Pages
Friday, July 30, 2010
Bajet Itu Penting
Ok, tiap-tiap bulan kita dapat gaji kan? So, bajet ni kita kena buat before dapat gaji lagi. Contohnya gaji 26 haribulan, 25 haribulan dah buat bajet. Aku selalu conteng-conteng je kat buku kerja. Ini sila jangan tiru. Better prepare buku khas macam buku 555 pun boleh.
Ada kawan aku, dia siap ada buku expenses untuk kereta dia. Minyak tu siap kira mileage dia guna hari-hari then dia boleh predict dalam sebulan tu minyak pakai banyak mana.
Dari bajet-bajet ni kita boleh tengok pola perbelanjaan kita. Insya-Allah duit gaji akan cukup sampai akhir bulan punya kalau dah buat bajet siap-siap. Sebab based on experience aku yang lepas-lepas, kalau aku buat bajet betul-betul gerenti bulan tu ada lebih duit dalam 100-200 bila gaji baru masuk. Tapi aku ni tak de disiplin sikit. Time jimat, jimat la jugak. Time belanja, kadang-kadang buat-buat lupa yang bajet dah terbabas.
Aku harap sangat dapat mencontohi kawan-kawan berhemah dalam berbelanja ni. Spend wisely your monthly income. Jom mengurangkan kadar brankrupsi di kalangan golongan muda.
P/S: Hari jumaat dan minyak kereta aku baru cecah separuh bar. Pastu aku tak keluar duit dari ATM sejak Ahad hari tu. Adakah ni sign-sign yang bagus? Kita tunggu hujung minggu ni macam mana ;p
Thursday, July 29, 2010
Camno Nak Kayo Ni?
Sekali-sekala bila kita fikir kita still tak bebas hutang buat kita berbelanja secara secara berhemah. Tapi kesadaran tu datang kadang-kadang je. Or may be datang time duit gaji dah habis belanja pun.
Oleh itu, aku sendiri dah mula ambil langkah berjimat cermat. Apa aku buat ey? Aku shopping benda perlu je. Pastu bayar hutang cepat-cepat. Lagi tangguh nanti akan drag ke bulan depan pulak so hutang tu akan menyempitkan pendapatan bulan depan. Time shopping, aku biarkan otak aku menguasai hati aku. Kadang-kadang dah pegang benda tu banyak kali dah tapi aku cakap kat diri aku 'perlu ke benda ni?','pakai ke nanti baju ni','oh, aku masih ada kasut mahal yang jarang aku pakai'. So, bila dah fikir macam tu, semangat membuak-buak nak beli akan turun sedikit demi sedikit dan aku tak la rasa regret tak beli.
Sejak aku kerja di cyberjaya ni, aku dapat jimat duit sikit. Yelah, tempat makan best-best dah kurang dan aku banyak makan kat rumah. Dulu office dekat shopping mall so duit banyak habis kat makan je. Dan sekarang aku jugak dah tak bersiar-siar sangat lepas kerja. Jadi minyak aku agak jimat la. Harap boleh teruskan benda ni sampai bila-bila. Tapi tak de la langsung aku terus balik hari-hari. Cuma kekerapan tu dah kurang berbanding dulu.
Hutang PTPTN tu akan cuba sedaya upaya bayar macam dulu. Supaya hutang tu cepat sikit habis dan tak de la rasa beban sangat. Hutang MARA pulak aku dah start bayar. Tapi ni tak de bunga so aku tak de rase beban pun. Kena letak target umur berapa nak habis bayar semua ni. Installment kete dah tak de masalah sejak aku shift kerja baru. Mana tak nye, gaji masuk same macam gomen kekdahnya. Senang hati aku.
Dah, tak yah pening-pening nak kayo bagai. Setelkan dulu hutang piutang baru jadi kayo.
Wednesday, July 28, 2010
Kadang-Kadang Benda Yang Kita Kata Tak Suka...
Contoh A:
Sebelum..
Aku tak suka la warna pink ni. Geli. Tak suka girlish-girlish.
Sekarang..
Aku la pencinta pink sejati. Nak pink je.
Contoh B:
Sebelum..
Aku tak suka tudung macam tu. Biasanya makcik-makcik je pakai.
Selepas..
Tudung ni selesa dan senang nak pakai.
Contoh C:
Sebelum..
