Thursday, March 31, 2011

Aku Suka Cuba Makanan Baru (2)

Review kali ni, aku rasa may be takde la baru bagi korang. Tapi bagi aku kira baru la sebab aku first time makan dekat situ. Ayam Penyet Ria kat Cyberjaya (dekat sebelah pizza hut Cyberjaya).

Restoran ni sediakan authentic indonesian cuisine. Siap ada jual teh botol lagi tu. Sesape pernah gi indon sure tau teh botol. Cuma teh botol kat sini dalam kotak aje. May be nak import tu senang pakai kotak kot?

Bagi aku : Sedap sebab ayamnya lembut. Pastu feeling-feeling kat indon sambil makan ayam penyet tu. Air bandung nye kerlas uols. Memang glup.. glup.. sejuk je masuk tekak. Pastu ngan rasa manis lemak berkrim. Nasi order asing dengan ayam penyet. So, bagi yang diet tak makan nasi boleh la makan ayam penyet semata. Ada jugak jual terung penyet. Macam-macam la jenis penyet. Nak tahu lebih gi sendiri ke Ayam Penyet Ria.

Sorrylah gambar macam tak menyelerakan. Pakai kamera handset yang dah berusia 5 years. 

Setan Memang Suka Hasut-Hasut

Kelmarin, masa kau tidur nyenyak-nyenyak kan...Dah la waktu tu macam hujan yang tahap lebat gile sampai bunyi air hujan kena dekat atap rumah kuat sangat (ni waktu aku terjaga la aku perasan).

Masa tidur tu aku mimpi yang din tak sayang aku. Sedih kan bila suami tak sayang isteri sendiri. Yang paling tak best mimpi tu buat aku sedih sangat-sangat. Sampai boleh rasa la hati aku sedih walaupun otak aku duk fikir yang 'din sayang aku sangat-sangat, tu just mainan tidur je'.

Punya la sedih hati aku sampai aku drive gi kerja mata aku berair-air. Tapi aku memang ada masalah dry eye syndrome yang mana mata aku akan berair if kering sangat. Tapi kan hati aku memang rasa la perasaan sedih tu. Huhu.. apa ni, otak dan hati tak selaras.

So malamnya aku sms bagitahu din. Din cakap tu kerja setan je. Biasalah dia suka kacau sebab dia tau yang din sayang aku sangat-sangat. Jahatkan setan ni, suka betul nak hasut-hasut.'Ya Allah, Kau kuatkanlah hati kami untuk menepis hasutan syaitan'.

Wednesday, March 30, 2011

Should I Tell You Or Not?

Planning nak buat protected entry tapi mana ntah coding untuk buat password tu. Malas mencari. blog lama adalah.

Kalau korang (bride to be atau x-bride) tak puas hati dengan vendor, korang sound ke atau terima je seadanya? Tak reti la nak berterus-terang dengan vendor yang 'i tak suka hasil kerja u'. Tapi memang aku down gile. Macam mana ni? huhu..

Dah berhari-hari aku simpan ni dalam hati. Just ngiyau-ngiyau manja meroyan dekat dd ngan din. Any opinion from kawan-kawan semua?

Tuesday, March 29, 2011

Pening Dengan Skin Tone Sendiri

Pernah tak dengar kalau salah pakai bedak boleh meng'horror'kan rupa kita? Setiap orang beza-beza skin colornya. (aku cakap ni tang muka tau). So tak kita tak boleh tepek sebarang color bedak untuk muka kita. Kang ada la pulak cakap-cakap belakang 'macam tepung gomak la' ' kelabunya muka'.

Untuk mengelakkan kejadian macam aku tak suka mekap aku time e-day tu berulang, aku dan din sangat-sangat selektif bab-bab tone bedak yang bakal ditepek kat muka aku ni. Kitaorang fobia sesangat. Even masa nak cari orang mekap time majlis-majlis kahwin aritu kitaorang mesti akan cakap pasal foundation yang diorang bakal kenakan kat muka aku. Nasib baik mereka mekap ok sesangat.

