aku boleh telan. Breast milk and formula milk memang akan aku muntahkan balik. Gila extreme kan? even pregnant ni pun jarang sangat la susu tu masuk dlm menu aku. Kadang-kadang terlupa, time ingat tekak aku pulak psiko cakap takleh terima rase susu tu. harap la aku dapat kalsium dari sumber- sumber lain.

Cerita pasal nak BF, aku ade gak tanye kawan-kawan yang BF. Tanya pasal pam apa yang sesuai dan affordable. Sambil tu ade gak gugel-gugel then akhirnya aku decide untuk beli spectra 3 aje. Tapi dalam hati teringin jugak medela free style tu. Nasib sedar diri housewife aje so tak perlulah kot sampai memahal gitu.

Pengalaman guna takde lagi so takleh cite lelebih. Nanti dah guna baru boleh buat review pasal spectra 3 ni. Harga dapat mase expo baby & mommy kat Danga City Mall RM 320 + RM 60 untuk extra shields. Aku pun tak tahu murah ke mahal. Tak beli package 1 set tu sebab kalo ikut status pekerjaan aku macam tak perlu je. Ke patut ade icepack, cooler bag?

So sesape yang pernah ade experience guna spectra 3 feel free to drop comments. Nak tau lebih pasal pump ni tapi tak tau nak tanye ape so korang komen-komen dulu la ey :)

Wednesday, October 3, 2012

Borak Kosong Pasal Hidup Sebagai Housewife

Almost a year dah aku jadi full time housewife. Ade la improve sket-sket tapi sebenarnye tak macam housewife sangat pun. Sebab ade time aku tak masak, bab-bab mengemas memang la malas ya amat. Nasib dapat suami baik. Kalau suami orang lain tak tau la. Aku harap nanti bila baby dah lahir, aku berubah la sepenuhnya bukan separuh-separuh ikut mood macam sekarang ;)

Bila tak bekerja, so income aku tiap-tiap bulan datang dari 1 source je iaitu from my husband. Tapi kadang-kadang ade gak bonus macam duit hasil tanah pusaka ke apa. Bil, duit kete, loan belajar,makan-minum, pakaian semua husband yang setelkan. Duit dalam purse aku pun kadang-kadang tak bergerak sebab ade yang tukang membayornye. Tapi berpada-pada la. Takdenye aku grab designer bag harga-harga riban-riban walaupun hati ni duk teringin sangat. Ntah ape motif ntah nak pakai bag memahal. Setakat keluar ke johor seminggu sekali. Nafsu je lebih.

Dalam berapa bulan ni aku dah belajar macam-macam jenis produk kecantikan, kesihatan, jamu etc. Ni hasil tolong husband aku kat kedai. Korang cakap je masalah pasal ape, keputihan, kulit jeragat, masalah berat badan, hah! ape-ape jela... insya-Allah aku tau produk ape yang tengah in dan most customer pakai berkesan. Sekarang aku duk belajar pasal fungsi-fungsi herba dan jamu. Manjakani untuk ape, mas cotek untuk ape.. takdelah tau pasal kacip fatimah je. Huhu.. macam sample x-project master aku yang tak jadi tu je. takpe, barang yang lepas jangan dikenang.

Kiranya jadi housewife ni ok la jugak cuma kadang-kadang ade gak mase ko rase loser. Tapi aku harus bersyukur dengan jalan yang Allah dah tentukan untuk aku ni. Jangan sampai aku kufur nikmat yang Allah dah berikan untuk aku.

Wednesday, September 26, 2012

Musim Masterchef

Sekarang dah start masterchef malaysia session 2 kan? pastu kat starworld pulak tayang masterchef US session 3. Duk tengok cooking contest macam ni buat aku semangat nak try resepi-resepi baru yang aku tak pernah try.

Tambah- tambah masterchef msia tu ade junior sekolah aku yang join. Kagum gak sebab tak sangka budak sedorm ngan aku dulu terer masak. Yela mase sekolah duk asrama, mana ade nak tunjuk skill masak- masak ni. Paling-paling pun masak megi jerang ngan air panas. Haha.. tu leh kira masak tak?

Isnin lepas gigih aku gi pasar pepagi untuk beli bahan. Pastu ketang- ketung kat dapur nak buat ayam sweet sour. Tak tau la ni kategori mengidam ke tak tapi bila dapat makan, macam syurganye~ ~ .. siap aku cakap kat din, rase macam makan kat hotel. gile perasan masakan tu sedap sangat sampai tahap pro dah rasenye. tapi kalo tengok plating memang failed la ;)

tapi bukan masak tu je aritu. Aku buat gak kangkung goreng. Baru le sepinggan lengkap :)

Friday, September 21, 2012

Burger Bakar

Ekceli dah lama banget nak try burger bakar. Selalu bace kat blog-blog tapi kat johor ni rare. Susah benor nak jumpe orang jual burger bakar.

Kebetulan aritu jalan- jalan kat Pasar Borong Pandan ternampak 1 kedai ni depan dia ade stall burger bakar. Terus ajak din try.

Kitaorang amik single patty je sebab tak tau kebesaran burger tu macam mana agi. Tu pun harganya boleh tahan la. Tapi fikir burger tu bukan macam burger- burger lain yang frozen so anggap ok jela harga tu.

My komen, sedap tu sedap cuma patty tu aku rase kembung sangat. Patutnya lebarkan sket bukan kembungkan supaya masaknya serata dan baru umpphhh! Pastu macam tak ok je letak campuran sos atas roti kat atas sekali. Susah kitaorang nak grab burger tu. Dah la tinggi burgernya. Ke semua burger bakar macam tu? Aku ni first time try so tak tau burger bakar memang macam tu ke ape.

So, sesape duk johor dan teringin burger bakar, bolehlah gi sini try ey :)

Thursday, September 20, 2012

Diet GDM

After timbul keinsafan pasal aku tak betul-betul ikut diet GDM. Semalam mase kena buat BSP aku follow betul-betul sukatan dan waktu pemakanan. Result BSP stabil je. Alhamdulillah.

Hari ni pun, even busy ade check up kat KKIA aku ikut portion pemakanan yang betul. Kira tak makan ikut sedap anak dah. Cuma terskip breakfast pagi tadi sebab dah lambat nak gi check up. Huhu.. risau tul baby pengsan sebab hipo kat dalam. Tapi alhamdulillah memang aktif je dia sebab perut aku bergelombang dibuatnya. Even mase scan ukur berat dia dan air ketuban semua, nampak movement dia yang tak duk diam tu.

Ok, cite pasal diet GDM, sekarang ni aku takleh suka-suka melantak makanan bergula sesuka hati. Termasuklah yang makanan yang berkarbohidrat macam nasi, roti, biskut. Yang tu ade gula tersembunyi so kena control gak.

Buah-buah pun kena control portion. Huhu.. aku suka makan buah. Like O&G said mase consultation aritu, buah anggur leh alam 4-5 biji je sehari. Durian, seulas je. Pisang sebiji je. Wah! menangis dalam hati bila dengar tapi for the sake of baby, kena la sabar dan redha ye dok?

