Membuat custard adalah the hardest part aku rasa. Hasil custard aku berketul dan macam rasa susu sejat tu kuat sangat. Kiranya aku failed dari segi teknik dan rasa. Tapi pekerja din yang dah test rasa cakap 'ok je'. Aku suka bagi pekerja din rasa-rasa hasil baking aku.
Ntah mana silapnya aku rasa pastry aku mcm moist dan tak garing. So bila makan berintikan custard cepat la muak. Ada kurang pape ke ey? Pastry memang aku betul-betul ikut sukatan. Tak berani la nak menderhaka dengan resepi sebab takut bantat. Sekarang macam teknik aku yang salah. May be the dough tak rest bebetul aku dah sumbat masuk oven.
Tapi bila dah buat cream puff ni rasa macam malas dah nak try buat lagi. Remeh dan give up sket ngan hasilnya. Somehow aku kena percaya gak yang 1st time tak semestinya perfect. Tambah-tambah amateur baker macam aku ni.
Pages
Wednesday, January 18, 2012
Percubaan Pertama Custard Cream Puff (2)
Tuesday, January 17, 2012
Percubaan Pertama Custard Cream Puff (1)
Aku suka mencuba baking- membaking ni. Lagi satu baking ni leh release tension selain dapat makan.Rasa puas walaupun hasilnya tak perfect mana.
Ini rupa batch pertama. Aku tak bape reti nak spiralkan puff tu. Maka hasilnya beginilah jadinya. Sungguh buruk rupa puff yang first batch ni kan?
Ini pulak batch yang terakhir dibakar. Rupa dah sekata. Kira ada peningkatan la. Tapi tak jadi berspiral-spiral macam puff orang lain. Adakah sebab aku guna muncung piping yang salah? Perasan tak kertas baking tu dah hangus-hangus sket kan? Aku repeat guna beberapa kali tau. Tu yang jadi warna hangus tu. Kertas ni jenis silikon. Mahal tapi berbaloi sebab hasil pembakaran tak melekat kat kertas baking langsung.
Aku buat custard cream pulak hari esoknya sebab membakar puff pun dah malam so tak larat nak terus sambung. Jadi aku suka-suki nak buat sambungan entry ni. Agak-agak jadi tak custard cream aku tu?
Monday, January 16, 2012
Doktor Gigi Yang Baik
Aku ada cakap last week yang aku sakit gigi. Pastu ada gak aku tweet cakap nak gi dentist kat Senai dek sebab sakit gigi ni. Hari Rabu ke Khamis aku gi visit dentist tu. Oh! hari rabu aku gi ( tengok tarikh kat ubat yang dentist bagi baru ingat ;p ).
Doktor cakap wisdom tooth aku salah tumbuh. Tumbuhnya pulak ke arah pipi so memang aku ada masalah la nak buka besar-besar rahang aku. Tapi hari tu doktor gigi tu takleh cabut ke apa sebab bahagian tu tengah bengkak so kalo teruskan gak nanti boleh kena infection sebab kuman leh mask dalam darah. Nak tak nak memang kena tunggu bengkak tu surut dulu.
Jadi doktor tu bagi ubat surut bengkak, tahan sakit dan antibiotik. Hari selasa 17/1 doktor nak cabut. Tapi aku rasa yakin ngan doktor ni. Takut tu ada tapi sebab doktor ni sweet dan lembut je jadinya macam tenang sket la rasa.
Oh! lupa pulak nak cite klinik mana yang aku gi tu. Aku gi Klinik Pergigian Sabrina, Senai. Jauh sket dari Bandar Tenggara tapi still rasa berbaloi sebab doktor best.
Wednesday, January 11, 2012
Aku Sakit Gigi
Ek eleh! sakit gigi pun nak cite. Tapi nak cite jugak sebab sakit gigi aku ni berpanjangan. Bukan gigi rosak tapi wisdom tooth aku amik masa bertahun nak betul-betul tumbuh. Rasa start 2010 tumbuhnya sampai la sekarang masih tak keluar penuh lagi. Sakit pulak tu.