Bagi aku la kan, aku ni kulit mukanya tak gelap sangat dan yang pasti tak cerah la kan. So tadi duk discuss dalam message fb dengan orang jual foundation, aku dah pening dah. Kategori mana skin tone aku ni. Yang pasti kalau aku beli bedak kat guardian atau watson mesti test letak dulu kat muke. Ni nak beli online? Tapi aritu tukang mekap masa nikah dan sanding cakap dia pakai foundation kod NC 35 brand MAC. Pastu la ni aku pakai pressed powder silkygirl kod 02 Natural. Nasib baik la ada maklumat-maklumat macam ni.

bukan sebab aku suka pink ke apa tapi memang ini bedak yang sesuai ngan skin tone aku ;p

Bagi yang pernah jumpa aku live, agak-agak korang apa skin tone aku ey? sawo matang ke?
Pastu.. korang suka mekap yang mana? 


 kenduri dekat lipis ke,

 kenduri dekat johor?

Monday, March 28, 2011

Cubaan Membeli Ticket MAS Online

Hidup PJJ ni susah jugak. Aku rasa macam kadang-kadang tu best sebab boleh tukar-tukar angin. Tapi jauh di sudut hati aku ada perasaan tak best. Yela.. aku tak menjalankan tanggungjawab aku sepenuhnya. Makan minum, pakai din. Sedih.. tapi apakan daya, din banyak habiskan duit untuk kenduri-kendara.

Sekarang masa untuk din usaha semula. So, aku bekerja untuk ringankan sikit beban din. Ada sebab lain sebenarnya aku masih lagi bekerja. Din sebagai suami tak menghalang cita-cita dan kerjaya aku. Huk huk.. rasa bersalah lagi sebab aku masih nak bekerja kat KL. Susahnya nak explain kat orang lain. Ok stop isu ni. harap takde yang pandang senget kat aku.

Last week aku berangan nak balik naik flight. Senai tu bukan la dekat sangat dengan Bandar Tenggara. sekurang-kurangnya masa perjalanan dapat dipendekkan. Lagipun tiket flight tu takdela mahal sangat. Masih mampu untuk merasa naik flight sebulan sekali. Mula-mula usha tiket Air Asia. Teruja sangat sampai terlupa yang luggage kira asing. Aku ni kalau gi mana-mana mesti nak bawa beg besar-besar walaupun berapa hari je travel. Huhu.. rasa mahal pulak.. pastu beralih arah ke MAS pulak.

Tiket MAS bila kira-kira, mahal RM2 je. Wah! best ni. Dah la aku tak pernah naik MAS. Aku try banyak kali nak beli secara online tapi usaha aku tak berjaya. Sistem nak proceed payment tu macam sangkut-sangkut je. Tiga-tiga method of payment aku try tapi tak lepas jugak. Kecewa aku sampai rasa baik aku naik bas je. Nak positifkan diri aku cakap kat diri aku 'takpela..boleh jimat sikit'.

Kritikan membina buat MAS, aku rasa MAS kena belajar dari Air Asia tentang online ticketing =)

Aku Suka Cuba Makanan Baru (1)

Walaupun aku tengah mood sedih dan kecewa sekarang ni. Nak cerita jugak kat korang yang aku dah rasa Green Tea Cheesecake Secret Recipe.

Ahad lepas, aku kena paksa dengan din untuk keluar makan. Walaupun duk jauh-jauh, din tetap akan pastikan wife dia ni makan. Tapi aku tak la rasa nak makan pape pun so aku ke jusco. Sambil-sambil tu window shopping. Ntah mood apa melanda aku macam tak rasa nak window shopping pun. Apatah lagi shopping betul-betul.

Waktu tu rasa 'bestnye duduk rumah sambil makan ice cream.' 'pastu macam best je kalau ice cream tu, ice cream green tea yang hijau.' Ice cream yang kaler hijau dah goda-goda aku so aku masuk cari dekat bahagian ice cream. Nan ado ice cream green tea. Tiba-tiba teringat green tea cheesecake SR. why not give a try kan?

Aku order green tea cheesecake , ice blended mocha expresso dan plain water. Plain water tu just in case cheesecake tu tak sedap. Bagi aku no bad la rasa dia. Rasa refreshing je bila  masuk mulut. Then, bila melt dalam mulut tu kita akan rasa macam minum teh yang lemak berkrim. Green tea tu buat rasa cheese tu tak berapa muak sangat. Rasanya manisnya pulak just nice. Tak manis terlampau ke apa. 

maafkan gambar yang tak seberapa dari kamera handset . tengah kumpul duit nak beli kamera godang ;p
Tapi aku tak habiskan pun cheesecake ni. Yela.. aku order sekali ice blended mocha expresso yang lemak berkrim jugak. Kalau order, green apple kasturi sure boleh habiskan punya. Apa lagi.. sila la try ye kawan-kawan :)