Hope aku berjaya tahan nafsu makan ni dengan jayanya. Lagipun tak lama je sebab baby yang mummynya GDM akan keluar awal dari 40 weeks. Ok, cuak pasal bersalin pulak. Apapun, wish me yang terbaik ye kawan-kawan.

Wednesday, September 19, 2012

3d scan at 27 weeks ++

Semalam sepatutnya ade checkup dekat KKIA tapi BSP tak buat lagi then we are planning buat 4d/3d scan dulu before jumpa doktor kat KKIA.

After googling around jumpa yang nearest kat Taman Universiti, Skudai. Bila tanya pakar O & G nya pulak lelaki tapi melayu. sebab macam tak banyak choice klinik yang buat 3d scan kat Johor ni, so teruskan jela scan kat situ je. Tapi takde cd yang ada sekeping gambar 3d scan dan sekeping gambar 2d scan.

Tapi bersyukur gak sebab dapat nasihat pasal GDM dan pregnancy. Pastu dah dapat tengok sikit-sikit muka baby ikut siapa. Banyak kali gak aku ulang-ulang tengok gambar scan tu. hehe.. This time macam da confirm dah apa gender baby. Sebab 2x scan memang confirm la baby adalah *TETTTTTT*..

Semalam masa scan doktor ade gak bebel-bebel sebab dia cakap air ketuban aku banyak then baby besar 2 weeks dari sepatutnya. Kesnya mesti aku tak control diet GDM bebetul. huhu.. agaknya lepas raya ni aku balun je makan pape. Tapi tu pun dah rase control habis dah tu. Rupanya kena strict lagi. Bahaya bab tak jaga makan ni sebab baby boleh pengsan dalam perut. Pastu kita mana tau bila masa dia pengsan tu. Kalo pengsan takpe lagi, kalo 'senyap' je terus. Nauzubillah..

Dalam mase 2 bulan lebih ni takpela aku berpantang asalkan baby lahir sihat. Baby pun sekarang ni makin aktif aku rase. Kadang-kadang boleh rase kaki menendang 360 darjah. Kalau rase kena kick sampai bergelombang organ-organ dalaman aku, aku pujuk-pujuk, dia dengar pulak. Good baby! hope lahir nanti pun dengar cakap macam ni ;)

Tuesday, September 18, 2012

Almost 7 months dah

Pejam celik cepat je mase berlalu. Rupanya dah nak masuk 7 bulan dah baby. Sekarang dah cuak bila fikir nak bersalin nanti. Harapnya baby lahir normal. Doa-doakan ye kawan-kawan semua.

Persiapan baby dah start beli since ahad aritu. Baru beli 3 pasang baju baby. Tu pun buntu aku ngan din nak beli apa. First timer, pastu dengan tak bawa listnye. Nanti nak consult both moms untuk senarai lengkap. Tapi hari tu, mak aku cakap barut baby dan tilam kekabu dia uruskan. Lega rase sebab survey online, set tilam kekabu tu pun dah RM 200++. Tu pun aku tak sure kekabu kampung sepenuhnya or campur-campur.

Baru kitaorang tau yang baju new born mahal rupenye. Beli harga yang tengah- tengah walaupun berkenan sangat ngan yang mahal-mahal.We choose to be sederhana sebab baby pun cepat membesar kan? Macam bazir je beli memahal pastu pakai sekali dua je.Lagipun dah plan untuk save untuk insurance, simpanan dan education fund baby banyak-banyak :)

Confinement lady tak cari pun. Duit tu memang ada tapi macam tak berbaloi sebab ade mak sepupu yang confirm lagi arif bab-bab pantang ni. So, memang keputusan bersalin di pahang. Jadi anak pahang la baby ey :) tapi risau gak if baby nak jadi anak johor. kena fikir jugak plan untuk travel after deliver. Johor -Pahang bukan dekat.

Nak dekat due, mula la banyak bende kena fikir kan? hope semuanya ok dan berjalan ikut plan.

Thursday, September 13, 2012

Tumpah Darah?

Eh! takde kena mengena dengan aku. Cuma aku nak ulas sikit since ada yang komen tanya pasal isu Salindah dan tumpah darah.

So far, aku tak pernah jumpa face-to-face orang yang dapat masalah tumpah darah mase bersalin after consume Set Salindah. Yet, semalam ada kakak ni dah anak 3 nak masuk yang ke 4 dah ni beli Salindah dekat kedai din. Ok je aku tengok. Dia pun cakap bagus. Kalau tak, buat apa dia nak ulang sampai 4x kalau produk ni tak ok?

Aku ade bace yang orang duk sebar-sebar tu. Tapi memang takde pun cakap produk tu produk salindah. Pastu aku pun tak tau tu jenis sebaran yang sahih atau just rumours. Sebab memang banyak benda gini kat internet. Kita kena bijak untuk tau yang mana betul atau rumours.

Setiap ceraian dalam set salindah tu ada MAL code masing-masing. Ko ingat senang ke KKM nak luluskan produk yang berbahaya guna kod-kod MAL. Tu pun banyak procedure nak kena ikut untuk dapat MAL code tu.

Bagi aku, isu ni memang tak fair sangat untuk pengeluar produk. Sebab aku pun nampak yang positif je after orang consume. Lagipun dah cakap awal-awal. Ini produk alternatif so terpulang la kita nak cuba ke tak :)



Wednesday, September 12, 2012

Set Bersalin Lengkap Salindah (2)

Setakat ni aku dah cuba dua ceraian. B1 dan B2. Tapi B2 tu baru je consume. So far memang ok sesangat. Lagipun kesannya bukan nampak sekarang je, nanti baby lahir dan membesar pun leh nampak kebaikan amik salindah ni. Cey.. macam anak dah lahir kan? tapi yang tu yang aku nampak dekat anak sedara yang mama dia guna set salindah time pregnant dulu.

Ceraian B1 ni start amik masa week ke 12. Tapi aku start2 week ke 12 tu kat Bandung so lambat sket startnya. Antara kegunaan B1 ni adalah untuk kurangkan alahan, muntah dan loya.

Selain tu untuk tambah darah sebab bila pregnant ni ade je yang bermasalah hemoglobin ( hb), sel darah merah kurang. Kalau hb kurang, kita akan rase lesu dan pucat. Aku pun selalu hb rendah tapi B1 ni selalu memperbetulkan masalah ni. So, masalah penat dan lesu memang almost takde.

Kalau beli B1 aje, harganya Rm 46.00 (sem. msia), RM 51.00 ( sabah/ sarawak). Tapi beli 1 set lagi murah dari beli satu-satu ceraian ni.

Sesiapa nak beli, my husband bagi special diskaun / free gift. Tapi untuk set lengkap la. Feel free to email me : haslina.hairudin@gmail.com

Tuesday, September 11, 2012

Husband's Birthday

This year din's birthday jatuh time puasa. Jadinya, tanya la dia mana nak berbuka. Takkan nak berbuka macam hari-hari biasa sebab it's a special day for him. So, after pening-pening fikir akhirnya we decided untuk makan-makan yang ringan je time berbuka. Then, jalan-jalan cari barang kedai baru makan special pulak.

