Pages

Wednesday, April 20, 2011

First Time Renew Lesen Memandu

Mesti orang lain akan cakap, ek eleh.. itu pun nak kecoh ke? Selama ni tukang me'renew' lesen adalah mak aku. So, aku memang tak tahu macam mana nak renew lesen. Rupa-rupanya kacang je.

Pastu bergantung jugak tahap kecekapan pejabat pos tempat renew lesen tu. Macam kes aku, paling dekat renew dekat pejabat pos. Boleh jugak nak renew kat JPJ. Tapi tahu JPJ kat mana.

Aku beratur macam biasa pastu tunjuk lesen lama dan cakap nak renew lesen setahun. Huhu.. sendiri renew, ambil setahun je. Kalau mak yang renew mesti dapat 2 tahun. Sap sap soi..siap lesen baru. Tapi kalau renew kat pejabat pos, tak bergambar la lesen tu. Kat JPJ baru yang bergambar. Time tu korang boleh bagi gambar korang rasa paling gorgeous sekali.

Bagus gak ada kamera yang tak bape jelas ni. Tak payah susah-susah nak edit tutup maklumat diri
Selama 6 tahun dapat lesen, ini first time aku renew lesen. Nanti dah boleh buat sendiri dah =)

Tuesday, April 19, 2011

Orang Malaysia Memang Cepat Panik

Semalam ada terbaca dekat 1 blog ni pasal suh tukar email login kat blogspot guna hanya email gmail. Aku pun siasat punya siasat rupanya ada note kat blogger buzz. Yela selama ni mana nak bukak tab blogger buzz kat dashboard tu.


Baca ayat pertama..
(This message only applies to a tiny fraction of users who haven’t logged in to Blogger since 2007. If you’ve logged in to Blogger at least one time since 2007, you won’t be affected and can disregard this message.)


Aku dah macam.. oho.. takde kaitan ngan aku. Sambil tu aku duk tengok email yahoo yang aku guna utk login blogger. Bukan dah converted as google account ke? Itu yang aku paham. So, mana datangnya kena tukar email login kepada email gmail?


Same goes macam promo koloni tu. Seyes ramai yang freak out. Tapi yang tu tak leh nak salahkan orang yang freak out la sebab ada ke nak kait-kait isu alam segala. Dah la orang tengah risau pasal apa yang jadi kat jepun. 


Moralnya, pasni sila la pastikan betul-betul info tu sebelum warwarkan kat blog memasing. Orang Malaysia ni dah la cepat panik. 

Misi Berumah-Tangga

Aku ni dah berapa bulan kahwin tapi masih belum berumah tangga. Betul la orang cakap, bila dah kahwin mesti nak rasa ada rumah sendiri walaupun rumah tu sekadar rumah sewa. Nak hias rumah cara kita sendiri, asah bakat memasak dan senang husband or family nak datang ( macam kes aku yang PJJ ni).

Aku dan din memang ada mencari rumah sewa tapi kitaorang sekadar mencari dekat internet je. Lagi 1, kami masih confuse sama ada nak beli rumah atau sewa. At last kami sedar yang kami masih lagi tak mampu nak beli rumah. Kalau ikut syarat dah mampu dah cuma din letak standard yang tinggi supaya kami tak terbeban dengan hutang pada masa depan.

Kebetulan last week masa kereta aku kat bengkel, aku naik taxi seorang pak cik ni. Sebab cara pak cik tu yang aku rasa selesa, jadi aku pergi- balik kerja selama 4 hari naik taxi pak cik ni. Masa dalam perjalanan tu pak cik tu cite ragam penyewa  lama rumah dia sebab bila pak cik tau aku duduk rumah sewa dengan orang bujang. Pastu masuk cite penyewa lari tengah malam sebab tak bayar sewa dan pak cik terpaksa renovate rumah dia sebab penyewa yang tak bertanggung-jawab tu. Pastu tau la pak cik tu nak sewakan rumah dia tapi tak sempat letak iklan lagi.

Last weekend, aku diteman dd ngan keri tengok umah tu. Bagi aku sewa rumahnya murah dan rasa macam selesa sangat dah. Yang penting aku tak perlu lagi redah jam macam sekarang ni. Insya-Allah awal bulan depan kami akan berumah tangga =)

gambar credit to dd

Monday, April 18, 2011

Alahai Getz (2)

Weekend lepas aku tak balik Bandar Tenggara. Jadi misi mengisi masa lapang weekend adalah setelkan hal Getz. Ada bunyi bila tekan minyak. Bunyi macam bunyi kipas pun ada. Mula-mula ingat bunyi tayar ke apa tapi pelik sebab tekan minyak baru ada bunyi macam tu. Kalau free gear, ok pulak. Risau aku, bawa balik ke bengkel untuk cek apa yang problem agi.