Friday, March 25, 2011

Pengantin Naik Tow Truck (1)

Ini bukan headlines akhbar tabloid ke apa tapi ini betul-betul jadi kat aku dengan din. Cumanya takde la time tu kitaorang berbaju pengantin ke apa. Cuma sehari before majlis bertandang, benda ni terjadi. Jumaat tu, aku ngan din ikut 1st rombongan dari Pahang. Ni semua mengikut arahan mak yang nak kami follow rombongan dari Pahang. Bukan rombongan ramai-ramai lagi, just 1 kereta je. Yang lain naik bas malamnya. Kerlas ko.. siap 1 rombongan cik kiah dari Pahang ;p

Meeting point kat Hentian Nilai. Mak pastu tukar naik kereta kitaorang. Sampai half way, area Tangkak macam tu, din cakap ada bau hangit so dia berentikan kereta. Sekali keluar asap. Bukak bahagian enjin tengok minyak itam dah bersepah dah. Cek air ok je. Tangki minyak itam bocor ni. So tunggu sejuk, letak topup minyak itam.

Jalan bape kilometer macam tu, keluar asap lagi. Cepat-cepat berenti kete ke tepi. Memang kena tow je jawabnya. Kereta lagi 1 pulak sampai lepas tu. Discuss-discuss, call Plus mintak tow truck. Tapi pihak plus kate kena tunggu peronda cek baru leh anta tow truck.

Then bila peronda PLUS sampai.......

sambung nanti la. sebab macam panjang je ceritanya. Lagipun nak upload gambar kena resize dulu. tunggu no..

Thursday, March 24, 2011

Sayang Tapi....

Baru je dd cakap dia nak ke UPM tapi aku tak ada apa-apa perasaan. Adakah aku dah betul-betul lepaskan?Takdela betul-betul tapi sikit-sikit. Aku anggap tak de rezeki aku nak gengam segulung master.

Siapa cakap tak sayang usaha aku bertahun-tahun jadi macam tu. Tapi aku memang tak larat nak teruskan. Isu kesihatan, tu belum masuk isu Perkahwinan jarak jauh(PJJ) lagi. Aku bukan tak score ke apa tapi aku drop school sebab aku banyak isu nak selesaikan. Lagipun aku kena pentingkan diri aku lebih sekarang. Sebab kita tak kan mampu nak puaskan hati semua pihak. Sorry Dr R****, Dr G**, mak, famili dan my dear husband.

Aku think positif je sekarang ni. Anggap aku macam Bill Gates atau Mark Zuckerberg yang drop school tapi still boleh berjaya.

Theme Colors for Both Side

Dah habis majlis baru aku buat entry pasal kaler tema. Yela.. kaler asyik berubah-berubah ikut keadaan semasa. Kaler asas tu memang dah tetap la. But kaler gabungan-gabungan tu jap jap kaler ini.. jap lain kaler lain pulak. Finally bila dah majlis baru la rasmi kalernye.

Majlis di Lipis

Nikah - White,grey/silver , cream and black


Sanding - Pink, lilac (shade of purple) , cream


Majlis di Bandar Tenggara
Tandang - Hijau epal , grey/silver, pink and cream



Wednesday, March 23, 2011

Gambar From OP Majlis Bertandang

Hari ni dah start balik sindrom 'tengok gambar kawen tanpa henti pastu sengih-sengih sorang-sorang'. Me love gambar yang diupload oleh OP majlis bertandang.

macam kelawar dah rupenye. but we rock babeh ;p


my favvy sampai terus letak as fb profile picture masa 1st time tgk =)
Thanks to Mr Jusup Junus (jj) and Muzzley. Nak tau pakej photoshoot diaorang korang terus taip je 'Jusup Junus' kat search people fb tu. Then yang kat bawah ni pulak hasil kerja Muzzley, jiran sebelah rumah din.Betul-betul sebelah rumah. Muzzley ni ambil gambar partner ngan jj. Muzzley pulak korang search 'Muzzley Arcmal'.


klasik kan?

Monday, March 21, 2011

Teaser: Majlis Bertandang


Bagi teaser dulu sebab tengah susu ayat nak cerita pasal majlis bertandang. Banyak benda jadi tapi akan jadi kenangan yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila. Tunggu no..