Din pilih Restoran Mama Chops & Papa Grills. Ni restoran western francais. Kat johor banyak francaisnya. Tak tau la KL ade dok. Menu pun kami pilih kiddies Meal ade. Bajet portion kecik la. Tapi bila sampai foods tu, takde la kecik pun portionnya. Kenyang sampai sahur tau sampaikan takde kitaorang nak pergi makan special-special lepas tu.

aku suka burger daging :) so choose burger daging

din memang pengemar ayam sejati. Kalau boleh every meal meti nak ayam :) so choose burger ayam.

Tapi makan-makan sempena birthday din tak end up kat sini je. Sebab macam tak aci birthday boy yang belanja. Next entry la cite where we go to makan-makan for real yang aku belanja.

Walaupun birthdaynya dah lepas berapa bulan dah tapi baru gigih nak cite kat blog. tak kisah la cite basi ke apa. Yang penting ada catat to ingat as kenangan :)



Monday, September 10, 2012

Set Bersalin Lengkap Salindah

Hari ni nak share ngan moms-to-be pasal produk yang best bagi aku. Sekarang aku memang tengah consume ceraian-ceraian dalam set Salindah ni. So far memang banyak membantu. Aku cuba ni pun sebab biras aku pernah cuba and hasilnya memang bagus la. Time bersalin mudah je pastu anak pun kulit cantik. Baby pun sihat dan kuat dari rintangan penyakit.

Salindah ni ubat homeopati tau. So, jangan ingat ubat alternatif tu semua jamu aje. Kalau ubat homeopati, confirm la kena ikut pantang-larang homeopati which is ubat tak leh nak pegang atas tangan mase nak consume tu. Aku letak kat penutup botol pastu terus campak dalam mulut.

Set lengkap ni kena start consume dari minggu ke 12 agi. Sampai la abes bersalin semua. Siap ade ubat cuci luka semua. Yang bestnye, ubat ni dah ade vitamin2 so tak payah lagi nak mkn vitamin klinik bagi. Cuma acid folid je takde include. so, sesape ade masalah nak muntah telan vitamin2 klinik tu, salindah ni jawapannya. Macam aku, kalau ubat tambah darah klinik confirm la aku cirit-birit so bersyukur sebab salindah tak mcm tu.

Ini pulak keterangan setiap ceraian dalam set salindah. Korang jangan risau sebab every ceraian tu dah ade MAL code yang memang Kementerian Kesihatan Msia yang luluskan.

Since my husband pengedar sah Salindah so sesape nak try leh personally email me. Kalau nak tanya details lagi tweet je. Kalau komen kat blog takut respond lambat pulak.

email at 'haslina.hairudin@gmail.com' , twitter pulak 'haslinahairudin'

Harga RM 370 satu set lengkap. Tapi my husband ade special diskaun untuk my blog reader. Kalau harga kedai takde diskaun macam ni tau.

Thursday, September 6, 2012

Mari Berinai

Masa kawen aku tak nak berinai lukis-lukis tapi ntah kenapa time pregnant ni sibuk nak merasa berinai lukis kat tangan. Sebenarnya time cousin kawen bulan 6 aritu lagi teringinnye. Tapi macam ye ke aku nak ni. So postpone je niat tu.

Lepas raya, mengedik balik aku nak berinai lukis. Ni gara-gara bace blog kak vp. Gila kuat influence dunia blog ni kat aku. Asal orang blog bende- bende best mula la nak try same.

Last week tengah din beli barang kedai, aku menyinggah menconteng tangan. Quite mahal buat kat minah india tu. 1 corak RM 10. Nak RM 5 ade tapi design ikut suka dia nak lukis apa. Takut le pulak dia lukis motif haiwan ke apa so redha jela mahal pun mahal la. Tapi buat sebelah tangan jela.

after a week. masih lagi ade coraknye cuma dah comot-comot.

Wednesday, September 5, 2012

Coret Coret Lina

Kalau ikutkan banyak bende pending untuk diblogkan. Nak salahkan masa tak leh gak sebab bila ade masa aku pulak yang takde mood nak berblog. Aku suka bace blog korang-korang je.

Ni kira random ajela. Kot-kot aku tak blogkan pasal ni nanti kira ade la tercatat sket kenangan kat blog ni.

1) First time aku jejak kaki ke singapore. Walau dekat je singapore tu, nak pergi sesaje memang tak la. Dah le currency sana besar. Time ni gi airport je. Din drive ke sana pakai getz. So, next time memang tak yah pening bab transport ape nak naik gi sane sbb dah apply autopass.

2) Baby dah 6 months ++. Dah bergerak dan berkicking sesuka hati kat dalam tu. Gender pun dah tau mase last checkup lagi. We are planning nak buat 4d scan. Tapi tak tau nak buat kat mana agi.

3) Pening duk pikir mana nak bersalin. Kat pahang dah ade green light dah. Kalau kat johor pulak takyah pikir pasal travel-travel cuma nak kena cari confinement lady pulak. Sebab both moms bekerja so we need confinement lady.

4) Persiapan baby tak buat lagi. May be next month baru nak start shopping. Set penjagaan baby dan mummy macam jamu, shampoo, bengkung, param, pilis etc memang tak risau sebab memang kitaorang ade jual bende- bende tu kat kedai.

5) Kitaorang dah ade rumah sendiri tapi tak duduk situ pun sbb kitaorang stay ngan my MIL. Rumah tu bakal disewakan. Sebenarnya urusan beli rumah mula awal tahun hari tu. Segalanya setel b4 pose aritu. Alhamdulillah.

panjang gak walaupun berpoint-point aje. Kalau rajen aku cite la in details ey.

Wednesday, August 29, 2012

Dari-Nya Kita Datang, Kepada-Nya Kita Kembali

Sabtu, Syawal ke-7 lepas, cousin my husband yang baru je bulan puasa lalu didiagnose ada kanser pulang ke rahmahtullah. Arwah muda lagi dan cara arwah pergi cepat sangat sampai aku masih lagi rasa tak percaya yang arwah ada kanser.

Tapi ajal dan maut semuanya ketentuan-Nya jadi kita sebagai hamba tak layak nak mempertikaikan kenapa Dia ambil arwah di usia terlalu muda.

Walaupun aku dan arwah tak rapat mana tapi arwah pernah jadi one of the pengapit masa kenduri belah din. Semoga allahyarhamah Adibah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Amin ya rabal alamin.

Tuesday, August 14, 2012

Persiapan Raya Tak Siap Lagi

Raya lagi bape hari je tapi sampai la ni aku ngan din tak beli baju raya lagi. Aritu nak menempah baju kurung takut baju tak muat sebab perut ni makin membesar. So, kena la beli ready made yang mana aku tak suka pakai baju ready made sebab badan aku ni bukan size standard. Tapi ade je caftan yang jenis half beli kat bandung 2 helai lagi tak pakai. Warna pulak pink ngan purple. Tapi takkan la warna-warna tu je. Nak gak kaler-kaler lain.Lagipun aku suka pakai baju kurung di pagi raya.

