Friday, May 7, 2010

Hasil Ujian

Ini mungkin yang terakhir yang boleh aku blog dari office ****. Isnin depan aku half day then cuti beberapa hari sebelum memulakan tugas di tempat baru. Perasaan? Aku rasa masih bercampur-baur. Aku bukan nak cerita hal kerja tapi hal kesihatan yang mungkin selama ini kita tak tahu.

Dari urine & blood pressure test, kita boleh tahu macam-macam. Tadi, company buat sessi urine & blood pressure test. Aku suka join benda-benda macam ni. Sebab kadang-kadang kita ada sakit tersembunyi dan mungkin bila kita tahu ada sakit, kita dah tak boleh buat apa-apa dah.

Ok, hasil test tersebut:

  1. 119/72- siastolik aku ok, diastolik aku rendah. paras normal sepatutnya 120/80. tapi ini mungkin ada kena mengena dengan sakitku.
  2. 80 - dengupan jantung aku normal. mungkin tak ada masalah kolestrol dalam jantung.
  3. 20-40% buah pinggang yang ada problem
  4. 2 atau 3 bahagian hati yang ada problem -buah pinggang dan hati ni mungkin sebab aku dah consume hampir 10 tahun pain killer 'berkuasa tinggi'
orang yang datang buat test tuh promote untuk cek beberapa jenis penyakit. harga untuk 70 penyakit + FOC untuk cek kanser (yang pakej cek kanser ni, boleh pilih samaada breast cancer ke, kanser usus ke,kanser pankraes ke) RM850. Tapi since diorang promote dekat company so ade diskaun berganda-ganda. Dalam rm200++ kot. Tak ingat pulak. Bagus la benda-benda macam ni. Kita boleh tahu kita ada sakit apa before sakit tu melarat dan tak dapat diubati. Aku pulak rasa nak buat test 70 penyakit tu tapi next week aku kena buat MRI. tunggu result MRI dulu la macam mana. Pakej yang ditawarkan tu pula murah dan cepat bagi aku. Bukan senang kita nak buat buat test untuk banyak-banyak penyakit dengan harga tak sampai 1k pun.

Wednesday, May 5, 2010

perasaan bercampur baur

Selepas letak jawatan, notis selama 1 bulan berjalan. Bersyukur sangat sebab company baru sanggup nak tunggu tempoh tersebut habis.

Minggu lepas selepas selesai membuat server configuration dek kerana diserang virus sebelum itu, bos berbincang cadangan untuk counter offer dari syarikat sana. Goyah jugak pendirian aku untuk meninggalkan company. Kesiankan mereka kerana telah banyak melatih aku dari segi teknikal dan sebagainya. Tapi aku sudah 'berjanji' dengan company baru. Kena fikir sedalam-dalamnya.

Tadi, selagi aku dipanggil untuk membincangkan perkara ini. Aku menolak cadangan bos untuk counter offer supaya aku terus bekerja di sini. Muktamad dan pasti. Banyak impact yang akan terjadi jika aku setuju dengan cadangan tersebut. Aku tak mau ada rasa tidak puas hati kalau aku dinaikkan gaji kerana perkara ini. Ramai lagi yang menanti untuk naik gaji dan seharusnya mereka layak mendapat hak tersebut. Lagipun, pekerja 'datang dan pergi'.

Yang pasti selama aku berada di sini kurang setahun, aku sayang mereka. Harapnya kami boleh berkawan sampai bila-bila. Aku sedih tapi hidup perlu diteruskan dan ini adalah keputusan yang aku pilih.