Wednesday, March 16, 2011

Mak dan Majlis Bertandang

Dalam last week mak yang baru balik dari pilihanraya kecil Kerdau, call mintak belikan kain. Masa call tu jugak ada discuss tentang majlis bertandang nanti. Perbualan kami lebih kurang macam ni...

Mak : Bila nak balik Lipis? Cuti bila ?
aku  : cuti Khamis.. erm..tak balik Lipis la.. terus balik Johor.
Mak : Mak boleh macam tu. Safa pun kena balik Lipis jugak. Ish.. kena la sekali dengan famili.
aku : ala..penat la nak patah-patah balik. Selasa dah start kerja (sebenarnya nak balik jumpa din sebab lebih 2 minggu tak jumpa). Tunggu kat KL boleh? ok apa separuh jalan.
Mak : erm.. boleh la kalau macam tu. Rombongan bertolak pukul 9 pagi dari Lipis.
aku :  Nanti cakap ngan Safa...
Mak : Nanti mak safa kata apa pulak pengantin dah ada sebelum majlis.
aku : Mak sana ok je. Ala.. sekarang ni orang dah tak kisah benda-benda tu semua.
Mak : ish.. Mana boleh macam tu..

Hari yang lain pulak..

Mak : Bila start cuti?
aku : erm..Khamis..
Mak : Kalau macam tu, balik la Lipis dulu. Tak dela atuk bebel pengantin tunggu tempat lain.
aku : erm.. nanti cakap ngan Safa..

Aku ingatkan mak aku dah habis sporting dah. Rupanya masih banyak nilai-nilai tradisional yang masih dia pegang. Mak..mak..

Sebenarnya nanti aku ngan din tunggu kat KL je. Kuasa nak patah-patah balik.

Monday, March 14, 2011

Melayan Kerenah Mak ;p

Mak aku call last week masa aku tengah kerja. Mintak tolong belikan kain nak buat baju dia pergi menghantar aku nanti. Ni mesti  kes risau tak de baju baru nak pakai. Dah jadi macam kebiasaan bagi mak untuk buat baju baru jika ada majlis-majlis penting. Pilihan kain kat Lipis tak banyak, jadi kena la cari kat KL. Mak.. mak.. 

So, sabtu lepas aku ke Jalan TAR. Mula-mula masuk Gulatis, banyak yang cantik-cantik tapi kena lining. Tak boleh.. tak boleh.. baju nak siap cepat, jadi kena cari yang tak perlu lining. So, aku meredah ke Jakel pulak. Oho... Jakel buat sale.. Tapi kan tak banyak pilihan warna biru atau merah. Banyak color hijau pastu bunga besar-besar. May be sekarang adalah musim warna hijau kot? Cantik jugak hijau tapi mak tak mau hijau.. so tak boleh.. tak boleh.. Last-last aku pilih corak abstrak warna biru.

From Jalan TAR aku ke Hentian Pekeliling, tempat bas ke Pahang. Nak kirim guna bas so mak aku boleh dapat kain tu cepat. Bagi la duit upah kat pak cik tu sikit untuk tolong sampaikan kain tu kat mak aku. Tunggu bas sikit punya lama ok. Rupanya kat bandar Bentong jammed sebab ada lumba basikal jadi jalan pun tutup. So bas kena patah balik ikut jalan alternatif. Alhamdulillah, mak dah dapat kain tu malam tu jugak. Ntah-ntah dah siap jadi baju pun hari ni ;p

Wednesday, March 9, 2011

Shopaholic Is Back

After majlis belah aku selesai, aku rasa macam mood shopping tu dah kembali semula. Yela dulu memang agak menyimpan sikit sebab fikir nak kurangkan beban kewangan kekasih hati dan famili. Walaupun tak la keluarkan duit sebanyak mereka, tapi ada la sikit nak topup-topup.

Tapi aku rasa mood itu masih lagi terkawal. Cuma dalam bulan ni je aku dah buat 2 transactions untuk online shopping. Ni kira rekod la bagi aku. Jangan nak samakan rekod korang dengan aku tau.

Bila usia dah meningkat, aku rasa aku dah tak macam dulu-dulu, masa dapat duit loan awal-awal sem. Belanja macam tak hengat dunia.  May be usia sekarang dah tak nak berjoli-joli dan lebih menghargai duit kot. Tambah-tambah duit hasil titik peluh sendiri. Lagipun pengalaman berniaga larut malam dulu buat aku mementingkan savings sekarang. Pengalaman tu jugak buat aku hargai sangat-sangat duit. No more bazir-bazir.