Kuih raya memang takde tempah-tempah. Nanti beli kerepek-kerepek je kot untuk bawa balik lipis. Yea! raya tahun ni raya lipis.

Kasut raya tak tau nak pakai kasut jenis apa. Aritu kat bandung ade gak beli wedges tapi gile ko nak pakai kasut bertumit time pregnant ni. Itu lepas bersalin nanti aku nak pakai. Awal kan aku beli ? Nak buat macam mana, kasut kat sana gojes sangat. Pastu murah pulak tu.

Duit raya din memang dah tukar siap-siap. Peruntukan dari aku pulak, ilek pocik. Aku kan surirumah je. Tumpang allocation dari din je :)

Kete getz dah anta servis sebab nak bawa balik raya kete tu. Aku tak tau pun kos bape. Kalau tanya pun bukan dia nak jawab.. bersyukur sebab ada suami yang bayar serba-serbi.

Korang dah siap persiapan raya? ke macam aku jugak?

Monday, August 13, 2012

Bubur Biji Nangka

Masa puasa ke berapa ntah, aku menyinggah blog kak Filla. Pastu ade gambar bubur biji nangka yang dia beli kat bazar ramadhan. Tempting dan tekak duk teringin nak makan.

Hari esoknya cari kat bazar ramadhan tapi takde pun orang jual. Esoknya lagi cari lagi, tapi hampa la sekali lagi so nak tak nak kena la aku buat sendiri kan? Rasenye macam senang je nak buat benda ni. Macam buat buah melaka je basic dia cuma takde inti tapi berkuah santan.
Tapi aku tetap la jugak gugel resepi nak pastikan betul ke tak cara buat. Sebab first time buat bubur ni.

Bahan-bahan:
Tepung Pulut
Air Suam
Pewarna ( ikut la nak pilih kaler apa pun)
Santan
Daun Pandan
Gula
Garam

Cara-caranya malas pulak aku nak menaip. hehe.. korang gugel je gerenti ade punya. Hasilnya ok la dapat melepaskan keinginan nak makan tu. Tapi nanti kalau buat lagi nak cuba lagi baik sebab yang aku buat tu macam lepas piawai je.

Friday, August 10, 2012

Tenggelam Timbul

Salam Jumaat uols. Sekarang dah masuk 10 hari terakhir ramadhan kan? Pejam celik cepat je masa tu berlalu. Tapi bagi aku kalau bulan ramadhan je, masa tu macam cepat dari bulan-bulan yang lain. Macam 24 jam sehari tu tak cukup je. Ke aku sorang je rasa gitu?

Awal ramadhan tu aku ade gak berazam nak buat blog ni berseri sket. Konon nak rajin update berbuka apa, masak apa, share-share ilmu tapi tinggal azam jela. Bab update makanan tu aku rase macam tak patut dan kesian sebab buat orang terliur. Tambah-tambah yang jenis keje ngadap pc 24 jam. Siang-siang puasa tu mesti mengugel gambar makanan punya. Aku pernah punya experience macam tu. Eleh, korang pun sama kan?

Bulan puasa ni aku tak memasak sangat. Ntah la.. nak masak macam mood ke laut perginya. Even nak berbuka dan bersahur tak tau nak makan apa. Macam dewasa pulak sebab tak teringin itu ini time puasa. Make it simple je. Lagipun ramadhan bukan bulan pesta makan.

Few weeks ni jugak ada dugaan melanda famili belah din. One of the cousin didiagnose ada ketumbuhan kat lungs dia. Now, she is in ICU. Details, aku tak bape nak tahu sangat but kritikal la jugak. Takde tanda teruk-teruk pun, tup-tup.. dah serius.

Ala.. tiba-tiba my mind stop tak tahu nak tulis apa dah bila fikir pasal the sick cousin. Sedih, kesian bercampur-campur semuanya.Ya Allah! hope she will be ok. Lets make doa for her so that she will be ok.

Wednesday, July 25, 2012

First Time Buat Gulai

Dah bertahun tak mengulai. Sepanjang kahwin ni memang tak pernah buat masakan bergulai lemak macam ni. Bukan apa, mak aku ajar kecik-kecik dulu kalau gulai yang bersantan gini kena timbuk-timbuk ( macam ko amik sikit kuah pastu ko buat macam tarik teh tarik sepanjang memasak tu). kena buat macam ni supaya kuah tak pecah minyak dan pastu tak berketul mengerutu. Sedap tu memang sedap tapi penat kaki tangan tu la usah cite.

Tapi kelmarin untuk berbuka saje je adventurekan diri buat gulai daging masak lemak cili padi. Daging tu aku rebus dulu supaya takde la liat ke apa. Cara potongan daging tu aku dah berusaha lawan urat supaya tak liat tapi macam tak berkesan gak cara tu. May be memang jenis daging degil meliat kot yang aku beli tu.

Pastu nak adventure lagi kita kukur kelapa guna kaedah tradisional. Sambil-sambil tu mengimbau time kecik-kecik kat umah wan aku, kitaorang main kukur jenis macam ni buat jadi tunggangan. Time tu kecik so boleh naik berdua. Ni dah besar, sorang pun rase tak muat.

Hasil yang dapat dengan separuh biji kelapa. Tapi tak cukup pun santannya sampai kena topup santan kotak masa tengah-tengah masak tu.

Ini pulak hasil gulai lemak daging cili padi aku. Rasanya alhamdulillah ok tapi terpedas sket je. Nasib tak meragam perut. Yelah! time puasa ni perut ni hover sensitif. Berbuka ngan air sejuk pun takleh ok. Apatah lagi makanan pedas.

Pasni tak tau nak mengulai ke tak lagi. Macam lenguh la kaki berdiri lama kat dapur tu. Kena masak yang simple-simple aje la pasni ;)

Tuesday, July 24, 2012

Nasi Lemak Yang Care

Ini makan-makan before ramadhan sebenarnya tapi baru arini nak tayang sebab terbayang kesedapan ayam dalam nasi lemak ni. Lokasi nasi lemak best ni kat Black Orange Cafe,Bandar Baru Uda (BBU).

Mula-mula tak plan langsung nak makan sini tapi tunggu foreman repair bumper kete din terhegeh-hegeh sangat dah termakan nasi lemak yang best. Ada lagi menu-menu yang nampak best tapi next time la try. Menu-menu pulak makanan from pantai timur of course la aku suke.

Air teh ais dia memang terbaik gak. Tengok kepekatan kaler air dah tau air tuh sedap yang hamat. Terima kasih tukang belanja makan rasmi saya sebab bawa saya makan kat sini. Sedap sampai masih terbayang-bayang kesedapan makanan tu :)

p/s : Sorry ey entry macam kejam sket je. Tapi yang ni je dah ada dalam draft. Tak sempat nak prepare entry lain.