Si N:Tak nak ambil pakej tambah-tambah, nak yang basic je. (Pakej Astro)
Si P:Tak pe la, biar saya bayar lebih untuk pakej tambahan tu.
Selepas..
Si N duk ngadap hari channel dalam pakej tambahan tanpa rasa bersalah pun. Tak de pun rasa nak topup bayar sesama.
Ok, tu contoh je. Yang aku nak cakap ni, kita jangan la cepat sangat nak kata 'tak suka' kat sesuatu benda. Takut nanti one day kita suka pulak. Tambah-tambah bab fashion dan trend. Mula-mula kita memang tak suka sebab trend tu tak ramai lagi cuba. But, lame-lame kalau dah ramai yang pakai ikut trend tu, sedikit sebanyak kita rasa nak cuba. Betul tak?
So, pengajarannya : Jangan kata tak suka kalau tak cuba lagi. Cuba dulu. Kalau rasa tak suka, jangan announce kat orang pun sebab takut one day tiba-tiba tersuka pulak.
Ni sekadar renungan je tau.
Tuesday, July 27, 2010
Tengah Lapar Tahap Cipan Tapi Malas Nak Turun Lunch
Jom borak-borak kosong kejap. Tapi aku tak tau nak cerita pasal ape kat korang. Nak cerita persiapan tunang. Aku tak buat apa-apa pun lagi. Plannye majlis makan famili sahaja. So, kalau ada yang berkecil hati tak dijemput aku mintak maaf awal-awal. Very the small and simple majlis. Nak save budget untuk kenduri kawen yang aku nak simple tapi kalau dah anak kepada mak aku, harap la nak buat majlis ala-ala simple. Pening...pening.. Mesti korang salah faham yang mak aku nak buat grand-grand. Bukan tau.. cuma mak aku ni ramai sangat kawan dan kenalan. Tu belum campur famili dan pekerja serta bekas pekerja dia lagi. Huhu... ni majlis siapa sebenarnya.
Aku pun ada fikir mana nak dapatkan kek untuk hantaran tapi siapa nak buat kek di kala orang seronok-seronok menyambut raya. Siapa nak mekapkan aku nanti? Ke tak payah mekap-mekap, biar bakal mertua tengok rupa sebenar aku. Ataupun aku sendiri mekap lite-lite gitu. Ok, ni semua nanti cari penyelesaiannya.
Monday, July 26, 2010
Buat Aku Bingung
Aku kan dah buat MRI untuk tengok tulang lebih tu. Yelah, pakar pun risau sebab takut saraf-saraf sekitar tulang beralih sebab tulang yang dikatakan lebih tuh. Sekali ko, nan ado pun tulang yang lebih. Jadi yang 10 tahun lepas punya diagnosis tu salah la. Yang aku makan ubat pain killer tahap gaban tu ape cer? Yang aku kena terima kenyataan palsu tu pulak lagi la tak leh blah. Aku hampir sakit jiwa nak terima yang sakit aku tak leh nak ubat dah melainkan bertahan dan makan pain killer.
Pastu, aku kena x-ray sekali lagi. tapi kali ni kat bahagian lain sebab tulang kat leher aku tak de yang tak normal. Simptom-simptom yang aku cakap kat doktor, doktor tu kate tak match dengan apa-apa sakit yang berkaitan tulang. Dia jugak ada explain ada kemungkinan sakit tu boleh jadi sakit saraf atau sakit pembuluh darah. Aku tunjuk la belakang badan aku yang lebam. Doktor tu terus buat andaian yang tu tanda lahir. Kalau tanda lahir kenapa kejap ada dan kejap tak de. Ish..ish.. nampak sangat doktor main agak-agak je ni. So aku kena mendapatkan pendapat ketua pakar. Ketua pakar ni pulak Ketua pakar yang sama cakap kes aku ni tak boleh bedah sebab tulang tu melibatkan saraf. Cuma dulu dia tak de title Dato' la. Tengok.. aku dah terstress dah ni dan belakang aku rasa sakit macam lepas exercise tanpa warm up tu. Sakit woo..