So, plannya hari ni din nak bawa aku gi jumpa dentist kat Senai. Huhu takut pulak if dentist cakap nak kena cabut / operate. Sebab baca kat some pages cakap kena operate la. Pastu muka bengkak la. 4 hari takleh makan proper meal. Tapi sekarang pun aku tak leh nak makan proper meal pun. Susah nak buka rahang pastu nak kunyah pun susah.
Siapa pernah experience gigi geraham bongsu tumbuh secara slow macam aku ni? Dentist buat apa ey kat korang?
Monday, January 9, 2012
We Love Secret Recipe Cake
Kejadian adalah hari rabu ke khamis last week. Ikut din beli rak untuk stor kedai. Kedai jual rak tu dekat ngan Secret Recipe. Haruslah tergoda uols. Tambah-tambah memang tea time. Plan asal nak tapau je tapi bila baca banner depan kedai cakap dapat free tea/coffee kalau dine in a slice of cake. Ape lagi.. haruslah kite dine in je.
Aku dan din pilih white coffee. Cake pulak, din of course la ngan all time favourite dia,Chocolate Indulgence. Me pulak jenis suka tukar-tukar. Kali ni pilih Pecan Butterscotch. Ingat nak lepak-lepak makan kek je. Sekali din order thai fried rice. Beso betul udangnye. Kire berbaloi ngan harga la.
Sejak aku berpindah ke Johor ni, aku dah kurang berkunjung ke restaurant atau fast food. Kalau bandar tenggara ni lagi la hai. Ada kfc ngan marry brown je. Tapi macam bagus gak sebab boleh la makan secara sihat. Kalau masa kat KL nun, asyik menternak lemak aje. Bile la nak kurusnye kan? Poket pun takde la bocor aje ye dok?
Friday, January 6, 2012
Sotong Masak Lada Hitam
Hahaha.. entry masak-memasak lagi ye kawan-kawan. Dah..modal ape lagi yang aku ada. Gigih tau aku potong sotong macam dalam masterchef. Nak bagi presentationnye cantik. Kalau tak memang potong style bulat-bulat gegelung standard tu aje.
Bahan-bahan:
Sotong
Bawang putih
Bawang merah
Carrot
Cili Merah
Bawang holland
Sos Lada Hitam
Lada Hitam ( tumbuk)
Minyak
Garam
Cara-caranya pulak:
- Tumiskan bawang putih dan merah sampai naik bau dan kekuning-kuningan.
- Masukkan sotong
- Masukkan sos lada hitam 3 sudu dan lada hitam yang ditumbuk 1 sudu.
- Masukkan carrot, cili merah dan bawang holland.
- Masukkan garam dan tunggu sampai masak semuanya then proceed ngan plating.
Resepi ni inspirasi dari cookbook chef hanieliza tu la. Memang berbaloi beli sebab banyak bagi idea apa nak masak hari-hari. Lagipin resepi-resepi dalam tu masakan yang kebiasaan orang masak hari-hari dan tak renyah pun.
Thursday, January 5, 2012
Ayam Masak Kicap Halia
On Tuesday Dating Day arituh, aku sempat sambar buku '1 Hari 1 Resepi' by Chef Hanieliza. Sempoi- sempoi je resepi dalam cookbook tu tapi boleh memberikan inspirasi nak masak apa tiap-tiap hari. Takdelah resepi sama je tiap-tiap. Balik-balik buat roti telur, balik-balik itu je.
Cookbook ni inspirasi aku nak masak ayam masak kicap. Tapi barang limited ikut apa yang ada di dapur. Jadinya ngan kreatifnya aku suka-suka alter the resepi.
Bahan-bahan :
Ayam (of course la main actor. Kalau tak, bukan namanya ayam masak sekian-sekian la)
Kicap ( aku pakai bukan kicap pekat jadinya aku guna 4 sudu)
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Bawang Holland ( i like bawang holland sebab rasa dia macam manis sket jadi tak perlu nak tambah gula dalam masakan)
Minyak
Sos Cili ( 1 sudu )
Garam ( sikit je sebab dah guna kicap kan? )
Air
Cara-caranya pulak:
- Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau dan kekuningan.