Monday, July 23, 2012

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah dah masuk hari ke 3 berpuasa. So far ok je. Baby doing well sebab before ramadhan kita dah prektis puasa. Oh! ye.. Selamat menyambut ramadhan to all kawan-kawan dan reader blog ni. Tak lambat sangat kot nak wish korang semua ;)

Sepanjang masuk ramadhan ni aktiviti mengupdate #menubukapuasa kat instagram tak rancak sangat. Segan la uols nak snap-snap depan in laws. Kalau din dia dah paham dah. Oho! bagi yang tak tau, aku stay dengan mertua so segan pulak nak snap. Pelik pulak nanti mother in law aku kalau aku duk tersnap-snap.

Tapi berjaya gak update #menubukapuasa sekali. Ini lopes MIL buat. Dulu she sold ratus-ratus keping lopes sehari. Now, dah tak buat that bisnes. This lopes memang the best yang pernah aku makan.

This few days pulak belah siangnya aku busy bermain dengan price tag. Hari tu, pekerja din cuti so aku tolong-tolong din kat kedai. Nama je toko jamu tapi ada jual macam-macam kat kedai din tau. Ni masuk ramadhan dan nak raya so ada la jual persiapan ramadhan dan raya jugak.

Aku ada gak terpikir nak buat bisnes kecil-kecilan tapi the idea tak tau la leh proceed ke tak. Bosan ok jadi housewife je. Aritu ada jual telekung sulam from bandung. Dah habis stok pun sebab bawa balik sket je. Tak sempat nak tayang kat korang dah abes jual offline. Tapi ada lagi stok kebaya yang tak bawa keluar. Kebaya ni special sebab bukan je cantik tapi orang size besar-besar pun boleh melaram. Nanti rajin, aku publish kat blog :)

Rasanya cukup sampai sini kot entry warm up sempena ramadhan. Lagipun ipad ni dah nak abes bateri dah. Selamat berpuasa, bersahur, bertarawih and everything la ibadah yang korang buat this ramadhan :)

Monday, July 16, 2012

Tauhu Bakar Best

Aku tak tahu la ni masuk kategori mengidam ke apa tapi memang aku teringin sangat nak makan tauhu bakar kat Medan Steambot Luton Van, Dataran Bandaraya JB tu. Bukan setakat bayangkan aje, siap rasa dekat tekak ni.

So, cakap kat din untuk singgah makan time kitaorang turun JB. Selasa last two week dah pergi dah. Puas hati dapat makan. Serius cakap the one yang kat dataran bandaraya ni memang sedap. Tauhu dia bakar elok-elok je. Tak rentung ke apa. Pastu sos dia memang sedap sangat la.

Tapi jangan silap van tau. Sebab sini bukan 1 van je jual tauhu bakar. Yang aku pergi tu, yang ada jual air sekali. Van tu tak banyak menu pun. Air ngan tauhu bakar la main menu situ. Nak cakap location van tu betul- betul susah gak sebab van- van ni placing hari- hari lain. Ikut siapa datang dulu kot ;)

Nama pun medan steambot haruslah makan steambot gak. Steambot boleh pilih sendiri pastu leh request nak kuah yong tau fu atau kuah steambot. Harga satu cucuk tu vary. Ada yang RM 1. Ada yang RM 1.50.

Wednesday, July 11, 2012

Konfius Nak Pilih Susu Apa

Aku bukanlah pengemar susu. Sah-sah dari baby aku minum milo je tak minum susu. Tak tau la sebab apa aku reject susu. Tapi bila dah pregnant ni mulalah kena paksa diri minum susu.

First trimester tu aku consume gak la susu. Amik yang jenis UHT macam brand dutch lady atau marigold. Masuk 2nd trimester aku amik anlene yang kotak-kotak kecik pastu bila start malas so aku layankan aje tak amik langsung. Sampai la tadi jumpa pakar zat makanan kat KKIA baru aku disedarkan keperluan kalsium untuk baby dan aku.

Aku ada gak cerita kekonfiusan aku nak pilih susu apa yang boleh minum untuk pregnant lady. Sebab doktor cakap vitamin A tak elok untuk baby. Kalau kita baca nutrition facts kat susu-susu tu mostly ada vitamin A. Lagi satu, dah dengar banyak nasihat from nurse, doktor cakap susu untuk orang pregnant macam **m*m m*t**n* ada sugar added pastu tak sesuai sebenarnya. Nanti baby besar la. Tambah-tambah aku ni ada kes GDM lagi la bahaya kan? Pernah baca kat mana ntah, kat luar negara tak pernah wujud pun susu khas untuk ibu mengandung.

Tadi aku dah dijelaskan yang susu yang bagus ialah susu low fat dan tinggi kalsium. Tak kesah la brand apa pun. Pasal vitamin A pulak, pakar zat makanan tu cakap yang ada dalam susu-susu tu tak bahaya pun sebab bahagian dia sket sangat. Lain la vitamin A dalam vitamin-vitamin atau hati ayam, lembu semua tu. Yang tu vitamin A sah-sah tinggi.

Pastu dia ada jugak cakap , omega plus memang bagus tapi tak sesuai untuk pregnant lady sebab ada anticol. Anticol tu anti-kolestrol jadi dia akan singkirkan kolestrol yang mana time-time pregnant ni kolestrol tu diperlukan untuk development baby.

Lagi satu, cuba avoid amik susu-susu yang ada flavour sebab bila ada flavour means ada gak gula tersembunyi. Tak bagus gula lebih sebab boleh merosakkan saraf kita dan baby.

Kalau tak boleh sangat minum susu, consume je pil kalsium cuma penyerapan khasiatnya tak sebagus amik susu. Haha.. panjang tak explaination aku? harap dapat la share ngan kawan- kawan yang tak tahu. Aku pun tahu sket-sket je. Maklumlah first timer :)

Monday, July 9, 2012

Speechless and Priceless At 17 Weeks

Kalau baca kat mana-mana pasal pregnancy, kat internet atau buku ada duk cakap orang yang first time pregnant boleh rasa the baby movement dalam weeks 16-20. Sebab katanye first timer susah nak detect macam mana rasa the movement.

Dari last week aku duk tunggu and semalam before berbuka aku rasa benda bergerak macam angin yang kuat tapi lembut je, bergerak dari kiri ke kanan dalam perut ni.Sekali tu je pastu diam dah. Cepat-cepat bagitau din yang waktu tu tgh bawa kete ( masa ni kami on the way nak balik berbuka).

Sungguh speechless and priceless that moment. Tapi kan.. memang pas rasa tu, gap nak rasa movement balik tu memang lama macam ni eh? Semalam petang sampai pagi ni takde rasa pun. Kalau suruh din dengar baby kat perut mesti dia cakap 'oh baby tengah tido kot' tak pun dia akan cakap ' baby tengah bergerak'. Kalau aisyah pulak, she will make a weird sound bila tanya macam mana bunyi baby. Bunyi tu pelik tapi din kata memang ada dia dengar bunyi macam tu pun.huhu.. nak dengar jugak.