Ok, hari seterusnya aku ke pakar mata pulak sebab mata aku ni ikut suka hati dia je nak keluarkan air mata pastu sakit kepala denyut-denyut. Aku tak sedih pun keluar air mata berjurai-jurai. Doktor sahkan yang mata aku mengalami sindrom mata kering. Bukan kering sikit-sikit. Tapi yang boleh membuatkan aku sakit kepala dan rasa biji mata kena perah. Tu la pasal air mata aku keluar sesuka hati sebab nak basahkan mata aku. Tapi malangnya, sampai kering tak cukup air mata jadinya. Jadi aku sudah tak dibenarkan memakai sebarang contact lenses dan aku kena pakai air mata tiruan. Tempoh untuk baik tak dapat dijangka bila. Spek pun kena ganti baru. Sebab mata aku yang kronik tu belah kiri, aku tanya doktor ada kemungkinan tak sakit aku berkait-kait. Dia cakap may be. Punca mata aku kering pun tak dapat dikenalpasti.
Cepatlah dapat penyelesaian, aku dah bosan dan hilang sabar dah ni. Ya Allah! bantulah hamba-Mu ini.
Happy Birthday My Dear Safarudin
Sempena birthday beliau yang ke 26 ni, aku nak buat ucapan khas dekat beliau:
My dear encik kesayangan,
Sorry sebab ala-ala terlupa birthday encik kesayangan. Tapi dah bangun pagi-pagi nyanyi on the phone (walaupun tak pagi-pagi sangat ;p). Plan surprise dah bocor kan sebab encik kesayangan buzy tak dapat melawat cik kesayangan. Tapi ada lagi surprise menanti. Jangan tak jadi pulak kali ni. Semoga encik kesayangan terus dimurahkan rezeki dan panjang umur. Cik kesayangan sayang encik kesayangan. (bila nak dapat full version lagu unintended tu encik kesayangan? Dah 5 tahun cik kesayangan tunggu tau.)
With Love,
Cik Kesayangan
Tuesday, July 20, 2010
Faktor Pelemah Semangat
Aku tengah buat something yang ada kaitan dengan kerja aku sekarang. Walau tak de banyak, sipi-sipi adalah jugak. Aku down la bila tengok research yang aku usahakan ada lack sana sini. Kira macam tak gempak la. In theory may be nampak hebat, but when we speak about web technologies yang aku guna, aku tau bende tu tak gempak pun. Tak kan aku nak guna technology lama? Kalau nak guna technology baru pulak, mau tak habis study aku sampai bila-bila sebab bende ni akan terus berkembang dan berkembang.
Seharusnya aku tak yah nak rungsing pun pasal technology tu sebab bende alah tu bukan main research aku tapi aku still rasa tak best sebab aku ni keje buat programming tapi kenapa aku tak guna technology terbaru yang tentu-tentu lebih superb.
Aku rasa sekarang aku nak focus on theory yang aku cuba nak buktikan tu. Chaiyok! Lina. Technology memang susah nak kejar. Tapi tak kan aku nak change requirement everytime technologies change. Make the theory to adapt any technologies.
Monday, July 19, 2010
Otak Beku
Dah la pagi-pagi tadi aku datang dengan masalah s********. Buat aku cramp-cramp kaki. Tapi aku gagahkan diri untuk drive ke office jugak. Alhamdulillah, nothing bad happen. Cuma aku terfikir-fikir how aku nak drive back to Lipis esok after work. Penat kerja, jam lagi. Cuti half day untuk sempatkan diri naik bas pukul 8 from KL? tak kot sebab aku dah apply 2 days cuti sebab appointment dengan specialists. Walaupun akan dapat MC tapi macam tak best pulak sebab mintak cuti banyak-banyak. Dah la staff baru.. huhu.. Reputation kena jaga sebab tak lalui appraisal lagi.
Dalam hati berdebar-debar nak tau results MRI hari tu. Kot-kot MRI hari tu tak membantu ke, kot-kot jugak ada sakit lain ke? oh.. tiba-tiba otak jammed sebab fikir terlalu banyak.
Sunday, July 18, 2010
Aku Rasa Aku Sesuai Duduk Sorang-Sorang
Aku rasa susah sangat nak adapt life duduk berkongsi kat rumah sewa. Aku dah cuba nak tolerate but something aku rasa macam housemate aku tak cuba faham dan bertolerate dengan aku. Mungkin aku lama sangat duduk asrama kot. Tambah-tambah aku dah pernah duduk bilik sorang yang lebih privacy. Entry ni bukan aku tak suka roomate aku tau.