- Masukkan ayam. Rasa- rasa dah separa masak ayam tu, masukkan halia.
- Masukkan kicap dan sos cili.
- Masukkan air ikut kesesuaian. Just nak bagi kicap ngan sos cili tu pekat likat je.
- Dah mengelenggak, tambah garam.
- Masukkan bawang holland yang dipotong bulat.
- Rasa- rasa bawang dah layur, ayam dah masak. Tutup api dan hidangkan.
Wednesday, January 4, 2012
Tuesday Dating Day
Bila tak bekerja makan gaji ni, aku kerjanya mengekor je mana din pergi. Best..best.. Paling aku suka bila din pergi restock barang kedai. Dah berapa kali aku ikut and I'm enjoying it.
Sambil bekerja sambil jalan-jalan ngedate. Dulu susah gile ok. Sebab din hanya off hari Selasa aje. Aku pulak dulu Sabtu Ahad hari cutinya. Memang kadang-kadang amukan jugak la sebab tak ke mana-mana.
Semalam ke Jusco Tebrau after siap restock barang kedai. Beli buku-buku ilmiah sket sambil jejalan survey barang. Besar ey Jusco Tebrau tu. Tapi tak sempat nak mengukur tanah sangat pun sebab lama kat kedai buku.
Sekali sekala dinner di luar haruslah mencari foods yang lama tak makan. Tapi takde la gi tempat gempak pun. Makan kat kedai Rasamas je pun.
Bagi aku la, aku suka sangat Rasamas yang dulu-dulu. Sekarang ni asyik berubah je menunya. Pastu rasa pulak dah tak sebest dulu. Boleh diorang hidang karipap hangit dan pecah sebab overheat kat kitaorang? Adoiyai. Nasib time tu memikir kedai dah nak tutup je jadi kitaorang diam-diam makan. Tapi takde la diam, aku ade gak la soksek ;p
Tuesday, January 3, 2012
Suka Duka 2011
Few hours lagi 2011 akan melabuhkan tirai. Sepanjang 2011 ni banyak benda suka duka berlaku kat aku. Antaranya :
Februari 2011
Aku dan din diijabkabulkan. Semoga perkahwinan kami bahagia dunia akhirat. Amin. First time bercuti bersama- sama . Honeymoon le tu.. hik..hik.. Cameron Highland je pun. Tak jauh mana.
Mac 2011
Majlis belah din pulak. Masa otw nak balik Johor a day b4 majlis merasa kitaorang naik tow truck. Kereta din rosak kat highway.
Jun 2011
Jalan- jalan makan angin ke belah utara dengan famili belah din. Sebenarnya ada majlis sambut menantu untuk cousin belah din jadinya sesambil tu kamiorang makan angin. Sempat jugak ziarah sedara2 belah Perlis sana.
Ogos 2011
1st time beraya jauh dari famili sendiri. Adatlah kalau dah berumah tangga ni. Kena buat konsep giliran kalau bab raya. Jadinya raya puasa kami beraya di Johor, raya haji pulak kat Lipis.
September 2011
Aku berpindah kerja dan tempat tinggal. From Selangor to Johor. Sob..Sob.. Bertahun-tahun aku bermastautin di Selangor akhirnya aku pindah gak dari sana. Tapi takpe, aku dah takperlu PJJ dah.
November 2011
Kami beraya di Lipis sebab famili sebelah aku buat ibadah korban. Lagipun memang giliran balik raya di Pahang.Merasalah perjalanan balik raya yang jauh. Tapi seronok je sebab ikut jalan-jalan kampung.
December 2011
Aku dikejutkan dengan kejadian sedih. Tapi takpelah. Kejadian tu sikit pun tak menjatuhkan aku. Mungkin ada hikmah sebaliknya.
Entry aku taip sebelum tahun baru. Tapi nak menyudahkan entry amik masa berhari-hari. Ni sebahagian je kejadian 2011 tau. Kalau nak rangkum semua kat sini mau panjang bebenor entrynye.