Kadang-kadang i feel like macam tak mengandung pun ye jugak. Sebab kadang-kadang tak rase gerak-gerak atau ada benda dalam perut. Tapi pelik rasa perut macam buncit tapi statik dan keras. Kalau buncit lemak tu kita leh rasa perut bounching kalau bergerak kan..ni tak.. statik gitu je. kalau cuba nak kempiskan perut ngan tarik nafas dalam- dalam pun buncit tu statik jugak. pelik..pelik.. perasaan buncit yang pelik sangat :)

Wednesday, July 4, 2012

Kuih Keria

I really love eat kuih-muih. Kuih tradisional especially. So, sempena berpuasa teringin la nak buat kuih sendiri. Lagipun kat sini petang-petang takde pulak orang jual kuih gitu. Except kalau ada pasar lambak atau pasar tani.

Teringat masa kecik-kecik, sekolah rendah lagi time tu. Nenek aku memang suka bercucuk tanam. Ada sekali tu keledek dia menjadi-jadi jadinya kuih keria antara kuih hidangan minum petang kat umah nenek aku. Percaya tak aku time tu dah pandai buat kuih keria.

Sebab dah lama sangat tak buat kuih ni, so aku test la power. Alhamdulillah jadi cuma aku rase yang aku buat masa kecik-kecik tu lebih sedap. Skill tu ada lari sket.

Bahan-bahan:
Keledek (direbus dan dilenyek)
Tepung gandum
Minyak untuk mengoreng
Gula aising

Cara-cara:


  1. Campurkan keledek dan tepung gandum. Yang ni pandai-pandai la korang balancekan. Jangan lembik sangat dan jangan keras adunannya.

  2. Bentukkan kuih bentuk cincin.

  3. Pastu gorengkan kuih yang dibentuk tu dalam minyak yang betul-betul panas. Tunggu hingga kuih bertukar jadi keperangan.

  4. Angkat pastu tuskan minyak pastu golek-golek kuih atas dulang berisi gula aising. Kalau takde gula aising, blend sampai halus je gula pasir.



senang kan? dah boleh dah prepare untuk menu buka puasa bulan ramadhan nanti.

Tuesday, July 3, 2012

3rd Baby Check Up ( Aik? dah 3rd ke?)

Sebenarnya bukanlah exactly 3rd check up sebab ada jugak nurse datang umah aku tak kira sebagai check up. Macam tu hari kena buat BSP test. Kira yang aku kira berapa kali aku jumpa baby kat monitor scan kat KKIA. Kalau scan sejak aku pregnant ni dah 4 kali rasanya sebab sekali tu jumpa gynae kat Hospital Lipis. Din baru 2x tengok scan baby.

Kali ni check up takdelah menyeluruh sangat sebab sehari sebelum tu nurse dah datang rumah. Nurse kat sini rajin ok nak datang check kat rumah. Setakat ni dah 2x nurse datang rumah. Katanya sepanjang pregnant atleast 4x nurse akan visit patient kat rumah. Tambah-tambah high risk macam aku lagi la diorang concern sangat-sangat.

Berat kali ni naik 1kg dari check up sebelum ni. Takdelah macam sebelum ni, aku turun almost 2kg. Pastu hb dah naik sket tapi still la anemia. Tapi macam dah nak cecah piwaian 12.0 tu. Aku kena rajin makan vitamin-vitamin yang klinik bagi. BSP test pulak aku kena buat before jumpa doktor sampai la aku bersalin nanti. Seksa jugak sebab dalam sehari kena ulang-alik gi klinik 4x pastu dengan nak kena puasa 2 jam before test. Pastu dengan kena redha jari kena cucuk 4x tu. Takpelah asal baby sihat. Oho! baby adalah breech tapi still awal so nanti hujung pregnancy baru tau kedudukan baby macam mana.

Tapi perit semua tu hilang kalau dapat tengok scan baby. Din sempat capture guna ipad. Pembesaran baby pun selari dengan weeks dia. Alhamdulillah.

Monday, July 2, 2012

Kek Marble Pelangi

Ini antara resepi kek yang paling simple pernah aku try. Bahan-bahan tak renyah pastu hasilnya mabeles. Pastu kalau korang ingat masa kita kecik-kecik, kat kampung mesti ada hidang kek ni kalau raya. Tak kecik-kecik ni pun ada lagi yang masih hidang kek ni cuma jarang jumpa la. Orang sekarang semua nak merasa kek-kek moden macam red velvet, kek pelangi berkaramel, choc lava. Jadi sesekali buat kek macam ni macam mengimbau gitu.

Bahan-bahan:
1 cwn tepung naik sendiri
1 cwn mentega
1 cwn gula
2 biji telur gred A ( kalau gred C/D , 3 biji )
1 sudu teh esen vanilla
pewarna ikut suka

Cara-cara:
Pukul mentega dan gula sampai kembang
Masukkan telur satu persatu
Masukkan tepung dan pukul sampai sebati
Masukkan esen vanilla
Asingkan beberapa bahagian ( ikut berapa colour nak buat)
Letak pewarna
Letak satu persatu adunan dalam loyang
Panaskan oven 160 darjah celcius selama 10 min sebelum masukkan adunan untuk dibakar
Bakar dengan api atas bawah selama 30-40 min ( ikut tahap kepanasan oven masing-masing)

adunan before baking

Kek ni tahan lama gak. Seminggu masih elok dan sedap. Should try uols!

Friday, June 29, 2012

Popiah Daging

Aku kan sejak dua menjak ni suka la hai mengepos gambar makanan kat instagram. Kalau puasa pulak, aku post gambar #menubukapuasa yang aku masak sendiri. So, kali ni aku nak share resepi kat blog pulak since muni request for the receipe.

Resepinya senang la hai. Amateur cook macam aku leh buat apa tah lagi korang yang heibat-heibat tu.

Bahan-bahan:
Daging kisar (ikut suka nak letak banyak mana)
Carrot
Taugeh
Kulit popiah
Bawang merah
Bawang putih
1 sudu sos tiram
Garam
Minyak

Cara-cara:


  1. Celur taugeh dan carrot ngan air panas tambah sesudu makan garam. Put aside

  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih.

  3. Masukkan daging kisar dan tunggu daging tu bertukar warna baru masukkan sos tiram. Agak-agak masak, angkat dan tuskan minyak.

  4. Bungkus daging yang telah dimasak (aku letak 1 sudu makan), taugeh dan carrot. Bungkus kemas-kemas. Kalau tak, popiah tu nanti lembik lepas digoreng. Popiah yang sedap ialah popiah yang padat dan ranggup krup.. krap..

  5. Gorengkan dalam minyak yang betul- betul panas pastu angkat bila kulit popiah dah keperangan. Jangan sampai hangus pulak.