Ntah la.. susah nak cakap. Tapi aku dah start buat aksi yang agak kurang ajar sekarang. Aku bukan nak lebih pun, just space untuk study. Aku ni ada peel suka study time-time orang tidur. 12am sampai la subuh. Tu la waktu-waktu otak aku aktif sesangat. Jadi memandangkan aku tak nak kacau orang tidur, aku perlu study kat ruang tamu. Sekali, kat situ jugak housemate aku nak tidur. Aku dah bagi hint banyak kali yang aku nak guna ruang tamu untuk study tapi dia macam tak faham-faham jugak. hish! tak reti la aku. Dah la aku ni jenis study nak kena sepah-sepah kertas. Orang yang buat research tau la kenapa perlu ada aktiviti menyepah-yepah ni.
Aku dah rasa dia saja create alasan untuk dia tidur kat ruang tamu. Dah la lama dah dia tidur situ dan tak tidur dalam bilik dia. Lepas 1 alasan ke 1 alasan. Sampai aku rasa dia just create alasan je. Aku geram sangat sebab konsentrasi aku diganggu. Dah la aku dah datang mood rajin nak habiskan M***** ni. Damn! Tu belum isu tertunda lagi. Ke aku ni cerewet sangat?
Aku tengah fikir solution ni. Nak pindah keluar or aku kena rajinkan diri ke library hari-hari lepas balik kerja. Waaaaaaaaa! Library pas balik kerja adalah penat ok. Lain la aku superwoman. Nak slow talk ngan housemate aku tu tak mungkin la kan. Aku dah bagi hint pun dia tak faham. Korang rasa macam mana? Ok, aku nak study ni.
Friday, July 16, 2010
Pilihan Design Baju For E Day
Aku nak yang plain, fabric jenis chiffon dan warna plum a.k.a purple gelap. Ingat nak cari yang ready made je sebab baju-baju gini banyak je jual time-time nak raya. Sebenarnya tak de tailor nak terima tempahan aku. Yelah orang dah tempah baju raya berpasang-pasang since last 1-2 month kan. Pasrah aje memakai baju ready made untuk E day.
credit to: butik warna menawan
credit to: Wanz Collection
Thursday, July 15, 2010
Penting ke Warna Tema?
Semalam aku duk bincang warna tema dengan Din. Din pilih purple dan pink. Dua-dua tu warna kesukaan aku. Sejak bila pulak din suka warna-warna macam tu? musykil..musykil..
Tapi aku cuba nak elakkan pakai warna pink untuk majlis pertunangan sebab aku nak guna warna tu time wedding nanti. Walaupun aku ni suka sangat warna pink, tak de nye aku nak gila kuasa semua majlis nak pink. Harus bagi peluang dekat warna-warna lain jugak ;p Barulah colorful sikit life aku.
So, aku decide nak pilih warna purple as main colour for next becoming majlis. Tarikhnya tak confirm lagi. Tapi dalam bulan 9 nanti la. Tadi sempat browse dekat The Perfect Pallete untuk bagi korang gambaran warna yang bakal aku guna nanti.
Plum
Lavender
Wednesday, July 14, 2010
Tamak Kah Aku?
Aku dalam dilema sekarang ni, nak mintak salah, tak mintak pun salah jugak. Aku tau diorang ada masalah kewangan, aku pun dah consider rasanya kot. Masa aku masuk kerja baru kan tak cukup sebulan. Jadi gaji pun tak cukup sebulan. Banyak perbelanjaan diri terpaksa aku sekat sebab company lama tak dapat nak bayar gaji aku yang last tuh. Tapi agak sedih la time tu sebab diorang dapat gaji bulan 5 tu awal. mungkin betul la Bos HR tak sempat nak endorse last payment aku. Tapi aku kan berhenti awal bulan 5, banyak hari boleh buat kira-kira kan?
Then, time bulan 6 punya gaji, diorang lambat dapat gaji, so aku pun consider sekali lagi. Kesian diorang tak dapat gaji lagi. Lagipun aku dah dapat gaji penuh bulan 6 kat company baru. Semalam aku dengar gaji diorang dah float dah. Apa nasib aku kali ni? Perlu tak sekali lagi aku consider. Yelah, aku kan ex-staff, akan sentiasa la dianak-tirikan payment aku tu.