Aku jugak rasa bila kita berkawan dengan macam-macam orang, ada benda bagus yang boleh kita belajar. Aku pernah kenal dan berkawan dengan anak orang ado-ado tapi mereka sangat la low profile. Apa yang pasti, walaupun famili kita kaya, tak semestinya kita senang-senang nak bazirkan duit. Yang kaya famili kita, bukan kita.

Walaupun shopaholic is back, aku akan pastikan tiap-tiap bulan savings aku makin meningkat. Pastu boleh buat pergi haji ke kan? amin....

Tuesday, March 8, 2011

Fibromyalgia? Aku Still Tak Yakin

Last week on Tuesday and Wednesday, aku balik Lipis. Ada 2 day appointment with 2 specialists. Ubat usah cakap la, habis semua ubat yang doktor tu ada as sample, bagi kat aku. Lagipun as for now, I'm the only one yang di'diagnose' with this sakit. Again, another new sakit yang aku dipercayai sakit. Last few years, aku di'diagnose' new sakit jugak. Cervical Rib.. Sekarang fibromaylgia pulak.

Rasanya kalau salah diagnose lagi kali ni, boleh tak aku saman hospital gomen? Almost ten years dah macam-macam guessing diorang buat. Dalam hati aku sekarang, aku kurang yakin dengan diagnosis tu. Sebab ada simptom yang tak kena dengan fibromyalgia. Like bruise yang ada dekat bahagian belakang aku yang sakit. Bukan birth marks atau kesan bekam ke apa like the doctors guess. Boleh tak yang aku nak assume aku dapat fybromyalgia sebab they don't treat me correctly sejak years ago.

Fibromyalgia ni boleh disebabkan oleh kerosakan saraf. Saraf-saraf aku rosak sebab pengambilan ubat yang tak sepadan dengan dengan sakit aku. (ini assumption aku je) Oh my... jangan la salah diagnose lagi. Aku dah tak sanggup nak 'hilang' apa-apa lagi. Susah sangat nak terima dugaan lagi.

The doctor cakap if suddenly I'm pregnant, I can stop my medication yang quite strong ni immediately. So, kena sangat alert sebab this medication kuat cuma hari demi hari, aku dah tak rasa dah effectnye. Sebabnya aku sendiri tak tahu.

Atau aku nak cuba check my blood sebab hari tu pharmacist tempat aku beli ubat tu cakap colud be aku sakit lain. She suggest me untuk buat blood check up. Siapa tahu mana nak cek darah secara menyeluruh?

Friday, March 4, 2011

Contest Bunga- Bunga Cinta :Nak Alamat

Rasanya dah berbulan-bulan contest tu. Tapi dek kerana masa yang limited, aku macam tak sempat nak judge betul-betul. Lagipun, macam ada yang dah selesai majlisnya. So, untuk itu aku fikir kena tukarlah hadiahnya. Guess what? Aku rasa nak bagi semua peserta hadiah sebab korang pun dah bercerita sepenuh hati pasal cinta hati korang tu. So sekarang tak semestinya hadiah tu bunga tangan tau. Can be bunga hiasan bilik tidur atau apa saje yang ada kaitan dengan bunga.

So kepada empunya entry atau email di bawah, boleh la email to me address. Lagi cepat lagi bagus tau. Rasa tak best sangat simpan benda ni lama-lama. Sorry juga buat korang tertunggu-tunggu.


  1. http://firnaa86.blogspot.com/2010/12/contest-lagi.html
  2. http://chintaaidaiskandar.blogspot.com/2010/12/chinta-aida-iskandar.html
  3. http://wnuruladila.blogspot.com/2010/12/contest-bunga-bunga-cinta.html
  4. http://nurulazrol.blogspot.com/2010/12/contest-bunga-bunga-cinta-syarat-syarat.html
  5. http://myjourneythrougheverythingnice.blogspot.com/2010/12/contest-bunga-bunga-cinta.html
  6. http://redribbonboutique.blogspot.com/2010/12/contest-bunga-bunga-cinta.html 
  7. wnuruladila@yahoo.com
  8. walimahpedia@yahoo.com
  9. farihauitm@hotmail.com
  10. malyn.mizzunderstood@gmail.com
  11. nadyazahid.blogspot.com
  12. khalisa_lisa@yahoo.com 

ada yang redundant dalam list ni sebab orang tu buat entry dan anta email tapi tak sempat nak sort.