  6. Hidangkan ikut cara masing-masing. Nak makan ngan sos buat sendiri pun boleh. Tapi aku makan gitu je dah sedap.


Thursday, June 28, 2012

Birthday Celebration 2012

Alhamdulillah umur aku dipanjangkan lagi. So, this year dah 28 dah. Macam besar je nombor tu kan? tapi rasa muda sentiasa :)

Takde celebrate beria pun. Just pergi makan-makan , then dapat hadiah dari husband. Mula-mula husband nak bawa makan kat Secret Recipe sebab situ ada kek pastu ada makanan-makanan lain jugak. Tapi aku tak nak sebab a day before dah makan kat Secret Recipe KLIA ngan famili aku masa hantar adik aku yang nak belajar kat Bintulu. Alternatifnya pizza hut sebab aku suka pasta. So, ke sana la kita.

spaghetti prawn olio

Fettucini cream apa ntah. Husband punya

Mango Tango

Ice Lemon Tea

Lupa pulak namanya apa ni.

Chicken Supreme Pizza

After makan, husband tanya nak hadiah apa. Tapi memang aku tak rasa nak apa-apa pun. Dia pulak tak nak beli hadiah yang nanti aku tak pakai or guna. Sampai kami decide nak postpone bagi hadiah. Pusing-pusing then masa nak jalan ke kereta nak balik baru aku cakap ' Sini ada Body Shop kan?. Lama tak masuk body shop'. Jadinya terus kami ke sana then aku pilih sendiri apa yang aku nak. Pekerja body shop tu wrap hadiah depan aku sendiri. Kelakar pun ada tapi husband cakap nak surprise macam mana sebab aku sentiasa ada dengan dia.

Walaupun celebration tak gempak pun tapi aku bersyukur dan happy sangat celebrate macam ni. Rasa lebih privacy dan special :)Thanks husband for the day.

Wednesday, June 27, 2012

Pregnancy Dan Diabetes

Tajuk serius pulak hari ni. Yela.. arini hari kena menjalani Blood Sugar Profile (BSP) test. Aku kan disahkan menghidap diabetes ketika pregnant (GDM). Sedih tau masa tau tu. Dah la minum air gula (MGTT) tak best sebab air gula yang aku dapat tu tak bancuh rata. Siap ade ketul-ketul lagi gula. Tapi aku tahankan gak untuk minum sampai abes dengan harapan aku passed the test.

Some of you mesti pelik why me kena lalui MGTT kan? Sebabnya aku ade diabetes family history. Jadi test ni jadi wajib la untuk aku. Mula-mula rasa macam nak sorok-sorok tak nak bagitau nurse tapi for the sake of baby, buat jela kan. Lagipun kalau ada kes GDM ada risiko untuk korang dan baby korang tau. So, jangan nak amik enteng je.

Antara risiko GDM:

#1 Size baby besar. So susah nak lahirkan secara normal. (yang ni aku takla risau sangat sebab ade option untuk selamatkan both mummy and baby)

#2 Baby boleh meninggal dalam kandungan. (yang tak sanggup sebab aku ada family member yang selalu experience benda ni.. huhu)

#3 Luka atau infection time pregnant dan after bersalin susah nak baik. Tambah-tambah yang lepas bersalin tu kan. Kalau healing process lambat tak ke kesian mummy.

Yang bagusnya buat MGTT ni atleast bagi jugak persediaan awal untuk kita if tua-tua nanti kita kena diabetes. Senang nak jaga pemakanan tu dari awal. Diabetes ketika pregnant ni jugak boleh hilang after bersalin. Boleh jadi gak berulang untuk next pregnancy. Pastu tua-tua nanti confirm dah ada diabetes tu cuma ada la persediaan awal-awal boleh kita buat untuk panjangkan kehidupan kita.

Kalau ada GDM macam aku ni, korang kena lalui BSP sebulan sekali. Result gula dalam darah tu kena bawah 7.0 . Kena buat test tu before breakfast, before lunch, before tea time and before dinner. Pastu 2 jam before test kena puasa. Alhamdulillah setakat ni aku lepas agi test tu. Memang buat bebetul punya.

Aku cerita ni based on pengalaman aku. Aku share sebab selalu aku baca kat blog-blog mummy-to-be lain yang diaorang tak suka nak lalui MGTT, cheating BSP. Ish! bahaya la korang. Sebab benda ni melibatkan life korang dan baby korang. Jadi fikir-fikirlah ey.


Monday, June 25, 2012

Pahit Manis Pregnant 1

Setiap orang lain pengalaman yang diorang alami time pregnant. So do I. Ini kira pengalaman setakat ni la selama 15 weeks of pregnancy.

#1 Aku takde muntah-muntah except sekali kot sebab makan kenyang sangat. Cuma awal-awal tu takleh bau orang goreng ikan.

#2 Rasa mayonaise sangat-sangat tak best tak lidah aku. Macam ada rase pahit-pahit gitu.

#3 Suka makan ayam. Kalau before pregnant i prefer fish more than chicken. But my husband loves chicken. Mungkin baby ikut abah's favvy kot.

#4 I don't feel like eating. Even berat until this week dah 2 kgs turun pastu maintain takat tu.

#5 Aku ditest ada GDM. Ingat tu je la. tambah perisa ngan anemia sekali. List of risks kat depan buku pink tu dah penuh ok. ( T_________T)

tu je kot dulu. Macam tak ingat pulak dah.. takpe-takpe.. ni list setakat this week la ey. Nanti kita panjang-panjangkan lagi list ni untuk share ngan korang semua.

Wednesday, June 20, 2012

Mengidam Ke Teringin?

Bila start je tau pregnant, asal teringin je nak makan sesuatu mesti frust kalau tak dapat. Tapi aku pun confuse aku mengidam ke teringin je nak makan. Ngan kata lainnya mengada-ngada ikut perasaan nak makan.

Bende pertama yang aku nak buah delima. Punya la susah nak cari buah delima sebab bukan musim kan? Mula-mula aku nampak kat pasar tani tapi mahal la pulak bagi aku. RM 7 sebiji jadi aku pun macam ' nak ke ey?'. Pastu cakap dalam hati aritu kat Tesco dalam RM 4 macam tu. So, balik je tanpa beli delima tu.

Beberapa hari pastu cari kat Tesco.. huhu takde pun buah delima. Macam frust jugak sebab tak dapat tapi tak give up lagi sebab fikir boleh cari kat pasar tani pulak macam yang nampak aritu. Sekali kan.... pergi pasar tani orang kedai tu kata takde jual dah sebab susah dapat... huhuhu... kecewanya.

Tapi din takdela buat aku kecewa ke apa. Dia cari kat JB pulak. Alhamdulillah dapat 3 biji. Kat giant rasenye. Aku makan sebiji je tu pun macam seksa nak abeskan. Aku pun macam pelik gak.. time nak macam beria sangat sampai kecewa kalau tak dapat. Bila dapat macam puas tapi tak beria pun. Eh! paham ke apa yang aku explain ni.

Tu pasal la aku confuse betul-betul mengidam atau teringin je. Yela.. orang tua-tua kata kalau tak tunaikan apa yang diidamkan tu anak meleleh-leleh air liur. Tapi rase macam perasaan aku je nak makan macam- macam. hehe..

Sunday, June 17, 2012

I Am Pregnant!