Rupa-rupanya ada benda yang dekat dengan gearbox tu rosak. Tapi disebabkan gearbox tu masih dalam warranty, selamat la duit buat kali ni. Spare part bukan murah-murah. Riban-riban jugak. Tak terus leh bikin sebab spare part kena order dulu. Nanti kena mintak time off nak setelkan hal ni. Orang bengkel kata 1 jam dah boleh siap.

Aku harap sangat la lepas ni takde la yang teruk-teruk lagi rosaknya. Kalau tak, kita tolak ini kereta, amik kereta baru. Tapi mcama sayang sangat dekat Getz sebab Getz ni best bawak. Seyes tak tipu. Body getz kuat tau. Kalau langgar ngan Honda, Honda kemek tapi Getz maintain macam takde pape yang berlaku (based on my experience). Bawa 140 km/j tak rasa melayang macam Myvi. haha.. kantoi bawa kete lelaju. Maaf ey encik jpj ;p


Harap Getz sihat dan tak sakit-sakit dah.

Sunday, April 17, 2011

Benci Tau Macam Ni

Aku kalau ikutkan macam-macam nak luahkan kat blog ni. Nama pun linapersonaljournal. Tapi yang baca blog ni ada yang kenal aku personally. Dah kena jaga hati orang lain pulak. Benci tau macam ni...

Mesti ada yang cakap, nape tak buat blog baru yang anon? Huhu koser aku nak create blog baru. Nanti susah nak manage. Pastu kalau privatekan blog ni, seksa la pulak nak taip-taip password. So how? Benci tau macam ni...

Kalau aku main sembur je, so not me la. Biar hati aku sakit tapi aku tak nak sakitkan hati orang. Benci tau macam ni..

Friday, April 15, 2011

Alahai Getz

Take time masa rehat untuk update pasal Getz. Semalam baru Getz pulang ke pangkuan. Lama benor pergi ber'cuti'nya. Kesian aku nak gi kerja terpaksa sewa kereta atau naik cab. Kos yang ni lebih dari harga installment getz bulan-bulan.

Alhamdulillah syukur sebab hari ni dah boleh gi kerja dengan Getz. Harapnya takde la rosak-rosak yang major lepas ni. Tak lupa jugak a big thanks and XOXO to hubby sebab sanggup keluar belanja repair Getz kali ni. Melayang riban-riban gak la kali ni. Huhu.. Getz..getz.. sampai hati ko.

Tapi bila dah jadi gaya gini, aku fikir kena gandakan tabungan masa depan tu. Emergency tu bukan leh nak hidu-hidu bila datangnya.

Kali ni Getz dah tukar gear box , break pad ngan stabilizer bar bush. Ada jugak ilmu kereta yang baru aku dapat. Kalau dah pakai kereta import tu, ko jangan la nak sumbat minyak atau barang local. Pastu check air, minyak hitam dan temparature. Tu la aku ni dah bape bulan ni dah jarang check semua tu. Dulu every week mesti check punya.

p/s: ingat lepas kawin dah boleh beli barang-barang kesukaan. Nampaknya kena hold dulu la.

Thursday, April 14, 2011

Kos Travel PJJ versi public transport

Kira aku dah ada pengalaman la cuba macam-macam pengangkutan sejak kahwin ni. Jadi aku catat kos travel aku supaya boleh membantu kawan-kawan yang tak pernah naik public transport, dan nak cuba naik public-public transport ni.

Aku biasa naik bas dari Putrajaya Sentral ke Johor Baharu (Stesen Larkin Sentral). Kereta pulak park di Park n Ride.

Kos Parking Park n Ride
Sekali masuk = RM 2
Overnight after 1am - 5am = RM 5


Kos Tiket Bas Plusliner Putrajaya-Johor Baharu = RM 29.10

Pastu dari Johor ke KL pulak, aku sama ada naik bas atau naik keretapi.
Kalo nak bas, aku naik dari Kluang.

Bas adalah banyak tapi tak la sebanyak stesen Larkin sentral tu. Last time aku naik Bas Satria dari Stesen Bas Kluang- Stesen Bersepadu kat Bandar Tasik Selatan. Canggih woo stesen baru ni. Ala-ala airport kekdahnya.