Aku asyik rasa 'mesti diorang ingat aku tamak' kalau nak mintak-mintak. Tapi bukan aku patut dapat lama dah ke last payment tu? Cuba korang nasihat sikit kat aku ni. Mintak ke tak? Ke ala-ala jahat gitu mintak-mintak dekat orang yang aku je fikir susah diorang tapi diorang tak fikir pun susah orang lain?
Lesson untuk kali ni ---> fikir keadaan orang lain jugak, jangan duk selfish je.
Tuesday, July 13, 2010
Usaha Untuk Mendapatkan Berat Setahun Lepas
Aku tak nak jadi insan yang loser dan rasa rendah diri sebab dah gemuk. Kalau dah berisi dan gemuk, just admit it then find the solution untuk menguruskan berat badan. Banyak lagi orang mengalami masalah yang sama dan bukan ko sorang je. Tambah usia macam aku ni. Susah betul nak jaga berat badan. Positif babe.. positif...
Langkah pertama untuk mendapatkan berat yang ideal, aku cuba puasa. Sambil-sambil tu ganti puasa (aku tak ingat aku dah ganti ke belum jadi aku ambil langkah selamat dengan puasa ala-ala aku belum habis ganti lagi). Ini juga untuk persediaan perut aku yang gastrik tak menentu arah ni menyambut ketibaan Ramadhan yang tak sampai sebulan kalau ikut bulan Hijrah.
Langkah kedua, aku makan dulu siap-siap dekat rumah before keluar tempat-tempat yang jual makanan. Kalau perut dah kenyang tak de nye aku nak beli-beli makanan lagi. Otak pun waras sikit. Hati pun tak tamak ikut nafsu.
Langkah ketiga, aku nak kurangkan pengambilan karbo. Ini penting bagi aku yang tak sempat nak bersenam sekali dalam seminggu. Selain karbo, pengambilan gula pun aku nak kurangkan. 'Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman' . Yang ni macam boleh control sebab aku tak banyak makan kat luar sejak kerja baru ni. Cuma masa outstation hari tu tak ada peluang nak masak sendiri. Tambah-tambah musim kenduri. Dahsyat... dahsyat... Tapi sekarang sudah back to normal.
Langkah keempat, aku kena kuatkan hati menahan dugaan. Tambah-tambah tak sampai 2 bulan je lagi ehem...ehem.. apakah itu? biarlah yang rapat saja tahu ;p
Friday, July 9, 2010
Aku tak berapa berkenan benda alah cip-cip tu
Korang tau kan kad bank dan ic guna benda alah cip tu kan? Siapa rasa guna cip-cip tu dah habis hebat gitu? ish..ish.. Aku hari ni rasa nak hangin je ngan benda alah ni. Mula-mula kad bank la kan. Aku ada cash kurang RM10, jadi nak keluar la duit untuk berbelanja hari ni dan hujung minggu ni kan. Sekali kad tak leh verified la. Cuba banyak kali ok. Siap gi cari mesin ATM lain cuba still sama. Dah guna juga 'teknik pembersihan cip' guna getah pemadam. Failed.
So, aku gi bank yang 'nama yang dirahsiakan' untuk buat report 'kad rosak, nak ganti lain'. Memang kena pergi pun sebab aku mana ada cash nak belanja 2 hari tak bekerja esok. Sekali ko, gi bank, orang bank cek kad masih ok dan boleh guna. Hangin tak? Tapi muka aku tenang je, aku cakap 'nak mintak tukar lain sebab kad banyak sangat problem'. Lagipun aku guna kad bank yang jenis lama. Tak de debit-debit tu. Kira ni la alasan aku nak bertukar ke yang lebih canggih ;p
Tunggu turn lama ok sebab ramai pulak orang nak buat kad bank ni. Yang entertain kitaorang pulak sorang je. Orang tu ceria je melayan customer. Nak marah-marah pun terus tak jadi marah sebab orang yang ceria tu kan. Sekali ko, aku punya ic pulak tak boleh nak baca cap jari. Banyak kali try jugak. Dah kena 'teknik pembersihan' baru boleh guna. Menyusahkan betul la benda alah cip ni. Dua kali aku terkena hari ni.