Baru ada masa nak khabarkan berita gembira ni kat korang. Actually dah lama dah tau pregnant tu tapi tak nak kecoh-kecoh sebab baby masih di early stage. But now dah masuk 2nd trimester so rase secure sket.

Alhamdulillah, sepanjang pregnant morning sickness tak teruk pun ke macam tak wujud. Takat sore b*****, tak boleh bau certain bau dan kurang selera makan (yes, Aku rasa kenyang je sentiasa). Tapi aku paksa jugak makan. Selalu fikir kesian baby takut tak cukup zat kat dalam sana.

Masa cek kat private clinic, aku disuruh buat buku pink segera dan doktor tu macam tak nak terima kes aku sebab she knows that aku ni macam-macam sakitnya. Jadinya aku dah buat buku pink dah on 23/4. Kalau ikut kiraan cik misi, due date baby pada 15/12/12 iaitu few days after tarikh yang ramai nak sangat 12/12/12 tu. Tapi ini ramalan je kan? Allah yang mengatur segalanya kan? Terima je la bila lahirnya si baby asalkan sihat dan selamat :)

Aku jugak mengharapkan doa kalian semua untuk aku dan baby sebab orang kat klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA) tu dah risau what will happen to me next next dengan macam-macam problem kesihatan. Sampai tagging buku pink aku kaler hijau pastu siap cop 'high risk' lagi. Ni belum specialists lagi merisau. Hope aku dan baby ok la kan :)

p/s : for those yang baru tahu sorry tau. memang ade niat nak rahsia. Kalau ikutkan sampai dah give birth pun tak nak bagitau orang ;)

Sunday, April 15, 2012

PTPTN From My Point Of View

Aku ni terpanggil nak menulis pasal isu PTPTN ni sebab aku ni peminjam PTPTN. Aku tak de la menyokong pemansuhan PTPTN sebab aku tak semua orang mampu nak biaya pembelajaran diorang baik universiti awam atau swasta.

Pastu macam kes aku dulu memang takde pilihan lain yang ada. JPA memang budak-budak medic dah sapu, berapa kerat je budak course lain yang dapat merasa biasiswa kerajaan tu. MARA pulak kalau tak silap aku time tu reduce tawaran pinjaman untuk student degree sebab kes blacklist sampai nama letak kat suratkhabar tu.

Aku bukanlah budak pandai sangat tapi result degree aku kurang 0.11 je cgpa nak dapat free ptptn. Sedih pun ada tapi ade gak kawan aku kurang 0.03 je cgpa nak free pulak. Lagi kesian kat dia. Kalau aku la dapat pinjaman MARA, sure bape sen je nak kena bayar. So, sape pinjam lain dari ptptn aku rasa tak sesuai la nak kupas isu ni kot.

Aku start bayar ptptn masa aku keje Research Assistant (RA) kat UPM. Gaji kecik tapi sebab takde tanggungan macam loan kete jadi aku bayarlah RM 400.00. Kalau bayar RM100.00, RM 48.75 dah tolak caj pentadbiran , agaknya bape jelah hutang yang ditolakkan? Pastu aku bereni keje sebab nak tumpu kat pengajian master aku. Bila tak keje, mana nak cekau duit bayar PTPTN kan?

Ade option tangguh tapi after aku kaji, tangguh pun caj pentadbiran jalan so no point la buat penangguhan. Jadi aku diam tak bayar selama 2 tahun. Tahu apa jadi kat jumlah yang aku bayar bulan-bulan RM400.00 ngan gaji kecik tu? dah naik balik jadi macam pinjaman asal. Kira apa yang aku bayar tu dah perabih kat caj je. Semangat nak bayar pun down sangat.

Pastu ada pulak option tukar kepada ujrah. Tapi melibatkan lhdn pulak. Setelah kaji balik, option tu tak membantu pun sebab bilangan bulan pembayaran dipanjangkan. So, peratus caj keseluuhan tu sama je 3% (tak ujrah) dengan 1% (ujrah).

Aku tak sokong pemansuhan ptptn tapi aku sokong pemansuhan caj pentadbiran. Kira macam kita bayar apa yang kita pinjam jelah. Lagipun, tak semua gaji besar, bisnes besar. Pas graduate, zaman baru nak naik. Gaji kecik je. Pastu kalau mampu bayar ptptn RM 50.00, bape sen je hutang tu ditolak. RM 5 pun tak lepas. Bape tahun nak dibelenggu hutang?

Kalau la servis cepat pantas macam bank memang layak la nak claim caj macam tu. Ni tak,nak dapat feedback apa-apa masalah sikit punya susah. Makan minggu gak la. Pastu office ptptn ni susah nak pergi. Patutnya every negeri ada 1 one stop center. Takdelah nak kena cuti semata-mata nak pergi pejabat ptptn kat kl nun.

Aku tulis ni based on pengalaman aku. Kadang-kadang hanya orang yang merasa je paham.

Monday, April 9, 2012

Instagram From Johor - Pahang

For android user, instagram apps dah ada kat market. Kalau tak , hanya product apple je leh merasa kehebatan instagram apps ni. Aku sebelum ni memang dah pernah guna instagram kat ipad tapi gambar yang capture dengan ipad memang tak cantik. Lagipun macam besar gabak nak bawak ke mana-mana.

Bila heboh cakap instagram ada kat android market gak. Aku pun cecepat install so sekarang dah senang nak berinstagram sebab handphone memang aku bawak gi mana-mana je. Cuma nak upload je aku tunggu wifi kat rumah atau tempat-tampat yang sedia wifi free. Sebab enset aku takde data plan. Tak survey lagi pasal tu.

So, ni aku nak tunjuk hasil experiment instagram aku masa aku naik train johor-pahang-johor baru-baru ni. Oh lupe pulak.. siapa nak follow instagram aku, aku pakai id : haslinahairudin.

Thursday, April 5, 2012

Mini Cupcake Yummy Yummy

Beli barang nak buat mini cupcake ni tak plan pun. Kebetulan din ada hal kat kedai barang buat kek so aku yang peminat baking stuff memang rambang mata le. Kek very the simple dan definitely akan cuba lagi.

Tengah beat gula dengan butter, boleh pulak mixer aku rosak. Nama pun mixer murah. Pastu hand mixer je pulak tu. Bukan jenis stand yang mahal yang amat ke apa. So, pasni kena grab mixer baru.

Aku bersusah payah beat guna tangan. Tapi takde la sampai sebati telur, butter dengan gula tu aku kerjakan. Bila letak bahan kering all the mix macam ok pulak blend. Nak letak dalam cup pulak susah. Yelah.. cup size kecik amat. So, aku guna piping bag untuk letak bancuhan dalam cup. Nasib dah pandai guna piping bag. Kalau tak comot la mini cupcake aku. Masuk dalam oven, sukanya bila all turn ok. Naik cantik je.

1 bancuhan dapat dalam 80 biji mini cupcake tapi yang masuk tupperware tak cukup pun 80 sebab aku dan din dah ngap dulu.