Thursday, March 3, 2011

To Wedding Vendors : Berniaga Biar Ikhlas

Ini memang pengalaman betul dan rasanya ada juga b2b yang pernah kena. Tapi kalo area bandar besar macam KL rasanya tak pelik kot. Kalau pekan kecil macam Bandar Tenggara pun macam tu, tak tahu la nak cakap apa dah.

Ceritanya begini ye kawan-kawan. Dalam last week, din gi survey butik pengantin area Bandar Tenggara. Yes, kami takde lagi ambil mana-mana pakej untuk bertandang. So, ada la buat booking kat 1 butik pengantin ni. Din ada cakap yang aku akan balik from KL , pilih-pilih baju dan try. Masa tu din cakap tema 'hijau epal' macam yang direquest oleh famili belah din.

Kebetulan weekend lepas aku balik Bandar Tenggara, so nak pergi la fitting mana-mana baju. Korang tahu apa jadi?

1# Baju yang disuggest oleh pemilik butik tu sangat la buruk. Takdenye ceria-ceria bab kata akak tu. Kusam ada la. Dah la bertahi lalat. Ergghhhhhhhhhhhh!! Aku tak mintak buat baju baru but please la. Bagi la baju yang senonoh sikit.

2# Din ada request nak fitting. Bercinta nak mintak try baju. Aku yang susah nak balik ni dah depan mata pun dia tak bagi nak try. Alasannya, dia nak try kecikkan baju tu ikut baju sanding aku dulu then baru aku leh fitting. Itu aku yang depan mata ni nak buat apa? Atleast ko ambil ukuran semasa aku ke. Ni tak, nak jugak mengukur ikut baju sanding aku yang aku tempah dengan wany.

3# Bila bincang pasal pelamin pulak, boleh dia cakap pelamin style baru. Takde contoh dalam album yang aku beria tengok-tengok tu. Aku tau la sekarang trend pelamin kotak-kotak tapi mana la tahu kali ni aku dan din rasa nak sentuhan tradisional. Lagipun haritu masa majlis kat lipis dah rasa pelamin kotak-kotak tu. Ayat tak boleh blah kakak tu 'nanti pandai-pandai la dia buat pelamin tu'. Sungguh merisaukan aku dan din.

4# Nak mekapkan aku kat kedai pukul 12.30 tghari walaupun aku cakap 'tadi mak cakap ada rumah singgah'. Lagipun dia ada customer masa yang sama. Tapi masa mak mertua aku cakap nak batalkan sebab mekap kat kedai boleh pulak dia cakap 'boleh mekap kat rumah singgah'.

5# Sytle mekap dia sama je aku tengok. Mana boleh macam tu. Aku ni kalau salah blend foundation, buruk padahnya. Tak caya tengok gambar tunang aku aritu.

Ok after discuss dan before balik dia mintak din tambah deposit rm80 lagi. Before ni din place deposit rm200. Alasannya untuk tambahan pintu gerbang yang kitaorang request.

Balik rumah, akak dan mak din tanya pasal discussion kitaorang dan the vendor. Nengok cara vendor tu, kitaorang pakat nak batalkan booking. Angkut sekali mak mertua aku gi butik pengantin tu. The vendor dah gi mana ntah. So conversation adalah menggunakan phone.

Cakap elok-elok cakap nak batalkan. Banyak reason la nak batalkan. Lagipun baru few hours macam tu discuss. Akak tu pun bukan beli barang apa-apa untuk tempahan kitaorang. Dia macam berkeras jugak nak kitaorang stay amik pakej dia yang tak best tu. Bila minta deposit, cakap tak boleh. Banyak la cakap pusing-pusing dia. Paling aku tak puas hati, dia tak beli pape pun untuk tempahan kitaorang pastu nak claim deposit tu hak dia sepenuhnya. Kalau bagi half of it pun kami macam ok je. Ni dia nak sapu semua. Ko tengok ikhlas tak ikhlas dia berniaga.

Din hampir-hampir jadi hulk kat sana. Nasib baik la he cepat-cepat keluar from the butik, masuk kereta. Aku ngan mak pun cepat-cepat masuk kereta. Pastu kami ke butik yang best pulak. Nanti aku cite ey pasal butik best tu.