Jadi.. aku memang tak berkenan benda alah cip ni. Tapi kad bank aku yang baru tu ada cip jugak :( Tapi cip dia kecik sikit la. Mungkin masalah akan kurang sikit bila cip adalah lebih kecik.
Wednesday, July 7, 2010
Company's Financial Problem
Ok tu bukan cerita yang saya nak highlight dalam entry ni. Cerita sebenar lebih kepada luahan hati, soalan dan pengalaman. Cerita apa la tu ey?
Macam ni, pernah tak korang alami masalah gaji lambat bayar? Aku rasa dah dua kali aku experience benda ni. Aku cakap ni bukan aku mata duitan tapi gaji adalah motivasi untuk bekerja. Tipu la kalau cakap sebab pertama nak kerja sebab nak dapatkan pengalaman kerja. Aku rasa orang cari kerja sebab nak gaji untuk menampung hidup, kan? Then baru sebab nak dapatkan experience etc.
Aku cerita ni bukan maknanya tempat kerja aku sekarang bayar gaji lambat. Ni tempat lain. Aku belum dapat gaji terakhir kat tempat lama. Segan nak meminta-minta ni tapi gaji tu hak aku. Aku tak boleh nak deny benda tu. Tapi kali ni tak seteruk pengalaman yang first yang mana aku dah jadi peminta sedekah minta gaji aku. Bila dapat siap kena potong lagi tu.
Tadi aku ada call nak tanya progress gaji tu, jawapan kakak HR 'kitaorang pun tak dapat gaji lagi' buat aku jadi tak sampai hati nak call-call dah sebab atleast diorang ngaku juga ada problem walaupun secara tersirat. Ada setengah tempat cuba nak sorok ada masalah kewangan. Mungkin strategi perniagaan diorang kot. Takut client lari ke apa bila tahu company's financial statement tak kukuh. Sorok-sorok ni boleh buat orang sakit hati dengan salah faham, kan?
Bagi aku, company-company yang ada financial problem ni perlu revise balik sebab apa masalah ni jadi. Ambil contoh bisnes mak aku je la. Mak aku bos, tapi dia tak bermewah-mewah sangat dan sentiasa simpan backup gaji pekerja untuk 6 bulan. Biar bersusah-susah dahulu, senang kemudian. Yang penting kena ada plan untuk 6 bulan ni. Kalau rasa macam banyak sangat 6 bulan tu, plan untuk 3 bulan pun jadi la kan. Dalam 3 bulan kalau payment sangkut ke apa kita masih boleh nak ikhtiar backup plan supaya flow gaji tu smoooth je. So, kita tak akan ada masalah pekerja lari-lari.
Last but not least, gaji is a motivation for the worker to work harder :)
Monday, July 5, 2010
Sudah Berminggu-minggu..
Musim orang kahwin sekarang ni. Mana yang sempat aku cuba jugak hadirkan diri. Mana yang jemput, aku tak dapat datang tu, sorry bebanyak. Aku dah cuba, tu je yang mampu dengan situasi 'wanita berkerjaya' ni.
Insya-Allah jika tak de aral melintang, aku akan selesai ber'outstation' kat Kuantan ni so boleh berjimba-jimba di 'bandar yang sibuk'. Boleh tengok wayang, boleh ber'karok', boleh makan sushi.. erm what else ey yang aku dah lama tak buat sejak ber'outstation' ni?
Bila dah balik KL, aku wajib menyelesaikan urusan-urusan M*****. Erghhhh!!! terus kesihatan tak stabil bila fikir benda ni. Doakan yang terbaik jela buat aku. Walau apa terjadi pun untuk benda alah ni aku dah redha cuma sekarang aku perlu mengembirakan hati-hati orang lain jika aku berjaya menghabiskan bende alah ni.
Friday, July 2, 2010
Pssttt! Masih dalam perancangan
Din cakap dah bagitau mak dia. Tapi kena mencari tarikh yang sesuai sebab bulan 9 kan raya. Then, mak dia nak ke Bandung tengah bulan tu. Kalau buat musim raya, buat ala2 open house ok tak? Pernah tak orang buat macam ni?
Sekarang boleh la nak plan2 persiapan. Ingat nak buat sesimple yang mungkin. Baju pun tak nak lip lap sebab boleh pakai balik. Tapi ada ke tailor nak ambil tempahan? musim raya tu.. pening pening.