Kos Tiket Bas Satria Kluang - Bandar Tasik Selatan (KL) = RM 25.00

rasanya bas-bas lain pun lebih kurang je harga tiketnye.

Then, sampai Bandar Tasik Selatan, aku naik ERL ke Putrajaya Sentral

Kos ERL Bandar Tasik Selatan - Putrajaya = RM 5.30

Kalo naik train pulak, aku naik dari stesen Kluang atau stesen Kulai sampai KL Sentral. But lately, prefer stesen Kulai la sebab lagi dekat dan masanya awal sikit jadi din takdela kena tunggu lama. Naik train ni biasanya malam-malam sikit. Sampai KL dah pagi dah. Naik train ni boleh relaks dan tidur so takdela penat travel.

Kos Train KTMB dari Stesen Kulai (yang bed punya seat) = RM 43.00


Kos Train KTMB dari Stesen Kluang (yang bed punya seat) = RM39.00

Sampai KL Sentral, amik ERL ke Putrajaya sebab taxi mahal sangat. RM 59.00 taxi KL Sentral - Cyberjaya. Erm, kalo ke Putrajaya tak tahu pulak. May be lebih kurang je harganya kot.

Kos ERL KL Sentral - Putrajaya = RM 9.50

Wednesday, April 13, 2011

Coret-Coret Lina

tajuk tiru dd..

Sebenarnya memang banyak benda nak cerita tapi aku ada masalah malas dan rasa macam poyo pulak nak cerita benda yang aku rasa personal kat korang. Nama je blog ni linapersonaljournal tapi aku macam rasa tak best nak cerita kat korang. Sampai tahap aku rasa nak private blog ni. Aci tak kalo aku privatekan?

buat coret-coret secara point la

#1 - getz dah seminggu kat bengkel. Gearbox confirm rosak. Bukan semua la. part of gearbox je. Cuma spare  part sangat susah nak cari dan mahal dari ganti 2nd hand gearbox. So tukar gearbox 2nd hand aje. Kos, korang paham-paham la kalau kete import harganya macam mana. Parak..parak.. tapi bersyukur sebab kami masih mampu nak bayar maintenance getz.

#2 - 3 weeks in a row balik bandar tenggara on weekends. Seronok pulak tolong din jaga kedai =)

#3 - lately rasa nak bikin cupcake tapi dah lama tak buat. Last sekali buat cake masa tingkatan bape ntah. Ini terpengaruh bila tengok DC Cupcake kat starworld channel.

#4 - dah start lupa makan pregabalin jadi badan mula tak sihat. oh.. I hate this..

rasenye tu je la dulu. lain kali pulak coret-coret ;p

Tuesday, April 5, 2011

Aku Suka Cuba Makanan Baru (3)

Sekarang mode sushi dah turn on. Huhu.. entry yang lepas adalah zaman aku gila sushi. macam dah jadi makanan ruji dah aku buat sushi tu. Dalam seminggu adalah kot dalam 2-4 kali gi makan sushi. Pulak tu ada je kawan yang rajin melayan. Kalau diorang tak nak gi, aku gi je lone ranger. Dah macam-macam aku try di sushi king but pastinya avoid la bende-bende yang diletak benda tak leh makan.

Semalam adalah mood nak makan sushi lagi. Tapi nak raw salmon. Dari hari tu duk terbayang-bayang. Tak mau tamak, jadi aku amik plate kecik je yang ada 2 ketul raw salmon instead of sashimi set raw salmon. Tapi aku rasa tak puas la. Nak amik sashimi set pulak pastu tapi takut cacing sebab makan banyak sangat bende raw. Sape ntah cite, nanti cacing naik kat otak la sebab makan sushi mentah. Aku takut kejap-kejap je, time makan makan lupe segalanya.

Ada fakta kata ibu-ibu mengandung tak boleh makan benda-benda raw. Sebab musababnya aku tak pasti pulak. So, harap takde pregnant ladies yang drooling tengok raw salmon ni.


Bagi yang tak pernah try, baunya tak hanyir pun. Lembut je isi salmon tu, pastu rasanya fresh. Lagi sedap isi cicah kicap + wasabi. Yum..yum.. masih teringat rasanya. Lagi satu bagi aku, perasaan mengunyah raw salmon tu paling best. Rasa sesuatu la. Tak tergambar perasaannya..